♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 18, 2011

OVERVIEW : Biomedical Science



Buat pengetahuan adik-adik, sebelum ni, kos Biomed ni dibawah kelolaan KOS, Kuliyyah of Science. Tetapi bermula tenure kami, 2011/2012, Biomed diletakkan di bawah KAHS, Kuliyyah of Allied Health Science.

Pointer requirement waktu zaman kami kat PJ, 2.5. Tenure adik-adik, wallahu a'lam.

Ramainya daripada kritikal kos yang tak dapat pointer requirement akan ditransfer ke kos ni waktu tenure kami.

Oh ya, sila explore tentang kos Biomed. ^__^

Biomedical Science by Athirah Arifin


Bismillah. Moga perkongsian ini ada maknanya di sisiNya.

Degree in Biomedical Sciences. Mendengar gabungan perkataan Bio dan Medical, pasti ada kaitan antara keduanya. Biomedical saintis, merupakan mereka yang mendalami bidang Biologi, dalam prospek Perubatan. Mereka boleh dikatakan orang yang bekerja di belakang tabir dalam bidang perubatan. Namun, sumbangannya besar. Mereka mengaplikasikan ilmu Biologi dalam kajian perubatan.

Contoh yang dapat saya bagi, antaranya finding on new biomolecule, mechanism, therapy. Contohnya sekarang ni, apa yang kita tahu, mechanism untuk hemostasis A -> B -> C. Mungkin selepas adanya further research, terjumpa 1 molecule baru X yang terlibat dalam hemostasis. Jadi, akan ada satu fact baru untuk hemostasis iaitu A -> X -> B -> C. Dari molecule baru ni, macam-macam yang akan terjadi. Contohnya develop new therapy untuk penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan hemostasis macam thrombosis. Mungkin molecule X ni antara risk factor yang kalau molecule ini tak ada, akan berlakunya thrombosis.
Ini antara contoh yang dapat saya bagi agar anda nampak kaitan antara Biomed ini dengan Medical field dan betapa pentingnya Biomedical reseach.

Biomed ini dibawah bidang Sains Kesihatan. Untuk pengajian Biomed di UIA, pelajar harus mengikuti 4 tahun pengajian. Tahun akhir akan ada 3 concentration iaitu;

* Pharmaceutical Research
* Industrial Health
* Environmental Health

Di tahun 3, akan ada internship di hospital-hospital dan juga pusat kajian, contohnya, IMR (Institute for Medical Reseach). Semasa di tahun 4, untuk kedua-dua semester, anda akan menumpukan sepenuh masa terhadap FYP (Final Year Project). Sebolehnya, pilih tajuk yang terbaik untuk FYP ini kerana ada sesetengah lecturer yang berminat dengan project anda, menaja dan menawarkan anda untuk menyambung pengajian di peringkat Master. Ini berlaku dalam kalangan senior Biomed di UIA.

Pekerjaan untuk Biomed ini sebenarnya sangat luas samada nak bekerja di bawah perkhidmatan kesihatan , contohnya bekerja di hospital, dalam bidang industri, kajian dan sebagainya. Lepasan Biomed boleh jadi Science Officer, Medical Underwriter, Microbiologist, Researcher dll. Kalau di hospital atau other government institution, lebih kepada Science Officer atau Research Officer. Kalau dalam industries atau private sector, lebih kepada QA unit macam Microbiologist dan Medical Underwriter.

Hakikatnya, dengan keadaan di Malaysia sekarang, susah untuk dapat kerja yang baik, tetapi, percayalah, skor yang terbaik dalam bidang yang anda ceburi. Percayalah, jadi yang terbaik, akan adalah rezeki yang baik buat anda. Tiada majikan yang mahukan pekerja yang keputusan yang teruk walau soft skill sangat baik, dan begitu juga sebaliknya. Keputusan yang cemerlang dan soft skill yang hebat menjanjikan peluang yang sangat cerah buat anda.

Ingatlah, Biomedical research ini merupakan satu bidang yang sangat tertumpu ke arah kajian berkenaan penyakit dan mencipta alternatif yang baru dalam mengubati penyakit dan amat berkait dengan bidang perubatan. Ceburilah bidang kajian ini, moga anda menjadi pencetus kepada saintis
Islam yang ternama dan mampu membawa naik nama Islam seperti gemilangnya Islam dengan Ibnu Sina, Ibnu Firus, Al-Mas’udi, Ibnu Haitam, Al-Khawarizmi, Ibnu Bajjah dan ramai lagi.

