♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, January 22, 2011

Taknak.. tapi terpaksa..

Bulan 2 dah habis belajar kat CFS. Bulan 9 baru masuk ke Kuantan, insya Allah.

6 bulan cuti.

Saya merancang.

6 bulan cuti. Kerja sebagai guru KAFA. Atau guru di Sekolah-sekolah swasta, seperti SMIH mungkin.

Sebulan gaji lebih kurang RM900.

Bayangkan enam bulan bekerja.

Kumpul gaji. Boleh dapat hampirRM5400.

Banyak tu.

Kalau kerja kat Kelantan, tak perlu keluar bajet.

Rumah dah ada, kenderaan dah ada.

Kalau kerja kat Johor, rumah abang ada. Kenderaan abang ada.

Kalau kerja kat Seremban, rumah kakak ada, kenderaan masalah sikit.

Jadi duet gaji tu kalau nak habis pun mungkin tak banyak.

Paling-paling tinggal lagi RM5000.

Alhamdulillah. Hujunng tahun boleh pergi umrah.

Ingat pesan ayahanda,

"Kakak simpan la duit sendiri kalau nakpergi haji ke umrah. Mana boleh pakai duet Ba.. Lagi berkat duet kakak."

Saya berusaha sebaik mungkin.

Walaupun orang kata saya terlalu dimanjakan oleh ayahanda ibunda.

Tidak benar sebenarnya. J

Teringat waktu abang belajar di UTP. Abang minta nak beli kereta. Sebab senang nak ulang alik.

Ayahanda kata,

"Kalau Ba ada ada duit dua kali ganda harga kereta abang nak beli pun, Ba takkan beli. Ba tak pernah ajar anak-anak macam ni. Baru nak belajar, dah nak pakai kereta. Bila nak belajar hidup susah? Kalau nak kereta, beli dengan duet sendiri. Ba takkan beli. Lagipun bukan norma pelajar bawak kereta. Dah kerja nanti abang beli la nak beli kereta apa. Ada kereta nanti macam-macam boleh jadi. Abang nak motor Ba boleh bagi, kalau betul kenderaan tu keperluan untuk abang."

Ayat ni saya ingat. Sebab ayahanda lafaz depan saya. Sebab tu nak pergi Kuantan, nak minta kereta pun takut. Takut lagi kena marah macam abang. Manja sangat. J

Kalau nak pergi umrah pun Ayahanda suro simpan duet sendiri. kalau Ayah asek suap bila kita nak belajar hidup susah dan berdikari. Nanti kalau dah berumahtangga, keadaan macam ni memang kena tempuh. Ayah tak boleh tolong dah kalau kakak abang dah kawin nanti. Takkan nak minta duet ayah lagi? Belajar-belajarlah hidup susah dan berdikari. Tak selalunya kita hidup senang.

Maka, saya cukup berhasrat untuk bekerja dan memegang duit sendiri.

Tapi semua harapan hancur apabila…

"ALLHS student kena ambil UNGS kat CFS." Kata Bro Azmi Sulong.

Erk… tak de maknanya RM5000 yang dok mimpi tu. Frust sugguh.

Pada awalnya memberontak.

Kebetulan saya ada 'urusan' yang tertangguh dengan doctor saya pada bulan Mac. Dari bulan Oktober tangguh ke Disember. Dari bulan Disember tangguh ke Januari. Dari Januari tangguh Mac. Lepas ni tangguh lagi ke Mei. Kasihan doctor saya. J

Saya menangis-nangis bagitau pada ibu terpaksa ambil shortsem di CFS.

Alah, ibu saya, bila masa dia nak menangkan saya. Mesti dia jadi cooler je.

"Takpelah. Kakak kan belajar. Dah kerja kakak memang belajar sekarang. Kalau kakak nak bekerja, kakak berhenti belajar pastu kerja la sampai bila-bila. Kalau kakak nak kerja, dah graduate nanti kakak kerja la. Tentang nak pergi umrah tu, kalau ada rezeki insya Allah boleh pergi jugak nanti menjadi tetamu Allah."

Ibu… memang penyejuk hati.

Nanti saya nak jadi ibu macam ibu saya lah!

Mesti anak-anak saya gembira. Erk.. J

Saya tak nak dengan shortsem. Cukuplah semester lepas saya bershortsem. Tidak untuk kali ini.

Tapi saya terpaksa. L

Mungkin ada hikmah yang Tuha n lebih tahu dan saya tidak tahu. Maka saya perlu berlapang dada.

Takpe, bolehla saya spend masa banyak-banyak dengan Syaikhuna Ustaz Muhadhir.

Dah banyak kali dapat peluang tapi asyik terlepas sebab kononnya sibuk,

Kali ni tak lagi, insyaallah.

Tanak dah terlepas. Akan gunakan masa yang bersisa sebaeknya. Dan takkan sia-siakan Ustaz yang ada di PJ untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu dengannya.

Kalau dulu di Kelantan, saya ada Ayah Lah. Ustaz Abdullah Pondok Lubuk Tapah. Apa-apa kemusykilan saya bertemu dengannya.

Kini, Ayah Lah dah meninggal dunia, kembali pada pencipta.

