♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, April 17, 2011

Dia pun sama saja!



"Akak, semalam depan tegur saya, depa kata saya tak pandai time management. Hek eleh, depa pun sama je. Balek meeting terus tidoq, siang-siang tengok movie. Tapi sebok je nak teguq orang."


 

"Aku tak respect langsung dia nak tegur aku, diri sendiri pun tak terjaga, sebok nak jaga tepi kaen orang."



Ok. Enough is enough. Cukuplah dengan pemikiran yang terlalu 'jumud'. Penat mendengar keluhan manusia yang ditegur. Belum cerita lagi keluhan manusia yang menegur.

"Dah tiga kali saya tegur dia Kak. Sikit pun dia tak amek endah."

Jawapan saya mudah,

"Cuba buat yang keempat pulak."

Kalau orang yang mengeluh terlalu hiperbola penat menegur, jawapannya juga mudah,

"Doa moga-moga dia terbuka hati nak berubah."



Tak pernah terlintas pun terasa penat mendengar keluhan sebegini, sebab kadang-kadang diri sendiri pun mengeluh juga bila menegur dan ditegur. Mungkin terlupa tujuan asal menegur. Kalau menegur untuk menjatuhkan, mengaibkan, memang mudah terasa penat. Tapi kalau menegur, kerana Allah sematamata, pasti tak timbul keluhan walau berkali-kali menegur. 
Saya bukan seorang yang sabar dalam memberi teguran. Sekali tegur, kalau tak nak dengar, kali kedua keluarkan perkataan yang ada 'api' sikit. Kalau tak paham juga, saya diam. Teruk. Jangan tiru aksi ini.(AMARAN KERAS) Memang teruk. Sedangkan usaha kita untuk menegur orang lain sepatutnya berterusan dan ikhlas. Bukan begitu?


"Sesungguhnya nasihat itu ibarat menjahit kain menggunakan jarum dan benang. Disulam benang dengan jarum yang halus satu persatu dengan teliti. Tujuannya satu, mahu menyempurnakan jahitan kain agar sempurna dipakai. Begitulah nasihat. Menggunakan method yang paling berkesan dengan penuh hikmah, tujuaannya tidak lain untuk memperbetulkan silap agar lebih sempurna."
Kalaulah semua orang tahu apa tujuan NASIHAT, tentu masalah 'masam muka sebab mendapat nasihat' tak akan timbul.


Kalau semua orang tahu bahawa NASIHAT itu adalah tanggungjawab, tentu tak timbul masalah 'mengata dulang paku serpih, (sambung sendiri)'.


Tapi terlalu ramai yang menganggap nasihat itu 'aib'. Terlalu ramai yang mengganggap nasihat itu 'hasad'.

Sehinggakan tidak Nampak apa yang dinasihatkan tapi Nampak kelemahan orang yang menasihati untuk dipertikaikan.


Huh, beri saya nasihat. Regardless AGE. Ahha. Kalau saya silap, beritahu saya. Tapi pesanan ikhlas dari saya,

BERITAHU DENGAN HIKMAH. Kerana ramai orang kecundang dalam bab memberi dan menerima nasihat, adalah kerana tidak ada HIKMAH dan BIJAKSANA. 
Ya, hikmah.

Jangan terlalu seronok memberi nasihat sehingga terlupa pada aspek HIKMAH. Ia bukan satu aspek yang boleh dipandang lekeh. Malah, Allah menekankannya di dalam Kitab Alquran. Ya, HIKMAH. J

Tinta Anak Muda.
Tinta anak muda,
Husnataqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.