Buat pelajar Biomed, untuk semester pertama, anda tidak akan diberi scholarship dari mana-mana pihak, tidak seperti Dentistry, Pharmacy dan Medical. PTPTN akan disediakan, tapi ingat, PTPTN ini perlu dibayar, ianya bukan tajaan, hanya pinjaman. Kalau boleh, cuba untuk dapatkan tajaan, jangan biasakan diri kita berhutang. Jadi, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapat pointer 3.5 dan ke atas untuk membolehkan anda mendapat tajaan. Antara contoh pihak penaja di Malaysia untuk pelajar Biomed ialah Petronas, Shell, Sime Darby, Bank Rakyat, Yayasan Tun Abdul Rhaman, Yayasan Tun Abdul Razak dan JPA. Pihak UIA juga ada menyediakan Ummatic Scolarship. Berusaha yang terbaik, insyaAllah, adalah rezeki.

Selepas tamatnya Degree, untuk sambung belajar dan meneruskan minat kearah bidang kajian, sebaiknya, pointer yang secure adalah 3.0 dan ke atas. Ada sesetengah penaja, mahukan pointer 3.7 dan ke atas, contohnya, Zamalah Perdana UKM. Kadang-kadang supervisor tu minta student tu jd RA (research assistant) dulu. Kemudian selepas dia tengok performance kite ok, dia akan ambil kita untuk jadi student master dia. Untuk pengajian Master, ada 2 pilihan, iaitu, reseach based atau course based. Untuk research based, pelajar akan menumpukan sepenuh masanya membaut kajian, berlainan dengan course based, system pengajiannya sama macam Degree, iaitu dengan mengikuti kelas kuliah.

Untuk dapat scholarship, bergantung pada kriteria yang ditetapkan oleh penaja. Dalam satu ceramah yang diberi oleh Dean Biomedical Sciences, katanya, untuk menyambung pelajaran di luar negara, anda sendiri yang perlu membuat permohonan mengikut kajian yang anda ingini. Pilih universiti berdasarkan kajian yang ditawarkan oleh university tersebut. Di United Kingdom, bidang Biomed ini sangat luas. Di sana juga, adanya IBMS, iaitu, The Institue of BioMedical Science, tempat dimana berkumpulnya para saintis dan ilmuwan Biomed. Sebagai umat Islam, cuba untuk kuasai bidang yang sekarang ini dikuasai oleh golongan kuffar. Moga anda pencetus zaman kegemilangan Islam yang gilang-gemilang dengan penemuan sains dan penguasaan ilmu.

Akhir sekali, buat adik-adik  yang berkobar-kobar ingin menegakkan Islam di muka bumi ini, gunakanlah wasilah jalan ini sebagai jalan untuk anda berdakwah dan menyebarkan Islam. Walau dalam bidang apapun yang anda ceburi, lakukan yang terbaik untuk Islam. Berjayalah untuk Islam. Berjayalah untuk ISLAM! Moga dijauhkan kita menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Dakwah no.1 , tapi akademik bukan no.2. Kedua-duanya penting, kedua-duanya adalah amanah yang Allah berikan. Lakukan yang terbaik untuk kedua-dua amanah ini.

Moga beroleh manfaat dari perkongsian yang sedikit ini.

For more information, contact those respective person via FB :

Athirah Arifin
Izzati Johari


Tunggukan pharmacy, nursing, Mathematical Science, Biotechnology. ^__^ And also, radiography and audiology. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Dix-huit said...

๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

Wafa said...

Insha Allah, semoga Allah permudahkan saya untuk ambik biomedic next year. Insha Allah, next year saya habis diploma Sains dan hopefully dipermudahkan jadi researcher๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Unknown said...

Berapa kos yuran pengajian Biomed di UIA yer?? tq

Siti Mariam said...

The best ive ever read so far. Thank you. I am looking forward on pursuing this course in the future. Wish me luck. InshaAllah ❤

Anonymous said...

omg this is the best explaination ive ever read so far.. thank u for sharing this

unknown said...

salam, im currently doing my dip sc. boleh tau berapa pointer utk apply biomedical? and dia tngk result spm tak?

Wafa said...

Salam. Sorry, baru prasan reply ni.๐Ÿ˜… if you still study in dip science, at least pointer 3.0 ke atas pun okay. Tapi kalau boleh, better dpt 3.50 and above. Yes, dia tgk result SPM jugak.๐Ÿ˜Š

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.