♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 03, 2011

Soal memilih *----*


Sudah lama saya berhenti menulis soal jodoh, hati dan perasaan. Akhirnya, atas desakan beberapa pihak, saya kembali menulis. Mungkin, ada 'sesuatu' untuk mereka yang sedang melalui fasa-fasa ini secara rasmi. Atau yang sedang dalam proses mentaqdim, ditaqdim dan sebagainya. Tinta ini tidak dari orang yang berpengalaman melaluinya. Sama sekali tidak. Sekadar perkongsian dari nasihat-nasihat orang tua dan pembacaan serta pengalaman orang-orang sekeliling.


Soal memilih merupakan aspek yang penting. Sangat penting. Sebelum sah mejnadi suami isteri, soal memilih adalah aspek yang perlu diberi perhatian yang tinggi. Kerana selepas akad, tidak ada lagi soal memilih, yang tinggal fasa untuk menerima dan diterima.

Insya allah, perkongsian kali ini tidak panjang, sekadar meng'aset'kan pesanan Murabbi, Ustaz Muhadir berkenaan urusan memilih.


Sebenarnya, sewaktu bertemu dengan beliau baru-baru ini, tidak ada sama sekali niat untuk membangkitkan soal jodoh atau yang seerti dengannya. Mafhum dengan keadaan diri yang mungkin masih belum bersedia. Kebetulan, risau Ustaz sudah 'jemu' dengan persoalan jodoh yang ditanya hamper setiap orang.

Tapi Ustaz seolah mampu membaca. Pesanannya saya kira kena pada tempatnya.

"Enti Husna, kena cari calon yang cukup baik. Yang paling baik. Jangan main-main dalam urusan memilih calon. Ia bukan urusan yang biasa-biasa." Lantas saya terpegun, sedangkan saya tidak berada di dalam fasa itu. Tapi saya tetap bertanya, apakah kayu ukurnya.

"Mudah saja. Khair, yang pertama sekali, mesti cari yang Hafiz, yang menghafal Quran, hatinya ada pada Quran. Kalau enti tak dapat Hafiz, enti sekurang-kurangnya mendapat seorang Ustaz. paling tidak pun, enti mesti cari yang komited dengan agama, dan berkehendak dalam agama. Setakat itu saja. Kurang dari itu, eloklah dielakkan."
jangan memilih atas dasar perasaan semata-mata, bimbang dikuasai nafsu bukan iman.

Saya kira Ustaz cukup teliti dalam memberi nasihat dan saya yakin nasihatnya tidak sia-sia dan secara peribadinya, ia agak kena pada situasi diri sendiri. wallahu a'lam.

Bertanya seorang kenalan, "Bukankah kita sebagai muslimat, kita tak boleh demand?"

Saya tidak pasti apakah maksud 'demand' disitu. Tapi saya memetik kata-kata Ustaz Wan, pensyarah tasmi sewaktu di Darul Quran,

"Tak salah banat ada spesifikasi banin yang mereka mahu. Tapi spesifikasi itu tak boleh terlalu spesifik sehingga menyukarkan urusan mencari jodoh."
Apa yang saya faham disini, maksudnya, bila nak demand atau meletakkan spesifikasi, boleh, tidak salah. Cuma, minta berhati-hati agar tidak meletakkan spesifikasi yang terlalu rigid dan eksklusif sehingga menyyukarkan urusan mencari jodoh. Saya kira, ia cukup jelas dan nyata. Tidak salah muslimat demand dalam mencari calon, tapi mesti berpada-pada. Insya Allah.

cinta sebenar adalah cinta akhirat dan segala jalan yang menujunya.

Apa saja yang muslimat demand, saya yakin untuk kebaekan diri serta akhirat yang dikejar. Sekiranya deman itu untuk dunia semata-mata, saya kira tidak berbaloi untuk meletakkan syarat-syarat calon suami yang pelik-pelik. 
Ala kulli hal, saya percaya, keyakinan kita kepada rukun Islam yang keenam cukup mendalam. Yang mana membuktikan, qada' dan qadar Tuhan adalah yang terbaek. Kita berhak demand, berhak memilih dan berhak mencari yang terbaek, tetapi selebihnya diserahkan segala urusan kepada DIA. Pasti sebaek-baek calon yang DIA berikan berkat redha dan ikhlas dalam mencari yang terbaek.

cinta itu suci maka jangan dirosakkannya.

Yang penting tidak tergopoh-gapah dan tidak meletakkan dunia dihadapan dalam urusan mencari calon. Letaklah akhirat di depan, kerana akhirat itu selamanya, sedangkan dunia hanyalah pinjaman yang sementara.

Saya kira, cukup sekadar itu bingkisan saya kali ini perihal memilih. Insya Allah, berniat untuk menulis lagi dalam beberapa aspek yang sering dipersoalkan. Jika punya kekuatan dan cukup terstimoni, insya Allah, saya tidak segan untuk menulis. J Walaupun hakikat diri sendiri belum mencapai tahap itu dan tahap begini. Sekadar perkongsian semata-mata dan tidak lebih dari itu insya Allah.

Jangan lupa doakan saya dan sahabat-sahabat saya.

Nasib baik Ustaz pesan, dah boleh mula untuk mencari calon. Kalau Ustaz pesan, carilah calon, susah jugak tu. Kalau Ustaz pesan dah boleh mula, masih rasa jauh. J

Wallahu a'lam dan selamat mengambil apa yang baek sahaja. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

syukran perkongsian kak...
memilih bukan mudah.. orang yg hebat belum tentu sesuai dgn kita.

alia nasuha said...

demand tak salah, kita berhak dapat yang terbaik, dengan syarat kita juga terbaik. tak gitu? jadi mari bina diri

husnataqwa said...

anonymous- insya ALlah, urusan itu kita serah pada Allah, terbaek itu bukan nilaian manusia, hebat itu ada pada nilaian allah. wallahu a'lam.. mintak petunjuk dengan DIA banyak2 okies. =)

alia nasuha- suha,ana setuju. pembinaan fardhu muslim sama sekali tak boleh diketepikan. terbaek lah.

Anonymous said...

post ini menunjukkan bahawa saudari seorang yang high demand dan terlalu memilih?

Lukhman Taib said...

Assalamualaikum. Sekadar perkongsian. Ana ingin memetik kata-kata sahabat ana dalam masalah ini, yang mana ana juga berpegang dgn kata-katanya.

Katanya: "Ana meletakkan pengharapan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah 'Azza Wa Jalla."

Anonymous said...

akh lukman- tapi kita tidak bleh menolak usaha

Lukhman Taib said...

Akh/Ukht Anon: Rasanya kata-kata ana perlu kpd penjelasan.

Memang kita kena berusaha. Tetapi, ada orang, dia jenis berusaha tetapi tidak pernah bertawakal. Kerana itu, sahabat ana ucapkan kata-kata sedemikian. Kami tak nak kecewa apabila mendapat keputusan yang negatif setelah berusaha.

Dan ana rasa, ana patut share kata-kata ini, dalam soal mencari jodoh. Jadi, maksud komen ana: "Tak salah letak spesifikasi, tetapi jangan lupa, Allah Maha Berkuasa."

Anonymous said...

ok ana setuju. betullah apa yang penulis state, muslimat buleh demand. tapi qada' dan qadar allah tetap no satu. ana kira salah konsep kalau kita sekadar bertawakkal, sedangkan kita tidak berusaha. sedangkan doa juga adalah satu usaha. jadi tak salah berusaha

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.