♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, October 23, 2011

DIARI : 7 Minggu di Kuantan.

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH yang memberikan terlalu banyak nikmat yang tidak terhitung buat hamba-hambaNYA.

Sedar atau tidak, sudah mencecah tujuh minggu saya dan sahabat-sahabat 1st batch UIAMK berada di Indera Mahkota. Meneruskan perjuangan yang tersisa dari station pertama, iaitu Petaling Jaya. Dan tak lupa juga yang memulakan station pertama di Darul Quran Kuala Kubu Baru.

Semakin lama, semakin matang, semakin 'tahu' rentak kehidupan disini. Semakin mengerti dengan situasi-situasi yang akan dihadapi. Betullah kata orang-orang tua, 'alah bisa, tegal biasa'.



guna mainan Ahmad Naim.

Baru-baru ini laptop saya rosak. Selepas mengupdate post 'Jodoh: Muslimat Jangan Risau'. Kerana itulah tidak ada respon saya pada komen-komen berkenaan post ini. Menguji sungguh, terus hitam skrin dan tak boleh bukak-bukak. Rasa nak pengsan, sebab banyak sangat assignment dalam laptop, bukan assignment saja, complete dengan task-to-do dan macam-macam lah!

Kebetulan Ibu Ayah dan Lil Bro datang melawat Jumaat baru-baru ini. Alhamdulillah. Laptop dah 'tukar' buat sementara waktu, kalau laptop lama tak dapat dibaiki, baru dapat 'claim' laptop baru.

Oh ya, minggu depan, mid-term exam bermula. Teringat pesanan seorang senior dentistry, Kak Nija, "Mid-term first sem ni dapat jadi kayu ukur, samada kita dapat cope untuk belajar dengan 'bekerja', atau sebaliknya. First sem, first year ni belum totally busy, kalau tak dapat nak cope, macam tak nampak masa depan."
Bagi saya itu satu cabaran. Yang perlu pada perhatian yang serius. Saya tidak mahu menjadikan akademik saya fitnah pada agama. Saya mencuba sebaik mungkin. Meminimakan urusan-urusan yang tidak perlu. Memaksimakan waktu malam sebaiknya pada hari kuliah, dan waktu siang sebaiknya pada hari minggu.
Kerana itu, sering saya katakan pada sahabat-sahabat saya, "Dont take my night with something useless." Bunyi macam sakit hati je dengar. Tapi, masing-masing perlu ingat, 'alwaajibat aksaru minal auqat'.

Saya juga boleh dikatakan under pressure dengan tekanan dari keluarga yang sedang memandang serius pada akademik saya. Tapi alhamdulillah, mereka tidak menghalang kerja dakwah saya. Maka kerana itu, usaha yang berlipat ganda perlu saya laksanakan. Mereka bukan saja menyediakan kemudahan untuk belajar, malah mengizinkan saya melaksanakan tanggungjawab yang lain. Maka, nikmat mana lagi yang boleh saya dustakan? Dan bagaimana nikmat itu saya syukuri, tentulah dengan melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Itu saja yang mampu saya berikan.

Mode : Memang tak sabar nak balik Kelantan untuk aidil adha dan bercuti seminggu untuk mid semester holiday. Sudah lebih dua bulan tidak menjejak kaki ke Istana terchenta. Semoga Allah mudahkan urusan. Insya ALLAH.

Minggu lepas, balik ke Johor, atas beberapa urusan. Seronok bertemu anak saudara dan abang-abang serta kakak ipar di sana. Nanti Naim dapat adik, nak poie lagi sana! Tak sabar nak tambah koleksi anak saudara perempuan!


