♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 26, 2011

Dimana letaknya hati?

Kalau depan manusia kita tak segan nak buat dosa, tolonglah malu pada Allah yang meminjamkan segala nikmat pada hamba.

Dimana letaknya hati andai ukhuwwah pun sanggup letak tepi.

Lebih percaya pada sebuah janji yang belum tentu pasti.

Teringat pesan seorang Ustaz, "Nak tahu kita ni ada iman atau tidak, tengok balik hati kita, malu tak nak buat dosa? Kalau tak malu, maknanya separuh dari iman dah tadak. Kan malu tu sebahagian dari iman?"

Dulu waktu Ustaz cakap, angguk je. Angguk je semua. Tak kesah pun, sebab terbiasa berada di sbuah zon selesa. (kat DQ).

Ramai yang apabila masuk ke zon reality sebenar kehidupan, kecundang. Hancur. Hilang iman.

Mungkin kerana DQ adalah sebuah tempat yang memberi kita kehidupan reality yang alternative? Seperti kata Ustaz Hasrizal. **

Mungkin ya. Mungkin tidak. Semuanya bergantung pada peribadi dan iman seseorang untuk menentukannya.


 

*kalau tak nak bagi orang cakap belakang, jangan buat dosa bagi orang Nampak depan-depan*

Buat dosa jangan bagi manusia Nampak. Dan yang penting jangan bagi ALLAH Nampak ok. Carilah tempat itu kalau ketemu. **

Lagi satu, kot ye pun, hormat sikit orang lain**


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

"malu pada orang, sekejap ada, sekejap tak ada, tapi kalau malu kepada Allah, sentiasa ada sampai dapat menghalang kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar" (pemahaman kuliah kitab sairus Salikin, Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Albanjari AnNadwi AlMaliki hafizhulllah.~ :) sekadar perkongsian.

husnataqwa said...

naam.

terngiang-ngiang ayat ini ditelinga.

sebab tu suka berpesan, malulah pada Allah kerana Allah itu ada dimana-mana. sedangkan kalau malu pada manusia, manusia itu sekejap ada sekejap tiada. dan kita pula bole bersembunyi dari manusia tetapi mustahil untuk bersembunyi dari Allah.

kalau kita betul2 kuat iman, tengok balik diri kita bila kita buat ibadah sorang-sorang, adakah khusyuk kerana Allah?

dan kalau kita sorang-sorang, adakah kita tidak segan melakukan dosa? sekiranya tak segan, memang kita tiada malu pada Allah.

berhati-hati, kelak Allah pula tanpa segan silu mendedahkan segala aib kita di akhirat kelak.

ingat mati, ingat akhirat...

husnataqwa said...

Anonymous - nampaknya ana tak dapat detect siapa anda. Nur Husna kah?
kalau ye, tulislah nama. senang akak nak kenal. :)

apapun, suke dengan perkongsian anda disini. :)
moga Allah redha.

sama-sama capai redha Allah.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.