Pertamanya, memohon maaf, sebab malam ni, saya seperti membuang tabiat, dengan telah mengeluarkan 4 new post. J Memang buang tabiat. Tidak mengapalah, sekali-sekala.
Ukhuwwah dan masalah hati ini sesuatu yang tidak pernah selesai. Masalah hati kali ni bukan nak cakap soal ‘saya suka awak’ ‘awak suka saya’.
Tapi kali ini soal, ‘saya benci dia’ ‘saya tak boleh kerja dengan dia’ ‘saya ada sejarah kelam dengan dia’ dan macam-macam. Kadang-kadang kita mengambil masa 5 minit untuk jatuh benci pada orang lain dan memerlukan berpuluh-puluh hari untuk kembali neutral dengannya. Masya Allah. Jatuh cinta bahaya, tapi jatuh benci pun, juga bahaya. Jangan pandang remeh dengan masalah hati ni.
Sama-sama kita muhasabah diri. Selagi mana ada sisa kebencian dalam hati kita, selagi itulah kita tak akan tenang.
Contoh, ada meeting, “Bosanlah, dia tu lagi handle meeting.”
“Tak naklah ikut program, nanti jumpa dia tu. Malas.”
Semua keadaan begini pasti memberi kesan pada kita, kalau tidak banyak pun, pasti ada, sedikit walaupun.
Sama-sama kita benarkan benih-benih ‘husnuzon’ mekar dalam jiwa kita terhadap sahabat-sahabat. Agar kita sentiasa tenang dalam iman. Insya Allah.
Kat sini ada satu analogi tentang masalah hati ni. Cuba baca. Menarik. Menarik. J
Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastic transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.
Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.
Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.
Setelah satu minggu murid-murid tersebut berasa lega kerana penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?"
Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuktersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan. Si Guruberkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya ..."
mereka pun tahu erti kasih sayang. kita? |
Moral of the story :
,Barang sesiapa yg ada kebencian terhadap orang lain tu,eloklah dibuangkan dari hati masing2 supaya kita tidak menanggungdosa sepanjang hayat kita.
"jadilah pemaaf dan suruhlah kepada kebaekan.."~surah al-a'raf
Rasanya tak terlalu awal nak mengucapkan AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!
2 comments:
thanks k.husna!!
rasanya saya pernah mcm tu la..hehe
=)
welkam..
Yup, situasi yang banyak terjadi pada banyak manusia.
mari berubah jom. +___+
Post a Comment