"Eh, awak tak penat ke? Buat keje banyak-banyak? Kejap Nampak awak kat situ, kejap kat sana."
"Penat? Takde lah.."
"Saya tengok awak buat banyak benda. Pegi sana. Meeting sana. Belajar sana. Kelas sini. Program sana. Tak rasa penat ke?"
"Banyak ke.. Biasa je. Ada yang lagi banyak.."
"Boleh ke pelajar tu buat banyak task waktu diorang belajar? Takpe ke?"
"sebenarnya, apa yang kita buat ni, memang banyak. Keje tu. Keje ni. Tapi kalau matlamat kita satu, dan apa yang kita buat tu adalah untuk capai matlamat kita, makanya, setiap apa yang kita buat, walaupun banyak, sebenarnya nak dapat matlamat yang satu. Jadi, apa salahnya, buat kerja banyak untuk capai satu matlamat besar. Kan?"
"matlamat yang besar?"
"Contoh, kita nak buat kenduri. Big wedding. Kita tak kesahkan kalau kita kena layan tamu, basuh pinggan, kemas rumah dan apa-apa je. Semata-mata untuk dapatkan matlamat kita, iaitu keberjayaan wedding tersebut. betolkan? Samalah dengan keadaan sekarang. Kita pergi meeting, kerja macam-macam. Sebenarnya apa yang kita buat ni, kalau kena caranya, kita nak capai matlamat yang satu. Iaitu?"
"Menegakkan Islam…"
"Jadi, kenapa kita mesti kesah kita kena buat banyak perkara? Tak perlu kesah. Kalau apa yang kita buat, untuk capai matlamat kita yang besar tu, macam-macam kita buat, takpe, berlapang dadalah. Bertenang dan buat dengan penuh kualiti. Tapi, kalau yang kita buat tu, maksiat, dosa dan benda tak baek, wajib kita tinggalkan."
"Khair.. Afham.. Nampaknya, tadhiyah saya ni tak tinggi lagi. agaknya banyak mana sangatlah kerja yang saya buat ni menyumbang pada matlamat besar saya kan? Entah ada kesan ke tak. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi banyak kerja.. Lagi hebat.."
"Itulah.. Jangan rasa kita dah buat banyak kerja, sedangkan kerja yang wajib dibuat masih terlalu banyak. Huuu."
Konklusi : kalau anda rasa anda sibuk, keluarkan semua aktiviti yang tidak menyumbang pada matlamat hidup anda. Buangkan semua aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada anda dan orang sekeliling. Tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang anda ingin capai. Setiap orang mempunyai 24 jam. Dan setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk manfaatkan masa tersebut, maka, manfaatkan sebaeknya. Insya allah.
Orang yang sebuk, memang lebih menghargai masa. Maka, sebukkan diri anda dengan perkara kebaekan. Nescaya anda akan merasakan, bermaknanya hidup ini diciptakan!
Kepenatan itu akan hilang, tetapi kebaekan itu akan berterusan. Apalah nilai kepenatan yang sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan hidup di negeri abadi yang berpanjangan. Jangan rasa sedih menjadi orang yang sebuk dengan kebaekan. Tapi berdukacitalah menjadi orang yang masanya terisi dengan perkara yang tidak memberi manfaat. J
Mari sebukkan diri dengan kebaekan. Hidup ini membahagiakan jika ia dicorakkan dengan corak yang betol. J
terima kaseh atas moment together yg bermakna tadi kepada anak2 kelate sekalian.. terbaeeklah bersama kalian... huhu...
4 comments:
Saidina Ali r.a pernah berkata:'Jika kamu merasa penat membuat kebaikan, ingatlah kebaikan itu akan kekal, dan penat itu akan hilang. Jika kamu merasa seronok melakukan maksiat, ingatlah, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan kekal.' :-)
Selamat Sibuk..
terkesan dgn post akk..
org pn slalu kata camtu kat saya..
hoho~
tebaik la kak..hebat la kak explain..ni saye ko kak ni..hehe..^^,
"hanya orang yang sibuk ada masa,
dan orang tidak sibuk tidak ada masa"
ni kata2 yang dibelajar sewaktu kem MRC dulu..
Post a Comment