♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, December 09, 2010

Imbau Kenangan Silam

"Muna, hari ini kau bentang tajuk Ar-Rahman eh. Nama-nama Allah. Khadijah, kau bentang sirah Siti Khadijah. Atiqah, hang jadik moderator. Set!" setiap minggu dua kali sehari, kami berhalaqah di sickbay level 1. Serunuk waktu shortsem, menambah pengalaman. Pada awalnya Cuma dua orang yang sudi mendengar. Lama-lama, bulatan makin membesar, 6-9 orang ahli surau. Gembira tidak terkata. Dakwah yang langsung terlaksana. Kami ada sasaran. Kami ada target.

"Ok, kita nak tumpu part aqidah ni. Bila aqidah kukuh, yang lain no hal. Setel punya." Kata Muna dalam meeting UKJ, selaku katibah agung.

Kami bersetuju.

"Aku rasa kita masukkan jugak sirah dan tafsir Quran. Supaya lebih dekat dengan sasaran." Kata Khadijah yang memang mencintai Sirah. Aku angguk. Bernas!

Agenda demi agenda di rancang. Dan semuanya terlaksana. Walau kadang-kadang 'sasaran' buat hal. Tazkirah bertukar menjadi task. Itu perkara biasa. Memang kena bersedia dengan 'on call'.

Selepas habis halaqah, kami bersidang. Post mortem kononnya.

"Nampaknya tajuk tadi tak menyentuh dasar lah. Kita kena kaji lebih dalam sebelum kita sampaikan. Kena bersedia awal." Kata Muna, penganalisis.

Betol, bagaimana mahu menyentuh hati mad'u kalau kita sendiri tidak cukup mafhum dengan apa yang ingin kita sampaikan. Semuanya perlu dari hati, untuk sampai ke hati.

Hamdalah. Ada sedikit perubahan. Mula ada perbincangan. Mula ada yang bertanya-tanya kalau halaqah lambat dimulakan. Kadnag-kadang, kami ada musyaqqah lain, halaqah terbatal.

"Assalamualaikum. Kak Husna, malam ni tak ada halaqah ke?" terharu dengan pertanyaan seperti ini.

"Oh, malam ni kita buat kat surau bawah. Nanti turun ye. Ada bacaan yasin dan sedikit tazkirah." Kataku, meraikan yang bertanya.

Sekali seminggu kami turun ke surau groundfloor. Lebih ramai,lebih meriah. Bacaan Yasin dan sedikit pengisian. Waktuku benar-benar terisi. Alhamdulillah. Ada aktiviti.

Selepas Isya', kami berkumpul di 110. Berbincang dan berbincang. Macam-macam yang dibincangkan.sehingga larut malam. Kalau planning nak tengok movie, heh, mesti tak jadi nak tengok movie, terborak-borak hingga larut malam. Maklumlah short-sem, subjek tak banyak.

Seronok bila ada aktiviti. Bila sekarang dah busy, teringat-ingat pulak waktu muda-mudi. Dulu, senang je nak jumpa. Makan tengahari sama-sama. Makan malam sama-sama. Hirup tomyam semangkuk. Makan nasik sepinggan. Minum air se'straw'. Fuiyoo! Melampau-lampau pulak.

Sekarang nak jumpa pun susah. Nasib la sekelas. Kalau tak, nak dengar suara memang sah payah. Rindu pulak bila diimbas kenangan lepas. Semua terasa indah. Walau waktu melaluinya tak terasa seindah hari ini.

Saya rasa saya bakal merindui saat-saat lalu, sebab insya allah tahun ini saya tiada short sem. Harap-harapnya.

Saya punya perancangan besar untuk cuti panjang akan datang. Simpan duet!!

Saya pasti merindui kenangan.


Bakal bersambung dengan cerita yang lebih menarik. Insya allah. J

p/s: saya ungkapkan disini supaya suatu hari nanti bila saya online blog ini, saya mampu menatap kenangan yang terungkap di sini. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

khadijah said...

yup, kenangan hanya tinggal kenangan. pasti tiada kuasa kita mengulanginya.haha...mmg best pun time tu.... free.. kan?

adek. +___+ said...

betol tu.. free dan mampu cipta banyak kenangan pelik2.. sekarang sesama kita dah banyak taklifat di bahu. masing2 bertebaran di bumi UIA dgn pelbagai bidang tapi matlamat yg sama, insya allah.

double siblings, may allah make us strong enough. +___+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.