♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, January 15, 2011

Istikharah punya pasal. =)


"Macamana kita nak tahu istikharah kita betul ye?"

"Kalau kita rasa tenang.."

"hem… waktu solat memang sume rasa tenang.."

"Petunjuk dari Allah datang dari pelbagai cara. Mungkin lepas istikharah, kita rasa mudah je nak pilih jalan yang Allah tentukan baik untuk kita."

"oooh.. Mimpi?"

"mimpi tu salah satu cara daripada petunjuk Allah.. Tapi tak semestinya mimpi. Kebanyakan orang selalu tunggu mimpi baru nak kata tu petunjuk Allah. Entah laaa… itu rahsia Allah.. Kuasa Allah.. tugas kita minta pada DIA jalan terbaek. Jangan bosan."

"Oh. Ok.. Ok..Moga-moga Allah beri petunjuk."


Lepas Maghrib, Solat Istikharah.

Lepas Isya', solat Istikharah.

Jam 9 tidur.

Bangun 5 pagi, solat Istikharah.

Lepas Subuh, sambung tidur.

Sampai tengahari.


"Subhanallah.. Kenapa tidur lama sangat ni???"

"Nak mimpi sebab semalam solat istikharah…"

"Takkan nak tidur sampai datang petunjuk? Sah-sah macam orang gila."

"Dah asyik tak mimpi-mimpi je."

"Tanyalah pada hati. Kadang-kadang petunjuk Allah tu tak datang dari diri kita sendiri. allah bagi petunjuk melalui orang lain. Bincang la. Tanya pendapat orang lain. Istisyarah."

"Ok."


p/s: orang nak pilih nak ambek kos ape pun, tak de laa tido sampai tunggu mimpi… Istikharah bukan berereti solat untuk bermimpi. J (pengajaran daripada panggilan telefon hari ini, terima kasih sahabat kerana meminta pendapat saya. Nasihat buat saya juga sebenarnya. Kadang-kadang Allah menghantar orang yang bermasalah untuk kita selesaikan masalah kita.)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.