Tinggal lagi saya meneruskan pencarian ilmu. Insya Allah istiqamah. J

Sungguh sedih terpaksa hadap shortsem, sedang mencari aktiviti menarik untuk dilaksanakan. J

Moga Allah redha. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

15 comments:

Anonymous said...

salam 'alaik. kak, akak sangat beruntung sebab dapat ambil short sem, serius cakap, saya boleh kira sedih sangat sebab tak dapat ambil short sem. ramai lagi sahabat saya yang nak sangat ambil short sem tapi tak dapat.. sangat sedih, cuti agak lama sementara nak menunggu masuk long sem. tinggal pula di johor, sangatlah jarang saya dengar majlis ilmu di sana [tak pasti sama ada sebenarnya banyak, cuma kurang promosi, atau memang kurang].. pasti rindu bertalaqi..risau hati terus lalai dan leka. tapi saya yakin ada hikmahnya, aturan Allah terbaik. mungkin boleh gunakan peluang cuti panjang untuk berbakti pada negeri kelahiran, berbakti pada persatuan.. huuu..
akak gunakan sebaiknya shortsem tu. harap dapatlah nanti bagi perkongsian waktu saya sedang beercuti panjang nanti [nada mengharap] huhu

nurulhusna said...

insya allah nur husna..
sebab tu mampu berlapang dada, bila teringatkan talaqi dan banyak ilmu yang boleh dituntut dari syaikhuna.

banyak kali dapat peluang tapi selalu terpaksa lepas atas sebab2 lain. kali ni takde alasan dah. insya allah.

takpe, husna. kat Johor tu pandai2 la nanti cari tempat yang boleh mengutip mutiara ilmu. sungguh, berguna. macam akak,kat kelantan pun ada arah yang dituju bila terasa hati makin layu.
mengakui iman kita yang yazid dan yanqus sentiasa. insya allah.

nur husna kat johor dok tang mana?

insya allah. same2 kita kongsi apa yang kita ada.

takpe, nanti entum ada satu long sem lagi... insya allah banyak ilmu dapa dikuitp jika guna masa dengan baek. :)

Anonymous said...

eh. macam mana akak tahu saya. huhu.. di batu pahat. saya jarang dengar ada majlis ilmu kat sini macam yang ada dekat selangor. hmm. saya berhasrat untuk ke mana2 pondok nanti.. atau infaq masa untuk APIS punya program . insyaAllah. doakan ya. ..

nurulhusna said...

ooh.. batu pahat.. klo kat JB akak mahir laa jugak.. kat batu pahat area mane? bakal abang ipar akak orang Batu Pahat gak..

klo nak datang pondok kat kelantan pun ok. dialu2kan sangat. akak boleh sambut kedatangan kamu nanti, insya allah. :)

caliph said...

meme kesian ah kat doktor es. bagai menunggu bulan jatuh keriba..haha

nurulhusna said...

atau menunggu roti tempayan masuk ke mulut? hehe

caliph said...

mungkin memnunggu ribu2 ringgit jatuh ke tangan?

nurulhusna said...

eh, dr.es bukan mata duitan.

lame incik tak menyibuk kat blog saya. +___+

caliph said...

sebab puan sebut cerita saya nak kerata, saya datang la mengacau kat sini.
puan nak kereta jugak ke?

kereta sorong saya boleh bagi.

Srikandi Al-Quds said...

sy ckp jealous dgn kak husna pasal die sgt rajin update blog.. huhu~

sy pon terpaksa amik short sem kak.. kne jalankn agenda.. huhu.. xpe2.. sy pon berfikir2 bab2 kumpul duet ni.. em..jom jd bisnes partner time short sem nk??huhu..

nurulhusna said...

ahha.. klo jeles, sile la update blog kamu tu. +___+

ye ke amek shortsem gak? fuiyooh. takpe la.. jalankan agenda apekah? nak join ah.

partner bussiness? kita nak buat bisnes ape? topup? kerepek? nasi?

senang2 kita buat khidmat kaunseling sajelah. senang sket.
cakap2 dapat duit. :))

nurulhusna said...

caliph - kereta sorong best gak tu.

orang tak manja macam budak tu. sket2 mintak kereta. otai laa sangat. :))

k.a.k.a.k said...

kita tunggu dan lihat sapa yang minta kereta sekejap lagi??

nurulhusna said...

tak perlu tunggu. ahakss. :))

diam2 la orang indon.

Anonymous said...

takpe, buleh jaga kedamaian kc.

nescaya sunyilah UIA tanpa kata-kata hikmah akak kalau akak takde.

beri kami ruang dan peluang untuk menuntut ilmu dan pengalaman sebelum orang sehebat akak meneruskan langkah ke kuantan.

usah bimbang, shortsem nanti kami akan ceriakan hari-hari yang akak lalui.

memang kami menunggu saat di mana akak tak sibuk dan kami boleh luang masa yang banyak dengan akak.

menuntut apa yang ada, mutiara-mutiara kata, semangat perjuangan, kekuatan iman dan ibadah..

mohon ukhuwwah dikekalkan dalam penuh kasih sayang.

uhibbuki ya ukhti.. :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.