Oh ya, briefly introduce about kuliyyah. Kita ada :
1- Kuliyyah of Medicine (KOM)
2- Kuliyyah of Dentistry (KOD)
3- Kuliyyah of Pharmacy (KOP)
4- Kuliyyah of Allied Health Science (KAHS)
5- Kuliyyah of Science (KOS)
6- Kuliyyah of Nursing (KON)
Diet by Nur Najwa Hamali
Menjadi student DIET sangat menyeronokkan dan membanggakan (bukan nak riak ok!!). Bila melangkah ke UIA Kuantan, sangat teruja bila dapat tau, student DIET sangat menyerlah dalam setiap bidang. The best student UIA adalah student DIET, orang-orang penting dalam setiap program UIA terdiri dari kalangan student DIET, orang yang famous dekat UIA jugak student diet!!
Bila masuk dalam class, sangat teruja bila jumpa dengan lectures. Lectures DIET sangat peramah dan sangat sporting dan berpewatakan macam ibu dan ayah. Membuatkan kita jadi SANGAT RAPAT dengan lecturer. Untuk pengetahuan semua, DEAN KULIYYAH ALLIED HEALTH SCIENCS adalah lecturer DIET dan kami sangat RAPAT dengan beliau. Lecturer DIET semuanya adalah orang2 yang hebat sebab terlibat dengan NGO2 kesihatan yang sangat hebat.
Alhamdulillah, kemasukan kami ke UIA Kuantan, disambut dengan bangunan ALLHS yang baru. Budak2 DIET dapat KITCHEN yang baru! InsyaAllah, next semester dah boleh masuk kitchen yang baru!
KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES
Untuk study pulak, semester pertama agak relax dengan credit hour hanya 14.5. Belajar diet sangat seronok sebab berkaitan dengan apa yang selalu kita buat. Untuk semester 1, year 1 nih, ada 5 subjek yang kami ambil. 2 subjek core course iaitu FOOD SCIENCES dan NUTRITIONAL AND HEALTH. Sangat seronok belajar dua subjek ni sebab dapat lecturer yang sangat sporting dan kelakar.
Untuk subjek Kuliyyah, kami belajar Functional Biochemistry, Human Structure &
Function 1 dan Developmental Psycholgy in Health Sciences.
Untuk subjek UNGS, Alhamdulillah dah ambik siap2 di CFS, jadi masa agak lapang.
Untuk sem berikutnya, department courses yang kena ambik:
Year 1, Sem 2 : Nutrition in Life Cycle, Food Microbiology, Food Analysis, Principle of Food Preparation
Year 2, Sem 1: Nutrition and Genes, Nutritional Status Assessment
Year 2, Sem 2: Nutritional Immunology, Nutritional Education and Health Promotion, Basic Medical Nutrition Therapy
Year 3, Sem 1: Intermediate Medical Nutrition Therapy, Social & Cultural Issues in Food and Nutrition, Seminar in Dietetics, Counseling Skills for Dietitian
Year 3, Sem 2: Advanced Medical Nutrition Therapy, Catering & Food Service Management, Preparation of Therapeutic Diet, Community Nutrition Placement, Research Project in Dietetics 1.
Year 3, Sem 3: Industrial Training: Catering & Food Service Placement.
Year 4, Sem 1: Research Project 2, Clinical Rotation
Year 4, Sem 2: Clinical Rotation.
Untuk bidang perkerjaan pulak, tak perlu risau sebab diet menjanjikan bidang perkerjaan yang sangat luas. Anda boleh bekerja di mana –mana sahaja yang anda mahu. Anda boleh bekerja di hospital sebagai DIETITIAN, boleh bekerja di campony2 makanan such as Nestle, Kit Kat, dan lain2, boleh bukak kedai makanan/bakery sendiri, boleh bekerja bersama mana2 NGO kesihatan(jabatan kesihatan, dll), lecturer dietetics, kerja dalam lab, dan lain2 lagi.
Akhir kalam, DIETETICS merupakan bidang yang sangat INTERESTING untuk diterokai. Ahlan wa sahlan ke bidang DIETETICS, kami dan KITCHEN yang BARU, menanti kehadiran antum semua di bumi UIA KUANTAN.
Sebenarnya agak susah untuk cerita segalanya dekat sini, so apa2 masalah bolehla rujuk saya di FB. Syukran-najwa hamali (klik nama untuk pautan FB)
adik-adik boleh rujuk blog ni untuk penerangan yang lebih detail : http://kitchenheartcafe.blogspot.com/
Adik-adik juga boleh contact :
Razani Azmi
Shahid Mohamad
Nurlisa Fatihah
Optometry by Nurul Aina Fauzi
Assalamualaikum.
