♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 26, 2011

SAIFUL ISLAM menggegar CFS Petaling Jaya.


Alhamdulillah.

Dari mata turun ke hati.

Demikianlah bunyi tajuk yang Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan nama glamornya, SAIFUL ISLAM atau Abu Saif sampaikan di Dewan Al Malik Faisal.

Saya kira cukup menarik. Sungguh menarik.

Tahniah PRESS. Menjuarai Kempen Biah Solehah. Saya masih rasa bersalah dan terkesan dengan Kempen Biah Solehah yang tidak mampu dijalankan oleh MEDCY. Sungguh saya terkesan. Teramat kecewa. Tugas saya yang utama berada di dalam MEDCY seolah terabai. [salahkan diri sendiri. tidak orang lain]

Saya suka tajuk talk, lebih-lebih lagi Ustaz hasrizal yang membawanya. Tentu sekali, beliau orang yang cukup berpengalaman dalam bab-bab sebegini. Lihat saja buku-bukunya yang sungguh menarik seperti Murabbi Cinta, Aku Terima Nikahnya dan sebagainya. Maaf Ustaz, ana masih belum Berjaya habiskan buku-buku itu walaupun mencuba. J

Benar kata ukhtiku, Siti Khadijah, "Kalau Ustaz cakap baru ada umpph. Kalau kita cakap, mana diorang nak dengar. Dah orang-orang hebat pun terjebak dalam benda yang sama."

Saya mendiamkan diri. Tanda bersetuju. Mudah saja. Kalau tak setuju, baru saya ulas panjang. J

saya juga tertarik dengan kata ukhti junior kepada saya, "Kalau mereka mendengar dengar hati, tentu kesannya hingga ke sanubari kan kak? Saya takut yang datangnya ramai, tapi yang membawa pulang inputnya sedikit. Yang bawak pulang jenaka ustaz pulak yang ramainya."

Saya juga bersetuju. Dengarlah dengan hati. Kerana hanya hati yang boleh menilai dengan iman. Bukan telinga. J

Dan ada satu ayat lagi yang saya jua bersetuju, "Ustaz cakap betul-betul. Pandai gaya Ustaz nak terangkan pada kita. Tapi kita ni hah yang masih nak rasa apa yang kita buat tak salah. Muamalat tak jaga. Lepas tu nak salahkan orang kalau ada orang ter'jatuh' dengan kita. Selalu suka sangat nak buat trend kurangkan rasa berdosa. Saya tak faham. Dah Ustaz jelas-jelas sebut dalil macam-macam, tapi kita tetap nak ringankan hukum Islam. Kurang faham saya."

Ok. Saya bersetuju atas komen positif anda. Maaf, kali ni saya tak cakap banyak. Saya menunggu masa yang sesuai untuk bercakap. Dengan banyaknya. Insya Allah. JJ

Eh, sebenarnya saya tulis post ni nak suro entum semua baca update Ustaz Hasrizal tentang apa yang beliau sampaikan pada kami.

Moga-moga ada keberkatannya perkongsian Ustaz dengan kita semua.

Hah, yang ada di CFS, tapi tak datang malam ni, WAJIB baca tau. Dan sila baca dengan mata hati. Moga ada secebis hidayah dan taufiq buat kita semua.

Insya Allah.

Ustaz banyak menjelaskan berkenaan Cinta dalam Islam. Makna kata cinta Enta Enti. CInta Ustaz Ustazah. Dan saya terkesan dengan penyampaian Ustaz. Makin kuat rasanya keinginan untuk bernikah atas dasar dakwah. :) Anda tentu berminat juga, jadi mari menyemai impian dengan memperbaiki diri dan menjadi yang terbaek,sentiasa. :)

Mari doa ramai-ramai, "Ya Allah, aku memohon supaya Kau melindungi aku dari panahan mata cinta yang buta yang boleh membawaku ke neraka. Tapi letakkan aku ke dalam sebuah cinta yang menghantarku ke syurga. Kerana aku tidak dambakan cinta yang mengundang dosa. Tapi aku Cuma mahukan sebuah cinta yang dipenuhi pahala. Dekatkan aku dengan sebaik-baik lelaki, supaya kami saling berkasih sayang keranaMu dan ber'sinergi' pada jalan dakwahMu"



Di jalan dakwah aku menikah. – buleh Tanya Cik Wirdah, beliau sedang berusaha khatamkan ini buku. Saya? Tentu belum. Tengok saja kulit bukunya yang berwarna pink. Menyimpan hasrat untuk membaca. Hanya menunggu masa yang sesuai. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

Anonymous said...

Bumbung AMF terangkat tak semalam kak?huhu..
Moga yang hadir bawa pulang inputnya yang elok2..Jangan silap paham pulak dari ustaz bgtahu...
Last Biah Solehah Campaign programme dari Press bertemakan "Muamalat", alhamdulillah, boleh dikatakan hebat. Ustaz Zamri dtg utk Biah Solehah Campaign(BSC) program baru2 ni pun sama, mcam nak pecah dah LHA dan LHA hampir banjir dengan tangisan students UIA Pj..huh. Gempak ar BSC.
Last Program BSC, Seminar Anda Bijak Jauhi Zina pada Ahad ni. Special speaker dari Raudatus Sakinah...Moga terkesan pada yang hadir, dan disebarkan pada kawan2..itulah yang terbaik! JANGAN MAKAN SORANG2.:-)

husnataqwa said...

allahu allah...
cube p tengok,ade lagi tak bumbung AMF? +___+
alhamdulillah. akak harap tidak ada pemutarbelitan fakta dan dalil oleh kita dalam bermualamat.

