♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 11, 2011

Dewasa bukan pilihan


Menjadi dewasa bukan pilihan. Tapi itu sunnah Alam. Bersiap-siagalah menghadapi fasa kedewasaan. Melangkah kehadapan,jangan berundur ke belakang.

Dewasa itu lumrah. Jangan menolak lumrah. Tapi hadapilah lumrah dengan mengikut syariat Allah.

Dewasa itu indah. Jika dilalui dengan tabah dan dihiasi dengan keberkatan Allah.

Dewasa. Ya. Saya bakal dewasa.

Dan mahu melalui fasa dewasa dengan iman yang semakin membara.

Alhamdulillah. Allah meletakkan saya berada disekeliling kawan-kawan, sahabat-sahabat, double sibling yang hebat-hebat.

Sehingga membuat saya segan berundur walau setapak.

Membuat saya segan berehat walau sejenak.

Membuat saya rasa sentiasa bersemangat.

Terima kasih orang sekelilingku.

Ibu ayah dan keluarga tidak dilupakan.

Terima kasih kerana mencorakkan aku dengan corak yang menarik.

Mohon doa berterusan.

Insya Allah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.