Selaku student yg baru 1st year
of course tak layak nak cerita tentang course. Atas permintaan sahabat, i.Allah
sedikit sebanyak ada perkara boleh dikongsi dengan adik-adik.
Deparment of Optometry and Visual Science (DOVS)
name panjang nya. nama glamournya ‘Opto’. Kalau dalam bidang pekerjaan
dipanggil Optometrist. Meh nak cerita sikit latar belakang bidang opto kat
Malaysia. 1st sekali kita kena tahu beza antara optometrist, optician
and ophthalmologist. Biasanya kalau nak bukak kedai spek dengan sijil optician
dah boleh bukak cumanya polisi dari kementerian kesihatan sekarang ni dalam setiap
kedai spek mesti ada paling kurang sorang optometrist. 3 nama ni sangat berbeza
walaupun nampak macam sama. Untuk menjadi seorang optician, hanya dengan sijil
and diploma dah cukup. Untuk jadi seorang optometrist, sekurang2nya peringkat
Ijazah, master and phd. Kebanyakan lecturer kat Uia majoritinya master, phD
lah. Ada jugak yg mengajar sambil belajar. Dalam Malaysia tak silap ade labih
kurang 7 IPT sahaja yg tawarkan ijazah Optometry,msila take note, diploma
optometry TAK wujud.
Kalau IPTA, ada 3 je; UKM,UIA,UITM. IPTS pulak ada Twintech,Segi,Tun
Hussin Onn, hm 1lagi tak ingat. Boleh cari sendiri. Sebab ape tak banyak
university yg tawarkan? sebab kos mahal. Alat2 untuk buat praktikal sangat
mahal dan selalunya import lah. Actually tak berapa tahu sangat bidang optician
ni rasanya diorang belajar untuk buat spek, cek power semua tapi tak belajar
pasal penyakit mata macam optometrist.
Patient2 yg ada penyakit mata macam
katarak, rabun, silau, juling, semua jenis lah perkara yg berkaitan
dengan mata
1st sekali kena jumpa optometrist, untuk cek sebarang abnormalities,
dsbg. Then optometrist akan decide ape treatment terbaik untuk patient ni
either pakai spek, contact lens, or kena surgery dengan ophthalmologist. 1 je
kekurangan optometrist ni nak compare kan dengan ophthalmologist, iaitu TAK
boleh buat surgery. Ophthalmologist ni seorang doctor medical yg mengkhususkan
bidang professional dia kepada mata. Okey, dah boleh beza sekarang? Good.
Proceed.
Bidang kerja? Hm setakat ni dalam sejarah
UIA untuk student2 optometry, Alhamdulillah tak ada lagi yg ‘menanam anggur’,
semuanya dapat job. Akan ade praktikal dekat mana2 hospital dalam malaysia ni
mase 3rd year, then dari situ kita kan belajar banyak perkara and
buatlah yg terbaik.
Biasanya masa 4th year, syarikat2 spek or mane2
kedai spek dah offer siap2 kerja kat student. ‘graduate UIA insyaAllah laku2
belaka’ tak perlu risau. Memang tak dinafikan kebanyakan optometrist kerjanya
dekat kedai spek. Lepas grad cari dulu pengalaman kerja dengan orang, nanti dah
kaya sikit, bukak kedai sendiri, jadilah bertambah2 kaya. Boleh bayang berapa
income tauke kedai spek? Ehe, please tak jadi ‘mata duitan’. Ok, simply say, a
lot lah, boleh kaya. Starting gaji same saje untuk semua pemegang ijazah
‘Allied health science’ ni. Tak kesah lah kerja kat mana, kedai spek or
hospital. Kalau dekat hospital, optometrist akan jadi primary care lah.nak
cerita banyak pun tak reti. Kerja dekat kedai spek bukan jadi cashier macam org
selalu bayangkan, yg tu optician. Optometrist sangat concern tentang ‘eye
health’. Mereka ni golongan professional yg bekerja dalam bidang mata.Ingat
senang2 ke nak kasi customer pakai contact lens macam yg optician selalu buat?
