gambar sebagai hiasan. comel sungguh. |
"Kak, saya jual Yassin. RM2 saja kak. Beli kak?"
Saya berpaling kearah kanak-kanak lelaki itu. Mukanya cuak bila memandang wajah 'garang' saya. Eh, kasihan pula. Sahabat saya cukup faqeh dengan agenda kanak-kanak meminta sedeqah, terangnya pada saya, "mereka ni ada komplot. Ada orang suruh mereka minta sedeqah."
Saya bertanya pada kanak-kanak tersebut.
"Sapa suruh minta sedeqah? Kenapa tak pergi sekolah?"
"Mak suruh. Tak ada duit nak sekolah."
Sahabat saya mendesak supaya saya tidak mempercayai kanak-kanak tersebut, katanya serik kena tipu, bila bagi duit, nanti kanak-kanak tersebut pasti dijumpai makan-makan di KFC. Lawan tauke Nampak. J
Saya semakin banyak mahu menyoal. Macam-macam soalan saya lontarkan. Tapi sahabat saya tidak berpuas hati. Beliau menarik tangan saya daripada terus menjadi INSPEKTOR POLIS dengan menyoal kanak-kanak itu berterusan.
Saya mengikut saja. Kami menghala ke kedai kasut BATA. Seperti biasa, saya diam tidak bersuara. Tanda protes. Tak guna marah, lebih baik mendiamkan diri saja. Beliau yang memahami saya, juga diam, tandanya tidak perlu penjelasan. Dan beliau cukup tahu, bila saya diam tandanya saya sedang berperang dengan nafsu, jadi tidak perlu penjelasan, kerana mungkin boleh meningkatkan perasaan marah. Sesekali beliau bertanya, saya menjawab sepatah.
Kami menuju ke semua kedai, menyinggah mencari kelengkapan yang mahu dibawa ke tempat pengajian masing-masing. Akhirnya saya bersuara,
"Lebih baik tersilap lepas daripada tersilap hukum kan?"
"Aku tahu kau punya banyak hujah. Tapi aku ada pengalaman. Budak tu ada konco-konconya. Nanti mereka selalu mintak-mintak dengan kau."
"Setakat dua ringgit tak terjejasnya wallet ni.."
"Ya, kau banyak duet. Tapi lebih baek kau salurkan pada tempat yang betol kan? Pada orang yang betol-betol memerlukan. Tak gitu? Kalau kau nak sangat bersedeqah, fine. Jom kita cari orang yang betol-betol perlukan wang."
Ya, seorang sahabat yang telah lama bersama, beliau cukup memahami siapa saya. Terima kasih sahabat. Terima kasih kerana sudi bersama, sudi memahami dan sudi membetulkan jika saya silap.
sahabat- bersama sejenak sudah mampu mengikat hati-hati menjadi dekat |
Seorang sahabat yang baek tidak dinilai dengan kekerapan bersama. Tapi cukup untuk saya, seorang sahabat yang baek, apabila bersama, terasa senang jiwa, apabila bersama terasa mudah bicara kerana beliau memahami. Apabila bersama, terasa tak perlu banyak bicara kerana beliau mengetahui apa di dalam hati.
Yang penting, sahabat yang baek, sentiasa maklum apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka. Sentiasa maklum dan menghormati prinsip kita. Ya, sahabat yang baek, jika ingin di cari, kita perlu terlebih dahulu menjadi sahabat yang baek.
pegang erat tanganku mari terbang tinggi bersama-sama. |
Tak semestinya bersama, kita menjadi akrab. Kadang-kadang bertemu sekali sekala, tapi hati terasa dekat. Kadang-kadang hanya berbicara di YM sekali sekala, tapi bila yang di sana susah hati, saya juga merasa tak sedap. Ya, itulah sahabat. Yang menyenangkan. Yang memahami. Yang inginkan yang terbaek buat kita walau terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri. Asalkan anda bahagia, apa saja mahunya anda pasti saya turuti. J Insya Allah.
pegang erat agar kita sentiasa dekat |
Bersahabat juga tidak bermakna hanya anda memahami saya, tapi saya juga berusaha sedaya upaya untuk memahami anda. Ya, memahami dan difahami. Saya memahami dan mengenali siapa anda. Dan seperti itu juga anda memahami dan mengenali siapa saya. Tidak perlu menunggu bicara, cukup perbuatan menjadi tanda. J
Mari menjadi sebaek-baek sahabat seperti Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. J
Allahu Allah.
p/s : Lama dah tak update blog. Rupanya baru paham apa perasaan malas nak update blog sendiri. J Ilalliqa'. J
3 comments:
sahabatku.. ya, kau susah difahami. tapi mudah bila difahami. ngee~
heh, pegang erat tangan kononnya, nk pegang tangan pun hang tak bagi. cakap besar.
Post a Comment