♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 11, 2010

Kuatkan hatimu wahai penyandang taklifan!





Ada masanya, ujian lebat. Ada masanya ujian kurang. Ada masanya ujian bertimpa-timpa. Seperti taklifan. Kadang-kadang tak menang tangan melayannya. Kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Hidup ini memang diciptakan berfasa. Ada masa sibuk. Ada masa senang.



Buat semua pemegang taklifan,



Senyumlah walau hatimu gundah. Bertenanglah walau jiwamu resah. Tak mengapa sesekali diuji ujian berat. Supaya hidup tak selalu berpangku lengan. Tak mengapa sesekali air mata mengalir lebat. Supaya hati tak terikat dengan kesenangan yang singkat. Tak mengapa tak mampu berehat. Asalkan jiwa dan Tuhan sentiasa dekat. Tak mengapa kita merasa berat. Tak mengapa. Allah sediakan ujian. Allah pastikan sediakan ubat. Sepertimana Dia jadikan penyakit dan Dia jadikan ubat. Begitulah Allah yang Maha Penyayang. Pasti ada caranya Allah memberi dan mengubat. Tak mengapa.. Kita bercita-cita jadi orang hebat. Apa salahnya sesekali memikul beban berat. Jangan diajar diri berehat. Kelak takut hati mula rasa berat untuk berkhidmat. Jangan diajar jiwa merasa senang selalu. Risau iman mula mundur dan hilang.



Buat pemegang taklifat,



Yakinlah kita tidak keseorangan. Kita dikelilingi ramai teman seperjuangan. Dia berjuang dengan caranya. Kita berjuangan dengan cara kita. Bezanya mungkin method, matlamatnya mungkin sama. Bezanya mungkin kesusahan, bezanya mungkin rintangan dan ujian. Tapi nilaiannya tetap sama, IKHLAS yang sukar dicari. Yang sukar itulah yang mahal. Maka, ajar-ajarlah diri merasa ikhlas dengan ujian. Moga-moga segalanya indah kelak disisi Tuhan. Insya Allah.



Buat adinda-adindaku yang sedang berjuang di lorong-lorong perjuangan,



Kuatlah! Tabahlah! Disisimu ada dua penjaga. Yang setia mencatatkan segala. Mulia atau sengsara. Pilihlah antara dua. Dunia atau akhirat sana. Pilihlah dengan jiwa.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

kak, trah terharu kak..sedang menangis sekarang~~
syukran..syukran..
trah tak tahu nok oyak gano, tp trah sgt2x terharu..
i'll try to be strong..
IKHLAS sukar dicari, tapi itulah yang mahal kan kak..
moga trah ikhlas dale setiap gapo hok trah buat n moga trah kuat..doakan trah kak..

husnataqwa said...

ameen... haaa.. tu baru roh perjuangan islam dok.. hehe. +__+

engkau mempunyai kelebihanmu tersendiri, sebab itu Allah meletakkanmu disini, dan sebab itu ditempatmu sekarang,bukan aku yang melalui, bukan dia. bukan mereka. tapi kamu. maknanya, itu tarbiah khusus buatmu! +____+
heiii, tak sabar nk makan nasik kerabu tirah nih... huuuu.

Al-Mu'allim Wal Murabbi said...

Husna, nk copy bleh dop..:-)

husnataqwa said...

buleh2. buleh sangat la. tafadhal...
+_______+

Izzati Nur said...

semakin hari smakin diri
ini syg kpdmu kak

indah krn ALLAH :)

thnk kak wlu sy lbh tua
kmu lbh sy respek :)

husnataqwa said...

tidak ada sesuatu pun yang ada padaku melainkan apa yang allah beri padaku dan padamu.
segalanya indah jika kerana Allah.

eh.eh. dia nk reveal my identiti plak kat sini. penat tu nak jaga. hehe.

suke suke ade sahabat macam ety. +___+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.