♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 03, 2011

TraVelog Cuti Hari Pekerja


Salam. Bismillah Allahu Akbar.

Last update, bulan April. Sekarang dah bulan Mei. Wah, dah lama tak update blog. J Dan lagi tak sangka, dah bulan Mei pun. Cepat sungguh masa berlalu pergi. Rasanya baru saja memulakan semester pendek. Tapi bila dihitung-hitung, tinggal dua minggu saja lagi sisa-sisa yang perlu dihabiskan. Maha Suci Allah yang menjadikan siang malam silih berganti dengan begitu cepat. Maka rugilah mereka yang tidak memanfaatkannya. J



Cinta pada Allah menghalang perbuatan yang tidak bermanfaat.


"Kenapa tak galak dah update blog?" Seringkali dipersoalkan begitu. Saya diam. Tidak ada jawapan terbaek. Jawapannya saya bisik pada hati saja.

Jawapannya, bukan tidak mahu update, kadang-kadang muncul banyak idea, tapi dikuburkan begitu saja, atau, saya pesan pada Medula Oblongata, sila ingatkan saya untuk update post pasal idea yang datang tadi. Itu saja. Bukan tak mahu update, tapi terlalu benci dengan kontrovesi dan kata-kata yang tidak menyenangkan. Sungguh, ia menjatuhkan semangat. Bukan saya marah, tapi saya mengambil masa untuk semua orang bertenang. Tidak pasti kontroversi tersebut timbul disebabkan apa puncanya. Hasad dengki atau iri hati.. Hanya Allah yang mengetahui. Atau, kalau ada yang sedang 'mengejar' pihak sebelah sana, percayalah, tidak ada kena mengena dengan saya. Wujud atau tidak saya, tidak ada bezanya bagi pihak sebelah sana. Lihat, betapa tak ada kesan pun saya padanya. Tapi kalau anda masih mahu menghentam saya pelbagai sudut, tak mengapa. Saya terima sebagai habuan kafarah dosa-dosa mungkin. J

Maaf, awal-awal pun dah berleter panjang. J

Mencoret sedikit tracelog cuti hari pekerja. J

Kami muslimat haraki~


Hari Khamis, selepas habis kelas, saya terus fly, menggunakan bantuan classmate, Berjaya melepasi main gate UIA dengan senyuman semekar bunga di taman buat pak guard yang garang. Bersama Afiqah Zulkifli, kami memulakan perjalanan. Menaiki bas di PPUM, menuju ke MidValley. MidValley menjadi saksi 'dating' kami berdua hari itu. Menyantap dua biji regular pizza di Domino, sambil menikmati 'long talk' dengan aman damai tanpa gangguan. Membicarakan masalah-masalah yang cukup kritis. Tidak saya nafikan, sahabat saya yang ini, Afiqah Zulkifli, mempunyai fikiran yang kritis, bila bersama dengan beliau, saya sentiasa teruji dengan kata-katanya. Alhamdulillah, beliau memang sahabat yang baek. J Selepas menyantap dengan tak lahap, kami menuju ke KTM, beliau meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Selatan untuk balik ke Johor. Dan saya meneruskan perjalanan ke Seremban, seperti biasa. J

Di Seremban, menghabiskan banyak masa bersama anak saudara. Semakin petah bicaranya, semakin lincah gerak gerinya. Doaku setiap kali mengusap kepalanya, "Moga-moga Munir menjadi Mukmin yang bertaqwa.." J

Tiga malam di Seremban, kemudian hari Ahad, saya dan Cik Wirdah memulakan travelog TAHLIL ke Klang. Dari KTM Seremban, kami ke KL Sentral, kemudian mengambil laluan ke Pelabuhan Klang dan menuju ke KTM Klang. Dari KTM Klang, Bintu Puaad menyambut kehadiran kami dengan Wira kelabunya. Lantas, membelah jalan raya ke Rumah Illeya Ibrahim, memenuhi tuntutan janji menghadiri tahlil arwah ayahnya. Sudah berkali-kali dijemput ke rumahnya, kali ini baru Berjaya menghadirkan diri. Kalau bukan sebab sudah berjanji dengan beliau, tentu saya melangkahkan kaki ke Kelantan. Kebetulan, rumah saya pun berkenduri. Macam biasa, Ayah suka mengumpul adik-beradiknya. Kebetulan kenduri semakin dekat, maka kami bermesyuarat anak-beranak tentang kenduri kendarat dan sebagainya. Memang jadi tradisi, suka sangat buat mesyuarat. Tapi yang bagusnya, ada banyak kata sepakat dan yang penting hubungan semakin erat. Kebetulan ayahanda anak sulung dan beliau memang memainkan peranan sebagai Abang Sulung dan Ayah Long yang baik. Mana tidaknya, anak saudara-anak saudara memanggil Ayah saya dengan panggilan 'Ba' sama seperti kami adik beradik memanggil ayah, begitu juga panggilan mereka buat Ibu kami, 'Bu'. Memang mereka pandai memainkan peranan mereka. J

