♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 15, 2011

Kisah di Mid Valley =)


tempat femes budak-budak UIA PJ. :)
Malidur Rasul.


Perbanyakkan selawat dan salam buat junjungan besar Rasulillah S.A.W. Moga kecintaan kita pada Nabi memberi kekuatan untuk kita mengamalkan segala sunnah Baginda. Insya Allah Taala.

Saya cukup terkesima kerana masih ada ummat Islam yang menyambut tarikh yang kononnya bersejarah iaitu 14 February. Katanya hari memperingati kekasih. Saya tidak mampu untuk tersenyum. Melihat gelagak ramai orang di MidVallley dengan pelbagai karenah. L Sampai bila kita nak terikut-ikut dengan budaya barat? Lebih-lebih lagi, kita ber'taklid' dengan buaya barat dengan membabi buta. Tanpa mengetahui asal usulnya. L Masya Allah. Islam dah haramkan sambutan ini dah lamaaaa dah. J tapi Alhamdulillah, tahun ni kerajaan pulak yang mencuba untuk mengharamkannya. Sekadar cadangan saya, kalau benar mengharamkannya untuk Ummat Islam, kenakan tindakan pada yang masih meraikannya. Jangan cakap berdegang-degang nak halalkan, tapi takde apa-apa tindakan yang dilakukan. L Kempen di TV sempena Hari Kekasih masih berleluasa. Patutnya dikurangkan atau terus dihentikan. Inikan Negara Islam. J Jangan nanti jadi macam Misr, baru terkocoh-kocoh nak ubah semuanya. Terlambat dah tu beb! J

Kakak mengajak saya keluar ke MidValley. Kebetulan nak dapatkan beberapa barang keperluan, dan tentunya memenuhi hajat kakak yang memang teringin sangat nak jumpa adik kesayangannya, maka saya menurut. Lepas bagitau a.k.a minta izin dengan Ibu, saya terus menghala ke MidValley. Dalam perjalanan, belum sampai Mid lagi, dah Nampak macam-macam gaya orang menyambut Hari Kekasih. Sungguh, tak larat nak tengok. Walau dah pakai cermin mata hitam pun, tetap tak larat. J

Saya musykil. Memang musykil. Perjalanan di teruskan. Setibanyak di Mid, kakak masih di Putra. Maka, saya menghala ke MPH. membaca buku-buku yang menarik disitu. Memang 'gila' kalau tengok buku kat MPH. Kalau kaya, dah beli semua dah yang digemari. Tapi tak mampu. Mungkin suatu hari nanti. J Insya Allah Taala. Sewaktu sedang membaca buku, ada orang datang dan bertanya kepada saya,

"Kak, saya nak tanya sikit,boleh?"

Pergh. Saya senyum dan mengangguk ringan. Bukan tidak mahu memberi 'greet' yang lebih bagus, tapi memandangkan kami berlainan jantina, maka saya 'greet' sekadarnya. Nanti disalah ertikan pula oleh orang yang memandang.

"Kenapa kita kena susah-susah sambut kelahiran Nabi? Bukan ke Nabi tak perlukan kita?"

Saya pun hairan kenapa belian datang dan bertanya pada saya. Soalannya pula panjang perlu dijawab. Lagipun, saya bukan terlalu arif untuk menjawab dengan mantap persoalannya. Tambah lagi, saya sendiri tidak kenal beliau adalah orang yang macamana. Kerana, untuk menjawab sesuatu soalan, kita mesti kenal sasaran kita, supaya nanti jawapan kita boleh diterima. Contoh mudah, kalau seorang kanak-kanak bertanya pada kita, "Kenapa air ni boleh jadi keras macam ais?" tentu jawapan yang kita beri pada kanak-kanak tersebut, "sebab bila air masuk dalam peti ais, air jadi sejuuuk sangat, air pun jadilah keras. Kalau kita sejuk sangat pun kita boleh jadi keras jugak." Soalan ini pernah ditanya oleh anak saudara saya. Takmungkin saya menjawab dengan mengemukakan teori-teori kimia dan sebagainya. Sebab itu bagi saya, penting untuk saya mengetahui sasaran sebelum saya menjawab soalan yang ditanya. Maka, saya mengambil kira untuk memberi jawapan yang general. Tidak berminat untuk menjadi 'penceramah bebas' di MPH.

"Memang Nabi tak perlukan kita. Tapi kita yang perlukan syafaat baginda."