(ehe, kutuk optician pulak dah). Kondisi mata kena cek dulu, ‘mata kering ke’ ,
‘silau tinggi ke’, then jenis lens yg macam mana, ‘soft lens’ ke, ‘hard lens
ke’, soft lens ade jenis2 dia.kalau org yg silau tinggi tak boleh suka2 hati
pakai soft lens biasa.’mata kering’ tak boleh suka2 hati pergi beli ‘eye drop’
dekat Watson. Ade jenis2 ‘ubat titis mata’ untuk jenis mata yg berlainan.
Kompleks bukan? Right, then inilah dunia optometry. J akan belajar jugak cara nak cutting lens.akan
selalu pergi kilang2 yg produce& import bingkai spek, glasses, dsbg.
Okey, mari terjah bidang study
pulak.student2 opto sejak azali memang tak ramai. Now, kalau 4th
year tu dalam 16 org macam tu.3rd year naik sikit 20. 2nd
year 21. 1st year paling banyak lah setakat ni, 24orang.(bilangan ni
anggaran, x semestinya tepat). Okey itu pun sebenarnya jumlah yg sikit nak
bandingkan dengan deparment lain. Maksimum UIA boleh amek student opto untuk 1
batch, 30 org je, due tu nak memastikan kualiti graduasi2, kekurangan alat dll.
Optic sinonim dengan fizik & Math, tapi janji tak susah pun and tak
kompleks pun macam kat Cfs. Senang bila anda faham konsep dan boleh aplikasikan
dalam soalan. Yg penting focus masa lecturer ajar, hafal formula then best!
Boleh jawab soalan. Tak perlu untuk terel sangat fizik, math, only basic
calculation.yes betul, sebab org yg menulis ni mase kat cfs dulu memang kantoi
fizik & math, but Alhamdulillah optic boleh bawak, tak de masalah besar.
Now, mari bahagi2kan subjek department by sem supaya nampak gambaran.
Year 1
Sem1: optics Sem2: Ocular anatomy, Optics for Optometric Instrumentation,
Visual optics
Year2
Sem1: Clinical Optometry 1, Monocular
Visual Process, Ocular Physiology
Sem2: Clinical Optometry 2, Intro to
Binocular Vision, Ocular Disease 1, Ocular Pharmacology, Ophthalmic Optics and
Dispensing 1.
Year 3
Sem1: Clinical Binocular Vision, Clinical
Optometry 3, Ocular Disease 2, Ophthalmic Optics & Dispensing 2, Paediatric
optometry
Sem2: Contact Lens Practice, Investigative
Project 1, Low Vision, Ophthalmology Posting, Optometry Clinic 1, Orthoptics
Year 4
Sem1:
Advance Contact Lens Practice, Case Management 1, Contact Lens Clinic 1,
Investigative Project 2, Optometry Clinic 2, Specialization Clinic 1
Sem2: Case Management 2, Contact Lens
Clinic 2, Optometry Clinic 3, Professional Studies, Public Health Optometry,
Specialization Clinics 2
Utk 3rd year & 4th
year memang nampak banyak sebab kita tak ada dah subjek kuliyah or university.
Mase ni lebih fikus pada bidang masing2 lah, subjek department. 1st
year & 2nd year ade campur2 dengan subjek kuliyah and
department.
Konklusinya, optometry best! Tak rugi adik2 masuk deparment ni, senior2
semua baik2, helpful, lecturer sangat mesra alam, staff pun, guard pun. Tak
macam kat PJ lah. Enjoy your life here. :)
Kalau minat tentang mata, maka tanpa ragu,
silakan ke bidang ini, you’re most welcome.
Contact Aina Fauzi via FB : Aina Fauzi
Kos lain akan menyusul. ^__^
12 comments:
tak sabar tggu audiology and speech. eager to know. sbb internet x byk sumber. thx alot sis :)
insya Allah, audiology and radiography akan menyusul.. ^__^
syukran kak..antara 2 plihan..diet n opto..=)
radio and audio pun best tau. ^_^
salam,sye pasti diettics mmg sgt mmrlukn kkuetn dlm subjek bio kn?sje nk tnye kos ni mmg x melbtkn lngsung subjk kemis n fzik ke?
Akak kalau x ambil sbjek fizik blh x ambil opto?
Salam, akak, berapa pointer yg diperlukan untuk msuk ke DOVS atau Diet? Lepas graduate dri CFS. Tq :)
Salam akak..bleh tak bagi overview pasal fisio? tq:)
Assalam, lpsn matrikulasi boleh ambik dietetik dekat uia tak?
thanks sis syukran syukran
thanks sis syukran syukran
Takde rasanya..tp ada la sikit2 je
Sumber: 1st yr student
Post a Comment