Wah, makan besar di rumah Illeya. Seronok, jarang dapat makan macam ni. Eh, makan pula yang diceritakan. Tahlil pun best. selepas pemergian Nenda ke rahmatullah pada Disember 2010, saya diajar untuk bertahlil. Kalau sebelum ni hanya anak lelaki saja yang bertahlil. Kali ini, tradisi perlu diubah. Lelaki atau perempuan, agama tidak menghalang untuk bertahlil. Kalau dulu, bila waktu tahlil, anak lelaki di ruang tamu,a nak perempuan di dapur, membuat apa yang patut. Sekarang dah lain trendnya, selepas solat maghrib berjamaah, semua anak-anak tak kira lelaki atau perempuan mesti buat tahlil. Masa ni, tahlil khusus dari adik beradik dan keluarga. Kemudian, selepas Isya, barulah tahlil dengan semua penduduk kampong. Kasihan abang-abang, kena tahlil dua kali. J Tapi itu baik, tidak ada keburukan padanya. J Sejak dari itu, saya dah pandai tahlil. Bukan lagi sekadar menyebut "La Ilaha Illa Allah" atau sekadar mengaminkan doa semata-mata. Tambah-tambah pula kalau melawat pusara Nenda setiap Jumaat, bacaan Yasin dan tahlil adalah bacaan wajib adik beradik. Moga-moga tradisi yang baek ini berterusan. Insya Allah. J

Sewaktu di rumah Illeya, bertambah rindu saya pada keluarga. Tidak dapat dinafikan, sampai termimpi-mimpi rindukan keluarga. Hanya pada Allah tempat berdoa, moga diringankan beban rindu pada hati dan jiwa. Agar tidak sampai menjejaskan pelajaran dan kerja. Dan Allah itu cukup Pengasih. DIA sentiasa membantu hambaNya. J Say, THANK YOU ALLAH. J

Selepas makan-makan di rumah Illeya, saya singgah sebentar di masjid Diraja Sultan Suleiman Klang. Bersolat Zohor disitu. Sambil mengimbau kenangan dengan keluarga di masjid itu. Maka, bertambah-tambah rindu pada Ibu Ayah di kampong halaman. Kami selalu ke Klang. Ada nenek saudara di situ yang berketurunan India. Cakapnya masih Urdu, bila bercakap Bahasa Melayu, pelik bunyinya. Itulah keturunan Ayahanda. J

Kemudian, perjalanan diteruskan ke stesen KTM Klang ke KL Sentral bersama Wirdah, Zaleha, Syarifah Aqilah, Fathiah Radzi, dan Najah Solihah. Hanani Puaad meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam dengan wira kelabunya. J

Tiba di CFS, sudah petang. Cemburu pula rasanya melihat sahabat-sahabat ke Pesta Buku di PWTC. Kali ni tak berpeluang ke sana. Kalau dua tahun yang lepas, tiap-tiap kali pesta Buku memang hadir. Lebih kurang wajib hadir. Tapi kali ni Allah tidak memilih. Bukan tidak berniat untuk ke sana, berniat. Duit pun sudah di bekalkan, tapi sayang, entah ada rintangan yang datang, memang tidak berpeluang. Tambah pula, saya tidak ada senarai buku yang mahu dibeli. Setakat ini, bahan bacaan yang terkumpul pun masih banyak untuk dihabiskan. Tak perlu tamak rasanya. J Sekarang dalam usaha membedah Majalah Imam Hassan Al-Banna, semakin jatuh cinta dengan tokoh reformis ini. Sungguh, kalau sekadar nak baca mungkin tidak mengambil masa yang lama, tapi kali ini berikrar untuk membedah majalah ini dengan teliti. Saya suka pada majalah ini, pendekatan yang dibaca oleh Ustaz RMN santai, tetapi very informative. Setiap kali baca, mesti terangguk-angguk dan kagum. Hebat sungguh pengasas Ikhwanul Muslimin ini. J Allahu Allah.

Alamak, timing dah terlebih. Terpaksa berhenti menaip. Sekarang, dalam usaha mendisiplinkan diri. Mesti ada had setiap kali nak online. Mana boleh selalu online tanpa disiplin. Itu bukan cirri-ciri muslim professional. J

Pintaku, untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh ketenangan dan hati yang sentiasa mahu dekat dengan Tuhan. J

Terima Kasih Fathiah Radzi atas pasta yang sungguh sodap. Terbayar keinginan den nak makan pasta kat kampong. Terubat juga rindu den pada kampong halaman terchenta. Sungguh cemburu dengan mereka yang dekat, boleh pulang bertemu mata ibu ayah bila-bila masa. Sedangkan den, dah dekat dua bulan tak tengok wajah ibu ayah. Tapi alhamduillah, cinta pada mereka, sentiasa mekar dijiwa. J Wah, puitis pula~



Sehingga bertemu lagi,

Bintu Kamarudin. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

kasar tu...

mahu tahu said...

".....Sungguh, ia menjatuhkan semangat. Bukan saya marah, tapi saya mengambil masa untuk semua orang bertenang. Tidak pasti kontroversi tersebut timbul disebabkan apa puncanya. Hasad dengki atau iri hati.. Hanya Allah yang mengetahui. Atau, kalau ada yang sedang 'mengejar' pihak sebelah sana, percayalah, tidak ada kena mengena dengan saya. Wujud atau tidak saya, tidak ada bezanya bagi pihak sebelah sana. Lihat, betapa tak ada kesan pun saya padanya....."

Apakah maksudnya...

husnataqwa said...

Anonymous - Apakah yang kasar di situ? Tak paham...


Mahu Tahu- Tade kaetan dengan orang yang tak paham. hanya orang yang faham akan faham apakah maksudnya... =)

n08n said...

Betul tu. Husna tak ada kaitan hidup mati dengan beliau.. Tapi nak kaitkan bagai nak rak. Kalau kaitkan semata-mata takpe, ni siap nak jatuhkan lagi.. Aduyai Apo nk jadi..

husnataqwa said...

Wah, nampaknya ada orang yg faham sudah datang.. =)

Thanks2. Tak perlu emosi sangat~

Tapi setuju, saya hidup atau saya mati, beliau pasti rasa tak terjejas langsung dengan beliau. Jadi tak perlu risau.. =) Siapalah saya... =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.