♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 16, 2011

Ayah Ibu: Solehahkah aku? ^__^


Muhasabah diri sendiri. 

Sudah hampir lebih 20 tahun aku menjadi seorang anak kepada ayah dan ibu. 
Berapa kali agaknya ayah dan ibu menangis kerana aku?
Berapa kali agaknya ayah dan ibu tak tidur malam kerana memikirkan aku?
Berapa banyak air mata ayah ibu setiap kali melihat aku susah, aku sakit, aku diuji?
Berapa panjang tahajud serta doaku untuk mendoakan ibu ayah?



Belum cukup solehah rupanya. ^__^

Maafkan anakanda atas segala kata-kata yang melukakan. 
Maafkan anakanda atas nasihat-nasihat yang diingkari.
Maafkan anakanda atas sikap-sikap yang menjengkelkan.
Maafkan anakanda atas perbuatan yang menyedihkan.

Belum cukup solehah rupanya ^__^

Setiap kali anakanda sakit,
ibu ayah rela berhabis harta.
Apa saja asalkan anakanda sihat.
Segala keperluan ibu ayah sediakan cukup lengkap.
Complete dengan doa dan nasihat.

Tapi..

Anakanda kurang peka. 
Kurang tahu.
Kurang faham.
Sayangnya ibu ayah pada anakanda.



Belum cukup solehah rupanya ^__^

Keperluan anakanda didahulukan,
keperluan ibu ayah dikemudiankan.

Anakanda terlupa segala pengorbanan.
Dua tahun pun lama, 
apatah lagi dua puluh tahun pengorbanan.





Belum cukup solehah rupanya. ^__^

Setiap hari anakanda menelefon ayah ibu di rumah.
Bertanya khabar dan berkongsi cerita.
Semua cerita duka disini anakanda kongsi,
sehingga anakanda terlupa mendengar cerita ayah ibu,
cerita duka dan sedih ayah ibu.




Belum cukup solehah rupanya ^__^

Setiap kali anakanda diuji Tuhan.
Ayah Ibu cuba selesaikan urusan.
Mesej dan telefon memberikan semangat.
Belum dikira doa dan solat hajat.
Tapi bila ayah ibu ditimpa kesusahan,
anakanda sendiri tidak tahu,
apatah lagi untuk solat hajat?

Belum cukup solehah rupanya ^___^


Bila dapat kegembiraan,
anakanda menelefon gembira.
"Bu, kakak dapat A untuk subjek ni!"
Ayah Ibu menangis terharu.
Tapi anakanda tak pernah bertanya,
"Bagaimana ibu disana? Semuanya OK?"
Anakanda banyak cerita tentang diri sendiri,
Kurang bertanya berita ayah ibu di sana.


Belum cukup solehah rupanya ^__^


Ayah Ibu,
anakanda selalu minta bukan-bukan.
Nak laptop baru.
Nak blackberry.
Nak itu dan ini.

Ayah Ibu mendengar dengan janji.
"Kalau kakak baik-baik, ibu bagi"
Tapi setiap kali ibu ayah mahukan sesuatu dari anakanda,
anakanda 'rebel'
anakanda memberontak.
Anakanda rasa ibu ayah mengongkong

.
Belum cukup solehah rupanya ^__^


Anakanda minta maaf, 
andai jasad ini nyawanya cuma sehingga detik ini,
mungkin anakanda tak mampu menjadi anak terbaek buat ibu ayah.
dan andai kata ayah ibu pergi meninggalkan anakanda detik ini,
mungkin anakanda anak yang paling malang,
belum cukup berbakti pada kalian.
Sedangkan bakti kalian untuk anakanda sudah tidak terbilang.


Anakanda mohon restu ayah ibu.
Halalkan semua hak yang anakanda belum tunaikan.
Anakanda belum cukup solehah untuk ayah ibu.
Kalau Allah izinkan, 
anakanda mahu menjadi yang terbaek.
terbaek antara semua anak ayah ibu yang terbaek.
Anakanda mahu menjadi seperti Uwais Al Qarni.


Kehidupannya di dunia dan akhirat sungguh berkat,
harga buat sebuah taat,
pada seorang ibu yang tua dan tidak kuat.
^__^

mohon doa ibu ayah untuk akanda disini.
Anakanda mahu menjadi permata solehah buat ibu ayah.
Doakan anakanda yang dhaif. 
^__^


Belum cukup solehah rupanya ^__^

Banyak kali ayah ibu menangis mendoakan anakanda,
tapi entah berapa kali anakanda menangis mendoakan ibu ayah?
Maafkan anakanda,
terlalu sibuk mendoakan diri sendiri,
sedangkan terlupa mendoakan ayah ibu.
Sedangkan ayah ibu sibuk mendoakan anakanda-anakanda,
sehingga terlupa mendoakan diri sendiri.

Mulianya seorang ibu.

Allah,
lindungilah ayah ibu.
kasihilah ayah ibu.
berkatilah ayah ibu.
bahagiakanlah ayah ibu.
dunia dan akhirat.


Teringat kisah Uwais Al Qarni. Ketaatannya kepada seorang ibu yang tua malah sakit, sehingga dijadikan manusia mulia dunia dan akhirat.

Tertanya pada diri sendiri, sejauhmana hubungan dengan ibu ayah?
Kalau Uwais dijanjikan syurga kerana taat, apakah aku dijanjikan neraka kerana derhaka?
Wa iyyazubillah. ^__^

Teringat pesan seorang Ustaz, "Kalau hidup kita susah, rezeki kita payah, hati kita gelisah, tentu ada benda yang salah dengan ibu ayah. Allah bayar cash kat dunia lagi dah susah, kat akhirat nanti tentu lebih parah."

Terguris hati seorang ibu kerana kata-kata mahupun riak muka, menanggung dosa dan sengsara dunia akhirat.

Sahabat-sahabat, sekalipun ibu memaafkan kita, Allah belum tentu meredhai kita. Elakkan membuat ibu ayah terluka dan sedih kerana kita. ^__^

Mari jadi anak soleh. Tak guna mengejar tittle Isteri/Suami SOLEH, tapi awal-awal dah failed.

Ingat, kita juga bakal punya anak suatu hari nanti. Bagaimana kita lakukan pada ayah ibu kita, begitulah anak kita akan buat pada kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal. ^__^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

sedih.. nak share leh?

husnataqwa said...

@Anonymous silakan~

ara said...

I am touched!.. thnks..

Fyna Ahmad said...

fyna nak share ye.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.