ANGSANA: Menyantap Mi Rebus Haji Wahid. Sodap.
Not in the picture: Abe Ki (sebab dia yang amek gambar)

^__^  Bila tengok blog ni rasa sedih pula. Dah tak seceria dulu. Penulisnya juga sudah jarang mengupdate. Apalagi memberi view yang bernas. Sudah jarang menjejak dan meninggal jejak di blog orang lain. Saya baca, tapi kadang-kadang tak berkesempatan meninggalkan jejak yang comel. Kalau anda mempunyai kemudahan dan idea yang bernas, updatelah blog kalian. Jangan biarkan ianya terbengkalai. Kerana ia satu medan dakwah yang comel. Ia juga satu medan teori yang memerlukan mujahadah yang tinggi untuk kita melaksanakan praktikalnya. Semoga pengusaha-pengusaha blog semua berusaha menyuburkan laman dakwah masing-masing dengan baja yang berkualiti tinggi. Agar kesuburan blog anda, mampu memberi 'sumber pendapatan' buat orang lain. Insya ALLAH.

Dan saya teringat pesanan Ibu baru-baru ini,
"Kakak, bagi Ibu, Ibu mahu kakak jadi jutawan ilmu dan jutawan budi. Galilah ilmu dan pengalaman segunung yang tinggi, dan taburlah bakti untuk Islam semaksima mungkin. Kakak, kalau kita kejar akhirat, dunia akan mengikut di belakang. Jadi jangan risau pada dunia. Itu bukan matlamat kita. Lihatlah akhirat, Ibu yakin Kakak lebih jelas apa matlamat."
Dan yang paling tak boleh tahan,
"Nak cari suami pun, tak perlu cari yang kaya harta, cari yang kaya ilmu dan kaya budi. Kelak boleh sama-sama berbakti. Ukuran kaya kita bukan pada wang dan harta. Jangan terlalu memilih bakal suami. Dan jangan terlalu sombong diri. Terima sahaja jika didatangi, kalau tidak, kelak kita yang rugi."

Mesej ini Ibu hantar selepas mereka bertolak balik ke Kelantan dari Kuantan. Dan mereka selamat sampai agak lewat malam, tapi sempat makan nasi air special di Kota Bharu. Sungguh jeles dan home-sick i am. Sobssssss...

Kalau sayang, maknanya nak bawa ke SYURGA. Kalau tak nak bawa ke SYURGA, itu bukan betul-betul sayang. Susah nak cari orang yang betul-betul SAYANG kita. Jadi kita SAYANGlah pada DIRI SENDIRI.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

n08n said...

alhamdulillah. nice progressing. hope u're doing well dear ya ukhti.

husnataqwa said...

alhamdulillah ukhti. tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan rasa syukur atas nikmat tuhan yang melimpah ruah. alhamdulillah.. alfu syukr... =)

hope u're doing well jugak lah kat gombak! =)

n08n said...

huhu. not as well as u lah orang hebat.

hidup anda penuh prinsip.. since pj. bila kat kuantan, sound lagi tough. dari beberapa orang kat sana pun dengar benda yang sama. baguslah berprinsip.. jaga orang lain jugak eh kat sana. rindu u olss. huu

doakan u all dapat uat yang tebaik kat INDERA MAHKOTA. huhu

husnataqwa said...

alhamdulillah. syukran atas doanya ukhti.

kehebatan yang kita benar2 cari adalah kehebatan batiniah. kerana kehebatan batiniah saja yang akan melahirkan kehebatan zahiriah yang totally kukuh dan well-develop!

jadi, mari bina kekuatan batin. =)

take care jugak unt anda2 gombakians. =)

n08n said...

tengok tu, nice prinsip. i like. memang saya percaya kakak saya yang sorang ni tengah WELL-DEVELOP kat Indera Mahkota. Ya ALLAH, jagalah kakandaku ini, rahmati beliau untuk ISLAM dan dunia keselurahnnya. Amin..

Izzati Nur said...

kak, merindui saat kita bobok samo2
moga ALLAH terus mnjaga kamu.mberi apa yg dicitakan dan sntiasa sukses demi Islam :)

hehe, saya sgt suka bila anda update blog:) psti ad teguran yg spt ditujukan pd saya,alhamdulillah msih ada yg sudi menegur :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.