perjalanan hidup... Menuju masa depan.. Aku tidak mahu keseorangan.. |
Tiga pasang tangan sedang menyusun surat khabar lama. Lalu, tiga bungkus nasi kerabu dibuka di atas surat khabar itu. Lauk yang sama, daging bakar.
Sambil mengimbau pelbagai kenangan, sesekali ketawa. Sesekali tersenyum.
"Kau serius ke nak tukar BEN?"
"Aah, dah keluar ke borang tukar kos?"
"Belom lagi.. Memang kau serius ke nak gi BEN ni?"
Mengangguk.
"No more hesitate. Tak nak dah tukar kos. Aku nak stay biomed lah. Tak nak biotech. Nak biomed. Ada hikmah tu tak dapat sem ni, moga-moga dapat sem depan.."
"Ameen…"
"Pastu aku macamana?"
"Hem?" mereka berdua menjawab.
"Yelah, sorang ke Nilai, sorang stay PJ, aku sorang gi Kuantan?"
Kami diam. Memandang langit melalui tingkap yang terbuka.
"Sedih…"
"Aku lagi sedih pegi sana takde sape-sape." Kata aku, perlahan.
Dan mereka masih diam.
"Jangan terlalu memikirkan masa depan dan masa silam.. Hingga terlupa masa sekarang." Kata cik Biomed.
"Tanak pegi Kuantan sorang-sorang, tak kuat.."kataku dalam hati. Memandang mereka yang masih diam,melayan perasaan sendiri.
Beberapa minggu tinggal, sebelum berpisah mengikut laluan masing-masing.
Dan, aku tak mampu membayangkannya. Tidak, sesekali tidak.
Biar tiba masanya, dan kelak, kita bicarakannya semula. Mungkin ada aturan Tuhan yang lebih baek untuk kita.
Ameen….
***
Moga-moga hari Selasa seperti ini berulang dan terus berulang.
Biar kami terus mengukir kenangan.
*Husna*Farah Adlina*Wirdah*
Tuhan, tunjukkan jalan terbaek!
10 comments:
kuantan ramai orang.. jangan risau.. ada orang nk 'jaga' kat kuantan nt.. hehehehe.
kalu tak nak sorang2 kena berdua lah pulakk. tak gitu?
berdua lebih baek.
sape la sanggup jaga..
nakal ni
berdua mmg lagi baek. tapi ramai2 lagi lagi la baek.
mula2 berdua dulu, pastu baru jadi ramai2... hehehehe
takpe, mai kat kuantan nt situasi lain dah. insya allah, nak suruh jaga sebab nakal la.
nurse ni mmg nak kena. sabo je la
hehehehe...
sedih jugak cite ni.. hidup ini terlalu tak disangka-sangka kan husna.. entah lepas ni apa yg terjadi.. doakan yg terbaik unt korang.. sedih baca kisah persahabatan korang..
yg ditinggalkan di PJ patut lebih sedih.. kalian mencoret kenangan baru di bumi kuantan. sedangkan kami hidup dalam kenangan bersama kalian.. pasti kehiduupan di PJ bila kalian tiada tidak seindah semalam..
ya allah, keranaMu kami bertemu, keranaMu juga kami berpisah, maka lapangkan dada kami..
tinggal beberapa minggu lagi bersama.. Allah... yang mana jauh moga didekatkan, yang mana dekat moga dirapatkan..
sungguh aku tak terbayang akan perpisahan dan tak terbayang kehidupan tanpa kalian..
husna, sejauhmanapun anda terbang, jangan lupakan kami :(
sobs..sobs.. sedih.. T.T
sape anonymous ni?
tak dapat detect plak..
korang yg stay kat PJ, mmg hebat.. allah tak pernah beri sesuatu yg sia2. pasti ada hikmahNya. lambat atau cepat, Dia saja yang tahu. hebatnya ujian kalian tanda kehebatan iman kalian..
memikirkannya saje tidak sanggup, apatah lagi melaluinya 3minggu akan datang..
moga tuhan mudahkan jalan agar kita sentiasa dekat.. =)
sungguh, pintaku kini, moga masa depan kita semua lebih bahagia.. =)
Allah, mari coret kenangan banyak2 bersama.. Lepas ni susah dah nk together..
kalo jumpe lepas ni pun, belum tentu kita sama macam dulu..
tapi harap2 ukhuwwah yg manis ini dirasai sampai............. kita bersua kembali di kuantan.. =)
6bulan bukan tempoh masa yg singkat. aku pasti merasai kehilangan kalian. =)
anonymous, aku tidak pernah terbang untuk meninggalkan sahabat2ku. tapi aku mahu terbang bersama mereka. dan mencapai awan bersama mereka..
=)
"anonymous, aku tidak pernah terbang untuk meninggalkan sahabat2ku. tapi aku mahu terbang bersama mereka. dan mencapai awan bersama mereka.."
like this...
susah dah nak cari orang serba boleh macam khusna. maulid,talaqi,UTM,meeting,jual buku, motivator, histeria, semua boleh.. dan saya pasti rindukan kak husna di PJ nnti! Oh nooo... dont like this feeling...
Post a Comment