♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, February 02, 2011

Bumi Kinanah.


Anak Kinanah,
Dulu bumimu bernanah,
Kini bumimu berdarah,
Marak api zulmah,
Dihujani cecair ammarah.

 
Anak Kinanah, kita hanya dipisah Laut Merah,
Laut yang pernah dibelah lalu terbelah.
Musa menjadi bukti kuasa Allah,
Firaun zalim akhirnya rebah.

 
Anak Kinanah, sedihmu adalah tangisku.
Gundahmu adalah debarku,
laparmu adalah letihku.
Kalian peha kanan, aku peha kiri.
Kita adalah kaki ummat ini.

 
Tiada Hosni, tiada Mubarak.
Semuanya babi yang haprak,
Meski Baradaie atau Ehud Barrak,
Semuanya menuju ke lubang biawak.

 
Anugerah Nil dari sorga dialir ke neraka Israel,
Hah, seakan Mubarak mencari anak Ababil,
Mengurung ulama' mengangkat si jahil,
Hai setan, tunggulah panggilan 'Izrail!!!

 
Saudaraku anak Kinanah,
Kinanah Hosni [harmoni] dengan kalian.
Kinanah Mubarak [berkat] kerana kalian.
Kalian penjemput rahmat tuhan.

 
Saudaraku anak Kinanah,
Jangan sedih jangan gundah,
Andai ada yang ditakdir rebah,
Rebah itu rebah SHAHADAH.

 
Saudaraku anak Kinanah,
Ku hulurkan tangan untuk kau jabat,
Ku hulurkan bahu untuk kau panjat,
Air mata kalian pasti ku kesat,
Celaka kau wahai pemimpin laknat!!

 
Dari dingin ini aku menadah,
Memohon, berdoa dan bermadah,
Agar kalian tidak gundah,
Agar urus kalian dipermudah,
Kabulkanlah Ya Allah..


HASANHUSAINI, 
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

 

 
Allah tidak memilih saya ke bumi Kinanah. Kalau tidak, mungkin saya bersama dengan mereka di sana. Allah, selamatkan mereka sahabat-sahabatku. Adik beradik usrahku. Dalila Ghazali dan Hafiza Azmi. Serta kawan-kawan seDQ, kawan-kawan Kelantan, dan kawan-kawan seislam. Beri mereka ketenangan hati dengan janji SyurgaMu yang abadi. J
Allah. Tewaskanlah kaum musyrikin. Menangkanlah kaum muslimin.
Agak-agak lepas ni Malaysia pulak ke yang perang?
Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.