IKHTILAT SIFAR!

kecewa dengar korang buat BSC gempak2, tapi akak MEDCY tak dapat menyumbang. moga allah ampunkan.. :((

Oh, Ustaz Zamri datang hari tu ramai yg menangis ke? kenapa menangis? akak tak dapat hadir waktu tu. rugi sungguh.. :((

kat UIA ni banyak majlis ilmunya, tapi kita yang kadnag2 buta untuk memilihnya dan menutup hati kita daripada dilentur olehnya.

ballighu 'anni walau ayah. :))

Anonymous said...

salam kak. saya setuju dengan akak. best lah post nih. :))

kecewa dengan org yg faham akan islam tetapi melakukan perkara2 yang meruntuhkan iman. dan apa yang saya rasa lebih teruk, apabila dosa itu tidak disangkakan dosa. malah tidak malu pada manusia menceritakan begitu begini. kalau pada manusia tak malu pun,malulah pada allah.

saya kecewa.

[apapun,terbuktilah kak husna mmg mantap. sudah mendengar bicaranya secara live, bukan je depan blog hebat berkata-kata, kat luar blog lagi best dengar semuanya. lepas ni boleh tak selalu-selalu nak jumpa akak?]

husnataqwa said...

Wallahu a'lam. Akak setuju dgn entum.
Benarlah setiap bicara entum kecuali yang dalam bracket tuh. :)

kalau kamu kecewa, akak lagi kecewa. pertahankan biah solehah ye. Insya Allah, semoga Allah redha setiap usaha kamu.

[kalo nk jumpe kena buat appointment dulu la. tapi lebih baik jumpa dengan orang yang jauh lebih hebat dari akak. sapelah akak ni...]

Anonymous said...

mmm...Haritu Ustaz Zamri dtg, memang hebat apa yang ustaz sampaikan. Memang nagis la semua audient, kalau tak menagis tu, sebak ada ar skit2,haha... Yang tu, fscc buat sendiri. Dorang boleh je buat bila2 masa program dorg nak kan.
MEDCY buat tema halaqah kan? Apa yang MEDCY buat untuk tema halaqah, kak? Takde poster pun kan?. At least society yang tak mampu buat program, dorg buat poster. Macam2 poster yang tajam ayatnya, yang pedas ayatnya kadang2. tapi biarlah kan, biar ia menusuk hati.
Rasanya boleh lagi Medcy buat Biah Solehah Campaign dengan tema tu, cubalah tanya ketua dia. Bro Marzuki rasanya, fscc tu. Kalau nak buat bende baik, confirm2 dia bagi peluang.
At least, buat poster tampal dalam kelas2 tu pasti akan menusuk kalbu. Biah Solehah Campaign 2011 kita sama2 sokong! i.Allah boleh. i.Allah kak kan..

husnataqwa said...

Ustaz Zamri bawak tajuk ape ye hari tu? ooh.. ye ke.. alhamdulillah. ustaz zamri bawak unt campus buddies kan?
suke sangat kat uia ni, byk majlis ilmu yg best2. tinggal lagi usaha kita.. dan mohon hidayah allah berpanjangan..

insya allah. teringin juga nak buat. nak qadha kan rasa kecewa dalam hati.. mmg kecewa sangat medcy tak buat BSC. hemmm........................

la ba'sa..klo ade rezeki insya allah.
klo tak dapat menyumbang dalam BSC pun, syukur atas segala event yang pernah meedcy anjur sebelum ni. tapi bab BSC tu tetap tak boleh terima.. takpe2. itu bakal dibincang di pihak kami dengan panjang lebar. insya allah.

bagusla klo berminat dengan benda2 macam ni. nt entum ganti kami tenure depan ye..

Anonymous said...

la2, Ustaz Shahrurkarnaim dari DQ buat talk utk Campus Buddies. Ramai jgak hadir coz fscc open to all students jgak. Poster dorg ada lagi kot. After that baru Ustaz Zamri, bwak tajuk FITNAH, ANTARA CITA dan AMANAH. Poster pun still ada lagi kot. Dlm minggu yg sama rasanya.
Haa, jangan lupa, Jumaat ni ada Forum Religous Tolerance dari "Shahrul Tarbiahtul Kalbi", anjuran kelab perkim dan fscc. Tp dorg dh buat poster baru sbb poster lama ditukar tarikh...
SubhanaAllah..mmg cfs kaya dengan Majlis Ilmu kan. Tak tahulah nak kata apa kalau ada orang yang tak ambik peluang untuk menuntut ilmu2 ni...:-)

husnataqwa said...

**Ustaz Syahrulkarnain** rendu pulak nak sebut nama ni. +_____+

ooh, alhamdulillah.
ABJZ pun ada jugak.
kaya sungguh CFS ni dengan bumi ilmu dan budi

moga kekal penjajahan islamik di dalam CFS. ameen.

Anonymous said...

ameen...
Sama2 kita jaga Biah Solehah di cfs..

husnataqwa said...

perlunya kita bersama-sama. kerana kalau sorang2 kita tak mampu dan tidak kuat.. mka, mari rapatkan saf perjuangan. memperjuangkan biah di CFS supaya kekal bersih suci dan terjaga. ameen

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.