♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, December 12, 2011

berjanjilah bersama ^__^

Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud:
“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)



berjanjilah bersama ^__^
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA.

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA.

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI, HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHAANNYA JADI TUMPUAN.

Sahabat,
bersama selamanya.
Kekal dalam saf perjuangan yang sama. 
Sampai bila-bila setia. 


Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar dengan sabdanya:
“Semoga Allah merahmatimu!
Engkau adalah sahabatku!
Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku...
Engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku...
Engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku...
Engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah...
Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu...”




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka sip pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”
 (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Sahabat, terima kasih kerana menjadi sahabatku. Setia bersama memastikan kita semua istiqamah menuju akhirat. Sambil meniti jambatan dunia dengan penuh ketaqwaan. Tidak aku mengharapkan sahabat yang kaya hartanya, tetapi aku mengharapkan sahabat yang kaya jiwanya, setia bersama selamanya. ^__^


Wallahu a'lam.
-taqwa-

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

kak, totally crazing updating blog. pergh!

husnataqwa said...

tandanya esaimen banyak ^___^

classmate said...

orang hebat, esaimen siap, blog update selalu. pre reading buat sokmo..huhu. hebat.. hebat..

husnataqwa said...

ayat tikam jantung. dok hebak mano pun eh ^__^

mujahid islam said...

nak jadi sahabat juga.....

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.