♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 04, 2011

Kalau NAK, kena MUJAHADAH maaa. ^__^

Beberapa orang muslimat datang, dan bertanya,

"Ada orang datang 'bertanya' tentang avaibility saya.  Macamana ya saya nak respon?"
"Awak suka dia ke?"
"Agamanya baik."
"Istikharah macamana?"
"Belum lagi.."
"Istikharahlah dulu. Jangan lupa tanya pendapat ibu ayah juga."


berani untuk mujahadah.

p/s: gerak kerja nak terbitkan buku ni dah lama terbengkalai. ^__^

Selepas seminggu, orang yang sama, datang semula.
"Alhamdulillah saya dah istikharah, jawapannya positif setakat ni."
"Ibu Ayah pula macamana?"
"Belum bersedia nak bagitahu."
"Kalau betul-betul serius dengan pilihan hati, bagitau ibu ayah."
"Khair, nanti saya bagitahu."

Fasa umur sebegini. Umur tengah 'laku' kata sahabat saya.

Kalau nak BERCINTA, kena MUJAHADAH dulu selagi ia belum HALAL dengan AKAD, jangan anda tenggelam seolah-olah ia HALAL. Yang HARAM itu tetap HARAM. Mujahadahlah melawan NAFSU. 

Kata pensyarah saya pula,
"Perempuan ni waktu first year memang hot, bila dah 3rd year, 4th year, dah tak laku. Kalau nak cari awal-awal. Lelaki sekarang limited."

Terpulang pada bagaimana istikharah anda. Umur macam ni memang orang kata dah layak cakap pasal kahwin.

Mak pun tak marah kalau nak cakap pasal kahwin. Dulu saya sebut kahwin je kena gelak.
"Nak kahwin, hingus pun tak pandai nak buang sendiri lagi!"

Tapi sekarang lain dah. Keluarga mula serius dah tentang soal nikah kahwin bila umur dah macam ni. ^__^

Alamak. Panjang pulak. Niatnya nak taip sikit saja.

Pesan saya,

Kalau kita berani menerima lamaran dari pihak muslimin, bermaksud kita terima 'lamaran' untuk bermujahadah.

Dalam hubunngan yang masih belum diikat dengan pertunangan apatah lagi ikatan perkahwinan, memang sangat memerlukan MUJAHADAH.


bersama... untuk selamanya..

Nafsu ni bila urusan lelaki vs wanita memang mudah sangat terpesong. Sebab tu perlu sangat pada MUJAHADAH.

Kalau tak mujahadah, memang tak pelik tengok muslimin-muslimat mesej tanpa urusan sampai lewat malam. Tak pelik tengok muslimin-muslimat YM sampai pagi bincang urusan furu'. Tak pelik muslimin-muslimat calling-calling tanpa sebab. Memang tak pelik sekiranya tak ada MUJAHADAH.

Berani untuk melangkah setapak ke hadapan, bermakna anda berani untuk MUJAHADAH.

"Keberkatan bait muslim itu bermula pada bagaimana ia dimulakan. Baik permulaannya, barakah pengurusannya, insya ALLAH keberkatan Allah akan memudahkan segala urusannya."

Tadi Ustaz Zamri pesan, "bila ada anak nanti, bila anak tu ada masalah akhlak, maknanya ada 'something wrong' yang kita atau isteri telah buat. Jadi mak ayah kena berubah menjadi lebih baik jika nak lihat anak berubah lebih baik." - Imran Koyube


Wallhu a'lam. ^__^


p/s: Berpesan pada sahabat-sahabat tetapi diri sendirilah orang pertama yang dipesan. Saling ingat-mengingati agar antara kita tidak ada yang tenggelam dalam urusan yang 'besar' ini. Mana mungkin urusan menyempurnakan separuh dari iman adalah urusan yang biasa-biasa. Tentu sekali ia urusan yang LUAR BIASA. Bukan mudah nak sempurnakan separuh dari iman itu. ^__^ Maka berhati-hatilah. 


Pergh. Lama tak cakap soal macam ni. Hihi. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

apa tujuan post ni.. ya pasal mujahadah.. tp, xnampak realistik dgn ulasan di awal.. ambe rase kalu bagitahu ttg konsep mujahadah sudah cukup maa.

Anonymous said...

suke ati dia ah post dia.

Anonymous said...

ya benar. ambe nk bagi pndpt jew..

Anonymous said...

ya benar. ambe nk bagi pndpt jew..

husnataqwa said...

takpe2. terima kasih atas pendapat. ^__^

husnataqwa said...

tu just nak cerita situasi yg kerap berlaku sekarang. sebelum nak pesan.. hemm. tah..susah nak cite. takpe ah klo tapaham its OK. no big deal.

thanks ya ^__^

Anonymous said...

haha, padam muka kak husna jawab gitu je..

husnataqwa said...

??

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.