♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, January 23, 2011

Tegur depan-depan.


Bismillah.

Kadang-kadang saya curiga.

Kita suka cakap pasal orang belakang-belakang. Betol?

Saya juga sama.

Tapi saya lagi curiga.

Bila ada orang yang kata, kita cakap belakang-belakang tak nak cakap depan-depan.

Kadang-kadang, bila berbincang tentang sesuatu masalah, berbicara cara untuk mencegah,

Kami menghantar wakil untuk menyampaikan apa yang dibincangkan.

Tapi sayang, perkataan wakil tidak diendahkan, malah dipersoalkan kenapa tidak menegur dengan direct.

Usah harapkan semua orang datang kepada kita dan berbicara pada kita.

Cukuplah kata-kata salah seorang sahabat kita mengatakan bahawa itu adalah suara orang ramai.


"Akak, akak ni emo sangat lah. Cuba kurangkan sikit emo tu."

Contoh teguran yang orang bagi pada kita.

Maka, jangan dirasakan teguran itu dari hamba Allah yang sorang itu saja.

Anggaplah teguran itu dari orang ramai.

Tak perlu tunggu seluruh orang kat CFS ni datang dan tegur, baru nak rasa ditegur.


Orang dah sampaikan teguran itu pun dikira baik.

Kadang-kadang bila orang Tanya saya,

"Akak, kenapa diorang suka kutuk kita belakang-belakang?"

"Kalau dia kutuk kita depan-depan kita boleh terima kita? Kita boleh berubah ke? Orang tegur kita pun kita ego tak nak terima teguran orang."


Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain.

Sebelum menyalahkan orang lain,lihat kembali diri. Apa yang aku buat sehingga orang asyik dok cakap belakang-belakang.

Mungkin kita telah ditegur berkali-kali tapi masih melakukan perkara yang sama.

Mungkin dan mungkin. J


p/s: tulis kat blog tak dikira cakap belakang-belakang. Sebab semua orang boleh baca dan boleh aplikasi untuk diri sendiri. Ok. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

pegi je lah tego depan2. pe susah. mungkin depa nak hang yang teguq depan2

p laa. tercabar ni. depa ingat hang tak berani tego depan2 kot

serikandi said...

tah. asyik dok hantaq orang lain je suruh tegoq. dah tiba masanya puan husna turun padang. :)

husnataqwa said...

rileks2.

amboi, bila masa ak dah jadi puan ni?

insya allah. mungkin ke macam tu...

tak rasa tercabar pun. biarlah apa yang kita buat dia tak nampak tapi Dia yang nampak. insya allah. :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.