Tapi beliau tidak berpuas hati dengan jawapan saya. Beliau mengemukanan hujah-hujah beliau. Saya rasa tidak selesa bila ramai orang memandang. Boleh jadi fitnah nanti. Maka, saya mencuba pelbagai cara untuk hentikan komunikasi tersebut, tapi tidak Berjaya. Sehingga beliau mengajak untuk minum-minum di café berdekatan. Saya menolak dengan baek. Lagipun, saya ada urusan yang jauh lebih penting. Akhirnya, disebabkan beliau masih tidak berpuas hati kenapa kelahiran Nabi perlu disambut oleh ummat Islam, saya sekadar memberi analogi yang cukup mudah. Saya tak mahu memanjangkan perbualan lagipun. J



"Kalau awak ada anak nanti, birthday anak awak pun awak belikan kek dan buat majlis. Kalau awak ada isteri, birthday isteri awak pun awak rai dengan macam-macam. Sebab apa awak rai? Sebab orang-orang tu penting untuk awak bukan? Maka, nyatanya Rasulillah lebih penting. Beliaulah yang menyebarkan Islam dan berjuang habis-habisan untuk ummat baginda. Takkan untuk meraikan kelahiran baginda dengan memperbanyakkan selawat pun kita nak pertikaikan? Saya rasa takde orang pernah pertikaikan kalau awak sambut ulangtahun kelahiran isteri awak nanti. Jadi kenapa awak mesti pertikaikan sambutan kelahiran Nabi?"

Gaya saya dah macam orang nak berbahas. Kalau kena suntik lagi, memang semangat membara-bara punya. J Saya teringat beberapa orang sahabat yang lebih faqih dari saya. Nak beri nombor telefon sahabat-sahabat untuk lelaki ini contact, macam keterlaluan. Maka, selepas melihatnya terangguk-angguk dan senyum simpul, saya mula rasa lega. Biasanya orang yang mahukan penjelasan lebih mudah dnegan analogi, sebab mudah difahami, lebih-lebih lagi kalau analogi tersebut berkaetan dengan dirinya. Saya katakan pada beliau, saya ada urusan, saya terpaksa pergi. Beliau menghulurkan sekeping kad, pengenalan diri. Saya menolak dan berlalu pergi.

Kaki dihayun ke F.O.S,menemui kakak tersayang. Terasa sungguh lapar maka kaki dihayun ke mana-mana restoran yang menarik. Pelbagai topic menarik kami bincangkan. Jarang sungguh saya dapat keluar bersama dengan kakak. Memang jarang. Biasanya, saya lebih kerap keluar dengan abang. Kali ni saya gunakan sebaeknya masa untuk bersama kakak.

terima kasih pengirim coklat. Memang sodap home made chocolate ni. :)

Tiba-tiba dapat kiriman coklat sekotak. Sodap pulak tu. Terima kasih kepada pengirimnya. Bukan sempena hari kekasih ya. Sempena maulidurrasul kot. J Memang sodap sangat coklat tu. J Jazakallah.

Setelah puas 'melepak' dengan kakak dan sepupu, saya pulang ke CFS bersama Farah Adlina dan Wirdah. Dan kakak menghala ke Seremban. Insya Allah kak, kita bertemu kembali di Seremban 23hb nanti. Insya Allah jika tiada aral melintang.

Ramai orang sanggup spend banyak-banyak untuk kekasihnya, tapi berapa orang sanggup spend selawat banyak=banyak untuk RasulNya? Wallahu a'lam.

Fikirfikirkan dan selamat beramal.

Oh, lupa jugak nak cakap, lepas ni kalo pergi shopping kat Carrefour, jangan lupa cek bil anda sebelum pergi meninggalkan kaunter. Dah banyak kali terkena, harga di bil tidak sama dengan harga yang tertera pada produk. Tadi sekali lagi hamper ditipu. Membeli VCD Cars untuk anak saudara, Abdul Munir dengan harga RM9.90 yang tercatat di produk. Bila tengok kat bilm harganya RM15.90. Bezanya dah RM6. Banyak tu. Kalau tak berhati-hati, memang rugi. Bila inform kaunter, kita akan dapat balik duet kita. Jadi hati-hati. J Jangan tertipu. Kita ada hak sebagai pengguna. Peringatan bersama. Betol, dah banyak kali kena tipu. J

[husna] moga-moga satu hari nanti anak saya tidak tahu apa itu HARI KEKASIH. Dan saya pasti malu seandainya anak saya tahu, generasi saya merupakan generasi yang paling aktif meraikan HARI KEKASIH ini. Saya malu. Moga-moga Islam gemilang~ J

Kecintaan pada Nabi yang membuat kita merasa bahagia bila berselawat kepada baginda. Terasa dekat dan tenang. J

Allahumma solli 'ala Muhammad. Allahumma solli 'alaihi wa sallim. J [tetiba teringat talaqi.:(]

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

14 comments:

Anonymous said...

orang nak mengurat tu. cik husna buat tak faham. :o

husnataqwa said...

tak de lah. dia betol2 nak tanya ah..

Anonymous said...

kalau betul nak tanya, takkan siap nak minum-minum, bagi kad segala... musykil2

mursyid said...

alaa. kalau nak mengurat pun apa salahnya.

cik husna kan still available..

jual mahal pulakkk....

Anonymous said...

oooo... still available......

husnataqwa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
husnataqwa said...

maaf. terpaksa delete beberapa komen yang sensitif disini. minta berhemah bila memberi komen. :) jazakallah.

Anonymous said...

itulah.. kontroversi sangat.. :p

husnataqwa said...

yang kontroversi tu yang tak suke tu. :)

pemadam said...

haih.. kena unavailable baru hilang terbang sume yang admire ni.. kih3

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.