♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 18, 2011

OVERVIEW : Biotechnology di bumi UIA Kuantan ^_^

Biotech by Nur Afiqah Ibrahim Muhamad Yunus


Bismillah walhamdulillah...

bila diimbau ketika zaman masih bergelar pelajar matrik PJ, tidak pernah sedetik pun terlintas akan menyambung ijazah dalam bidang BIOTECHNOLOGY. Selama ni, memang berangan-angan untuk menjadi ahli farmasi. Tapi, perancangan Allah
tetap yang terbaik. Takde siapa boleh lawan. Mungkin ada beberapa batch junior yang bakal menghadapi situasi yang sama. Tapi antum jangan risau, kuatkan hati dan redha dengan apa yang bakal berlaku 
:)

At first, memang ZERO pasal biotech ni. General view pasal biotech is about research. Tapi bila ditanya, research pasal ape, BLUR =.='. Secara jujurnya, pada peringkat awal, memang takde hati lah kt biotech ni. Most of the time during Taaruf Week, we were asked to sit according to kuliyyahs. Menambahkan lagi
kesedihan(so-called kesedihan la), tak kenal seorang pun sister2 kos BIOTECH ni! (tiba-tiba rasa macam teruk sangat!) Before this, kat PJ tak pernah sekelas sebab berada di bawah Medical Department dan bioscience di bawah Science Department. Tapi, ku gagahkan diri jugak, mesrakan diri dengan mereka kerana kita bakal menjadi family besar selama 4 tahun di bumi Kuantan. Dan, tak perlu malu dengan status 'lompat kos'. Hakikatnya, bila masuk Kuantan lompat kos ke tak lompat ke, kita semua sama je 
:) Oley!

First Sem First Year
Sekarang, kita explore sedikit tentang BIOTECH. Kuliyyah of Science merangkumi tiga department, BIOTECH & BIOMED untuk Biological Science dan CTS untuk Physical Science. Saya akan terus masuk ke BIOTECH sebab saya kos BIOTECH 
:)

1 famous quotation tentang student BIOTECH first year, "Budak BIOTECH banyak FREE, tak banyak kelas."

Betul ke?

Memang betul pun!

Semasa first sem first year, subjek yang perlu diambil ialah ]Organic Chemistry, Microbiology, Computer in Science, UNGS and
Principles of Management. Sedikit review tentang subjek2 ni, Organic Chemistry sebijik macam yang kite belajar di CFS cuma pastinya lebih advance sedikit, sesuai dengan status Degree. Microbiology is a study about microorganisms. Kalau Medic bedah orang, kite bedah bacteria 
:)Computer in Science secara kasarnya boleh tengok link niwww.sites.google.com/site/naimy1911 UNGS pulak kita akan ambil one part dulu. Kalau yang ambil di PJ, ambil tiga sekaligus. Berbeza di main camp, kita ambil one by one. Principles of Management is basically about management, sudah terang lagi bersuluh melalui namanya. Untuk Management, bersedia untuk kelas di hujung minggu, its either Sabtu or Ahad sebab lecturer import dari Gombak.

Saya kira setakat 5 subjek ni teramatlah relax. Untuk pengetahuan, kelas saya hanyalah pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad.
Relax bukan? 
:)

Jadinya, bagi special case macam saya(lompat kos), boleh saya katakan ini merupakan satu peluang yang Allah berikan untuk kita adapt dalam BIOTECH. Tak banyak sangat kelas, subjek permulaan yang tidak terlalu sukar, sememangnya membuatkan kita JATUH CINTA dengan BIOTECH. InsyaAllah. Maaf jika saya sering menekankan tentang special case, bukan apa, because I'm one of them, dan saya pasti, mereka pasti akan resah dan gusar memikirkan nasib mereka di dalam BIOTECH.



Untuk concentration, masa 3rd year baru kita pilih concentration mana untuk kita further. Ada tiga; Marine, Food, Environment.
I don't plan to explain further more, saya rasa better you all dapat overview untuk first sem dulu. The next next next semesters punye overview kite cerita kat Kuantan lah. So masuklah Kuantan tanpa kerisauan ye 
:)

Don't hesitate to contact us ^^,



tambah sket lg..

bagi junior yang bakal masuk bulan Feb nanti, antum akan sekelas dengan kami untuk certain subject..see you there 
:)



Contact Nur Afiqah Ibrahim Muhamad Yunus via FB. ^_^


FB Kak Afiqah 
Atau contact phone number : 0132911691


FB Salihin Harun
Atau contact phone number : 0139940152

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

nazrink said...

assalam kak,
nk tumpang tanye kalo drop course dari farmasi memang akan dpat biotech ke??
course biotech laku ke??
boleh ke kalo nk apply scholar??
terima kasih

husnataqwa said...

@nazrink, sister yang tulis bingkisan biotech ni, dulu farmasi. ^_^

dapat buat dua pilihan, samada nak farmasi atau biomed. tu zaman kami la. zaman adik2 tak pasti gane.

tentang scholar, memang susah, melainkan pointer dari matrik mantap. klo dapat pointer 3.5 above kat matrik boleh try usha jpa, tapi tu pun susah. ^_^

AB said...

buku ape ea nk pkai for 1st sem nnt..
blh tlg sent course outline x utk sbjk2 yg akn d'ambil 4 1st sem.

husnataqwa said...

@AB, enta boleh contact link abang/ kakak biotech. sbb benda tu softcopy, nt senang depa boleh forward terus pada enta. insya Allah. =)Boleh contact kak Afiqah atau abang Azam. Insya Allah mereka boleh membantu. =)

AB said...

ow. thanx

AB said...

salam..

sy ad sent msg kt sis afiqah tu..
tp xde respon..
in case kalao akk dpt cntact die mntk tlg die mailkn kt,
azrulbakri@gmail.com..
Thnx!

Unknown said...

luas ke pluang pekerjaan utk biotech ni ?

husnataqwa said...

[Jawatan Kosong]
Kelayakan: Ijazah Bioteknologi atau seadik-beradik dgn beliau.
Jantina & tempat kerja: Perempuan, DXN Jitra, Kedah.
.................................. Lelaki, luar negara.
Tugas: urus projek spirulina.

wallahu a'lam, tak dapat nak ramal masa depan. ;)

NJihe.am said...

salam akak. wah teruja baca entri akak. salah satu sifat orang paling berjaya di dunia ialah dia berani ambil peluang masa orang lain tak nampak peluang itu. bila org duk terhegeh-hegeh dgn persaingan, barulah mereka sedar.

Unknown said...

Assalamualaikum akak, saya nak tanya sikit. Course biotech ni boleh amik sama bidang macam pharmacy tak? Bidang pharmaceuticals and drugs.

Unknown said...

Ada sesetengah universiti cover subjek pharmaceutical dlm course biotechnology. Tp kebanyakan universiti di Malaysia yg sy survey x cover sgt bahagian pharmaceutical (betulkn sy klu salah). So klu awk mmg berminat bidang pharmaceutical and drugs, awk blh apply course Pharmaceutical Chemistry (salah 1 universiti yg tawar course Pharmaceutical Chemistry ialah MSU). Harap ni dpt membantu :D

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.