♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 05, 2011

Niat dan ego saya.




Sahabat – kalau kalian Nampak saya menyimpang dari niat, perlakuan saya tidak tepat, katakan pada saya, supaya saya mampu berubah, kembali menggapai matlamat.

Sahabat – kalau kalian Nampak niat saya salah,kelakuan saya enteng, tegurlah saya supaya saya tidak terus hilang arah.

Sahabat – kalau saya ego, tinggi hati, katakan pada saya, kelak saya pasti binasa dengan keegoan sendiri.

Sahabat – kalau saya tak mahu mendengar pendapat orang lain, tegurlah saya, supaya saya tidak sesat.

Sahabat – saya manusia biasa yang kadang-kadang niatnya menyimpang, kadang-kadang matlamatnya songsang.

Sahabat – saya wanita biasa yang egonya kadang-kadang tak bertempat. Kadang-kadang berlipat-lipat.

Sahabat – lihatlah saya, bantulah saya, bangkitkanlah saya. Kerana saya tidak mahu sesat.

Sahabat – kita saling menguatkan antara kita, semoga Allah meredhai kita dengan kekuatanNya.

Sahabat – kadang-kadang saya sinis, kadang-kadang saya tidak berhikmah, kadang-kadang saya juga membuat salah,

Jangan takut untuk mengatakan pada saya, saya melanggar hukum Allah. Supaya hati saya sentiasa dekat dan rapat dengan Pencipta yang HEbat.

Sahabat – semakin jauh perjalanan ini saya lalui, semakin terasa kurangnya ilmu yang saya ada.

Sahabat – semakin panjang jalan ini saya telusuri, semakin saya rasa mahukan engkau terus disisi menggagahi perjalanan yang panjang dan bersisa ini.

Sahabat – janji pada aku, engkau bakal memegang tanganku erat-erat. Jangan lepas walau apa yang datang mendarat.

Sahabat – pegang tanganku erat-erat dan bawa aku terbang tanpa sesat.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

subhanallah.. mendalam maksudnya husna.. bila baca tinta ini terbayang pada husna.. senyumannya, idea bernasnya, lawak pintarnya, ilmunya, kata2 semangatnya...
kalau apa yang husna dah ada, husna masih merasakannya kurang, apatah lagi saya, yang tak pernah mampu menapak seperti husna..
suka tengok husna.. bila husna selesaikan masalah dalam medcy, husna optimis dan best bila dengar husna bercakap. suka dengat bila husna gelak, membahagiakan. :)
kalau saya mampu jadi sahabat terbaik buat husna, saya mahu. tapi siapalah saya untuk berdiri disebelah cik husna yang mantap ni.
apapun, moga terkena tempias itu buat saya jugak~

husnataqwa said...

subhanallah. ini bukan satu pujian atau penghargaan, tapi ini keterlaluan.

kalau anda tahu apa yang sebenarnya saya lakukan, tentu anda tidak akan berkata-kata seperti di atas.

jgn bersangka terlalu tinggi, kerana sangkaan yang tinggi boleh bertukar menjadi benci bila terdedahnya realiti.

kita jadi hebat sama2 ye. bukan nak bersaing siapa paling hebat.

+___+

terima kasih atas tasji yang mengujakan. bahagia punya sahabat seperti anda.
+___+

junior Q said...

assalam -
bila dengar kak husna berdiskusi dengan serius waktu little caliph, berdebar rasa jantung. tinggi sangat penyampaiannya, tak tercapai akal kecilku ini. dan baruku tahu orang yang tak duduk diam di CFS ni, mempunyai thaqafah yang cukup hebat. dan itu satu inspirasi buat saya,kak. terima kasih atas segalanya. saya rasa tercabar dengan akak. mmg mantap. dan perkataan yang akak lontarkan mmg masuk dalam jiwa. first akak bawa ayat quran, dan ulang2, saya dah rasa nak nangis..
dan saya rasa, saya betul2 jatuh cinta pada perjuangan dan berfikir, bagaimana akak melakukannya. kongsikanlah! bukan hanya saya, tapi ramai yang mahu mendengarnya. boleh?

husnataqwa said...

wassalam adik~

syukran atas semangat yg diberikan.
hamdalah.

carilah orang yg lebih baek untuk mendengar nasihat. akak bukan calon terbaek untuk memberi khidmat.

mungkin kalian boleh mendapat yg lebih hebat. akak banyak kekurangan yang teramat~

little caliph??? @,@

tiara dhiya said...

salam . . syahdu sanad text2 tuh . .

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.