♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, November 04, 2011

Cakap soal akhirat, aku jadi sebak..

Khamis. Kalau di PJ, hari Khamis paling ditunggu-tunggu. Sebab hari Khamis ada talaqi. Lagipun, kalau hari ni hari Khamis, esok tak ada kelas di PJ. Seronok. Kalau bab cuti memang kita seronok.

Petang tadi, last paper untuk mid-term sebelum cuti. Lepas cuti, ada 2 killer-paper. =)

Kemudian diteruskan dengan kelas UNGS. Seronok kelas UNGS, walaupun waktunya kurang menyenangkan, 5.30 petang hingga 7 malam. Terasa macam kena bagi tazkirah. Ustaz a.k.a Doktor Ibrahim, selaaaaaalu buat saya sebak. Banyak peringatannya tentang akhirat. Belajar dengannya, akhirat itu terasa dekat. Alhamdulillah. Saya kagum dengan Dr. Ibrahim. Al-Quran terlalu 'cair' di bibirnya. Bukan itu saja, beliau juga sangat-sangat menjaga masa. (Yang ni paling respek sebab susah nak cari MUSLIM yang RETI MENGHARGAI MASA!).

Sewaktu kelas tadi, Dr. Ibrahim berkata setelah ditranslate kepada bahasa Melayu,

"Di akhirat kelak ada orang yang wajahnya gelap dan hitam, dan ada orang yang wajahnya putih dan tenang. Pada waktu itu tidak ada guna sebarang taubat atau penyesalan. Yang tinggal hanya pembalasan. If you want to be one of the orang yang berwajah putih dan tenang, hari ini adalah permulaannya. Pahala itulah cahaya. Amalan itulah cahaya. Dosa itulah yang hitam dan gelap."

Tak tahu kenapa kata-kata ini sungguh menikam jantung hati. Terasa seperti terlampau banyak dosa dan maksiat yang dilakukan diri ini. Masya ALLAH.

Bagaimanakah wajahku kelak di sana?

Adakah hitam dan kelam? Atau putih dan tenang?

Bukan itu yang perlu aku persoalkan. Sekarang, aku perlu tingkatkan AMALAN.






p/s: Lepas kelas UNGS, seorang classmate bertanya pada saya,

"Kak Husna, macamana you punya general knowledge sangat bagus. Mesti akak banyak  membaca!"

Jawapan saya,
"Membaca tu satu.. Lagi satu, USRAH!"

Mereka tergamam dan diam. Akhirnya perbualan itu tamat tanpa apa-apa respon dari mereka.

Erk, jawapan itu terlalu menakutkan ke?

Wallahu a'lam!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Ilyani said...

Una, nice writing. Terkesan jugak... Huuhuuuhuuuuuuu!

NAJWA HAMALI said...

kak husna..
mintak bagi tunjuk ajar untuk menulis..
dah makin kehilangan kata2 nih..

tulisan anda sangat tembus ke hati...
huhu...

Afiqah Zulkifli said...

Bittaufeeq! :)

husnataqwa said...

Ilyani : Terima kasih atas kata-kata semangat itu. =)

Najwa Hamali, eh eh. orang hebat menulis minta tolong saya pulak. Erk Erk. =)

Menulis dari hati, kesannya pasti sampai pada hati. =) Itu tips yang paling skema sekali, tapi itu yang terbaek. Menulis dengan semulajadi. Jangan rancang nak tulis apa. Make it keluar dari hati kita sendiri. =)


Afiqah Zulkifli, we will meet, soooooooon! Insya ALLAH. =)

Izzati Nur said...

usrah~ xkenal maka xcinta

sy pun mula dr sana utk kenal buku2,baca buku2 yg bgenre laen dr akademik.

terima kasih usrah,
sbab mendidik sy jd sbegini rupa

kak husna said...

Sape agaknya ahli usrah Izzati Johari tu ye. Usrah yang hebat! =)

Ahsan Ahsan!

Anonymous said...

belajar banyak

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.