♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, October 09, 2011

Aku juga WANITA..

Mahu aku daki setinggi mungkin. Mencari erti SOLEHAH pada diri. Mencari erti TAQWA pada hati. Kerana matlamat jiwa ini bukan hanya DUNIA, tapi AKHIRAT yang abadi. Tuhan, dalam pendakian ini, aku mungkin tersasar dari kebenaran. Aku mungkin teruji dengan godaan di tengah jalan. Jagalah aku. Jagalah diriku. Tuhan, jagalah kesucian hatiku daripada cinta makhluk yang tidak selayaknya. SUngguh, KAU sebaik-baik penjaga hati. Ameennn. 



Sesekali tika mata menjeling,
Tika raut wajah ditatap,
Bukan diri sengaja menduga,
Bukan diri mahu menggoda,
Tapi pandangan mata yang tidak terjaga,
Iman didada yang tidak pandai dipelihara.

Maafkan mata yang selalu berdosa,
Maafkan hati yang selalu terleka,
Maafkan jiwa yang tidak suci dijaga,
Maafkan semua yang membuat dikau kecewa.


Ketaatan pada Allah lah sebaek-baek penjaga,
Supaya jiwa dan hati tenang dan tak bergelora,
Jangan disangka wanita besi tidak bergoda dengan keindahan dunia,
Jangan disangka wanita besi tidak goyah sekali-sekala,
Ini wanita berjiwa pejuang tapi tak lari dari fitrah biasa.



Moga kepada Allah hati ini diserahkan,
Kepada Allah jiwa ini dijatuh cintakan,
Kepada Allah hidup ini ditawakkalkan,
Kepada Allah mati ini bermatlamatkan.












J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

waaaaa...lamanye kak husna tak cakap benda camni.. saya rasa tersentak tibe2... huhu.

syukran kak sayang..

Srikandi Al-Quds said...

kak husnaaa.... bangga giler kak husna letak pic ni kat post ni... heeee~ :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.