♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 12, 2011

Menggandakan usaha.


Kalau hari ni kita study 40 minit, kuiz kita dapat 12/20. Lepas ni study 80 minit, mesti kuiz kita dapat 24/20. Menakjubkan!

Yang penting kena gandakan usaha. Jangan berada di takuk lama.

Kalau dulu kita sibuk dengan pelbagai gerak kerja, hari ini kita start dengan penuh semangat untuk menggandakan usaha belajar.

Cemerlang akademik. Cemerlang sahsiah diri. Cemerlang semuanya. Itulah kita.


Mesti ganda usaha.

Jangan rasa cukup dengan apa yang ada.

Tapi jangan abaikan kebajikan diri pulak.

Allah marah orang yang tak sayang diri.


pergi lab ternampak kamu masam, saya pun jadi rasa nak masam. maka senyumlah! buat muka bahagia~

Senyumlah. Pergi kelas senyum. Balik kelas senyum.

Senyumlah kat mana-mana.

Supaya jiwa yang resah pun kurang gelisah.

Senyum. Walaupun pada orang yang tak dikenali.

Supaya bila dipandang akan wajah kita, maka tersenyumlah seluruh alam semesta.

Jangan masam mencuka. Nanti mood boleh merosakkan banyak benda.

Tapi jangan senyum mengada-ngada, nanti orang ingat gila.


rainy..just like my mood....

Bersemangat. Datanglah semangat. Hunilah hati ini.

Semangat. Datanglah semangat. Isilah jiwa ini.

Kerana sejak dua menjak ni hari-hari yang dilalui sungguh terasa sakit.

Exhausted?

Kerana sejak dua menjak ni hari-hari yang dilalui sungguh terasa celaru.

Allahu rabbi yassir.

doalah satu-satu senjata yang aku ada untuk mengharungi hari mendatang.maka berdoalah!!.

Mohon doa untuk kehidupan yang lebih baek berbanding semalam.

Gandakan ibadah, itu yang paling penting.

Gandakan doa, moga dapat yang terbaek.


Semangat. Datanglah. Sungguh jiwa ini terasa hilang.

Tertinggal di dalam hutan?

Atau hanyut di dalam sungai?

Entah…

Allahu rahimm…

Tsabbit qulubana 'ala diinik wa 'ala tho'atik.

Tetapkan hati kami pada agamaMu dan pada ketaatan pedaMu.

Moga hati kembali menyinarkan cahayanya.

Serta menyinarkan orang di sekelilingnya.

Datanglah sirna. Dengan izin pencipta!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

Anonymous said...

saya tahu awak kecewa. tapi smapai bila awak mahu kecewa. saya tahu awak sedih dengan keadaan yang berlaku. tapi saya nak awak tahu awak kena lakukan sesuatu. biarlah mereka ego. kali ni rendahkanlah ego kita. ingat, matlamat kita dakwah. bukan masanya awak nak memendam rasa dan meninggalkan semua. masa cuma bersisa berapa minggu saja lagi. perjalanan awak perlu diteruskan. ketepikan soal thiqah, hormat, dan semuanya. yang penting, jangan kerana tindakan awak, ramai orang mengata tentnag ketidakkomitmen awak tdengan kerja. takpe. saya tahu awak kuat. lawan la ego itu. saya tahu awak pendam. awak tak bagitau sapa-sapa. tapi saya yakin awak sedih dan awak nak sangat jumpa dengan adik2 medcy awak. pergilah husna. semua orang menanti. saya yakin. biarlah awk diketepikan oleh beberapa orang, takpe, selagi awak tahu awak berada dipihak yang benar, maka teruslah kuat. sampai bila husnataqwa nak ego? dalam hal ni tundukkanlah ego. pergilah.. saya tahu husna cukup rindukan medcy. pergilah husna. kelukaan itu takkan terubat walaupun awak mengasigkan diri. malah awak lebih terluka mungkin. saya tak reti nak bagi nasihat untuk awak. malah tak layak. apatah lagi nak bagi semangat. kuatlah husna. kuat. lalui hari2 yang bersisa dengan indah. entah sape la bagi nasihat baru dia nak dengar..
tolonglaa husna.. jujur, awak terlalu ego. tapi dalam hal ni awak terlampau2 ego. tolong nasihatkan budak ego ni,someone please..
saya tahu siapa yang awak akan dengar nasihatnya. tapi saya tak tahu nak bagitau beliau macamana. hah..husna, please la.. bukan masanya nak tunjuk ego. kembali dan laluinya seperti biasa. jangan mengasingkan diri. medcy perlukan orang seperti husna. husna fahamkan? kuatlah sahabat...kuatlah...

(kalu aku cakap depan2 tentu aku tak sempat habis cakap ko dah patahkan perkataan ak. ak tak sehebat ko dalam berkata-kata. tapi ak nak kata jugak. sedih tengok husna 'melupakan' medcy.. ak harap ko faham. ini tanggungjawab, bukan saja tugas. ok? ak harap ade seseorang yg ko dengar katanya, menasihatkan ko. mane ko nk dengar nasihat ak en..)

nurulhusna said...

haih..

semuanya salah saya...

nurulhusna said...

yang ego nya saya. yang degilnya saya. yang keras kepalanya saya.

semuanya saya.

.....

Anonymous said...

kenapa pesimis sangat ni? tak boleh nak tego. tolonglah husna. profesional please.

nurulhusna said...

ok2

Anonymous said...

dah agak. nasihat saya takkan diendahkan. apatah lagi diterima pakai. husna, bukan nak menjatuhkan, sekadar menyuarakan. minta maaf ok kalau ko rasa teruk.

nurulhusna said...

syukran.

entah. tatau nk kata apa.

biar je. pasti ok dgn sendiri.



minggu ni nak balek seremban.

insya allah, kembali ok.

Anonymous said...

husna kuat en.. husna boleh buat punya. klu dah ko perlukan masa, ambek la masa yg ko nk.
moga kuat dan tabah.

nurulhusna said...

ok2.

dah2.
bincang benda2 yg membuat kita senyum~

=)

~nadiah~ said...

sabarlah husna..manusia ni bermacam ragamnya..ada masam, manis, masin..tapi itulah yang mewarnai hidup kita..andai manis sahaja, xbest jugak kn..

shbtku yg best, jgn sdey2 dh k..aku xpndai pujuk ko..haha

nurulhusna said...

betol tu roomate.

variasinya hidup ini diciptakan. makin matanglah kita melaluinya. insya allah.

roomateku yg rajin dan baek hati,
terima kaseh ye~ mendengar dan men.. segala men lah.

senyum!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.