♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 18, 2011

OVERVIEW: Life kat Kuantan ^_^

Ada yang tanya, bagaimana ye life kat Kuantan?

Jawapan pendek sajalah, come and describe it urself. ^_^

Seriously, masa mula-mula dok sini, memang rasa rindu juga kat PJ, dan sampai sekarang pun masih merindui PJ. Normallah kita akan merindui tempat yang sudah kita tinggalkan.

Perbezaan yang paling ketara, setakat ni, tentang pengangkutan awam. Kalau kat PJ, nak pergi mana-mana, senang je. Naik bas nombor 12 atau U85, ke KL Sentral. Dari KL sentral, nak pergi mana-mana pun boleh. Seluruh dunia! Bukan saja mudah nak dapatkan pengangkutan awam, tambangnya pula murah dan berpatutan dengan kita, budak U.

Kalau kat sini, susah nak kemana-mana. Kena sewa kereta atau buat 'delivery service'. Erk, ingat pizza je ke ada delivery service? ^_^

Harga satu trip perjalanan pula, tak murah. RM7 satu trip. Kalau pergi ramai-ramai memang baloi, tapi kalau sorang, perit sikit nak membayarnya. Itu RM7 kalau ke bandar, kalau nak ke tempat-tempat lain, harganya mungkin meningkat.

So, bersyukurlah kat PJ. Nak pergi Shah Alam, senang sangat. Nak travel mana-mana pun senang. Wah, rindu PJ.

Memang kat sini, agak bebas. Nak masuk pukul berapa pun takde sape yang kisah. Normallah kalau pukul 12 malam belambak-lambak orang baru masuk asrama.

Oh ya, kami intake 2011/2012 ditakdirkan Tuhan menetap di luar kampus (OFF CAMPUS). Di Mahallah At-Tabari.
Ada banyak pro and cons bila duk kat luar ni. Antaranya, kemudahan tak banyak, tak macam kampus kat dalam.Cafe pun ada satu je pilihan, yang lain kena makan luar. Then, nak ke kampus pun boleh tahan jauhnya kalau jalan kaki. Hihi. Kalau naik bas tu, tak sampai 6 minit dah sampai ke Kuliyyah Medicine. Kalau jalan kaki, rekod tercepat yang pernah saya sendiri catatkan, 15 minit. Cepat dah tu. Tu kalau pergi KOM, kalau pergi Kuliyyah Allied, memang jauh, semput la jugak. Kalau nasib baik, ada senior-senior tolong tumpangkan.

First time dari Mahallah luar nak ke dalam, kena jalan kaki. Ramai je orang bersimpati. Maintenance pun siap tolong tumpangkan kami. Maklumlah, orang baru belajar. Bawak beg besar-besar nak ke IMC (Indera Mahkota Kolej).

Tapi yang bestnya, seronok apa duk kat luar. Advance dan lebih cepat matang. Lagi seronok, dapat kebenaran bawak kereta. Biasanya kalau dok campus dalam, 3rd year baru dapat bawa kereta, tapi kalau dok luar, 1st year dah dapat sticker nak bawa kereta. Seronok ke ada kereta? Hemm. Tak juga, penat nak sara kereta ni. ^__^

Berita baik kot untuk adik-adik, dapat berita dari Mahallah Officer setakat ni, adik-adik akan dok dalam, kami yang bertuah ni yang akan stay kat Tabari sampai 4th year. Tapi kalau yang brothers, memang takkan ada chance dok dalam. Mesti dok luar. Biasanya dok IM2 (Indera Mahkota 2).

Selebihnya tentang penempatan ni, wallahu a'lam. Boleh jadi berubah bila-bila masa kan. Doa-doakanlah cepat siap kita punya biggest mahallah. Nanti semua orang boleh dok dalam.

Oh ya, masjid UIA yang seriusly cantik sangat tu dah nak siap. Insya Allah waktu adik2 datang nanti, masjid tu dah beroperasi. Cantik sangat masjid tu. memang favaurable lah. ^_^ Tapi kalau cantik takde sape nak imarahkan tak guna juga kan? Jadi semailah niat dan cita-cita nak imarahkan masjid tu, tambah-tambah kalau anda semua dok dalam IMC.

IMC ada sport complex. Sapa yang minat sukan, memang rasa heaven lah dengan sport complex tu. Seriusly cantik dan gah. Tapi terlalu jaih untuk pergi dengan kaki dari Mahallah Luar. Kalau mahallah dalam, ok la. ^_^

Sport Complex ada swimming pool saiz olimpik punya tau. Ramai juga yang pergi belajar swimming kat situ. Swimming kan sunnah. ^_^

Library pun baru siap je. Seriusly cantik. Memang suka la duk library. Tapi kalau kat Kuantan ni memang kena sediakan sweater kalau anda orang yang mudah sejuk. Mana-mana ade air-cond. Air-cond pulak bukan biasa-biasa, tahap beku. ^_^ Tambah-tambah library. serius sejuk.

Kalau kami kat Mahallah luar, tiap2 pagi menunggu bas untuk ke IMC. Tapi biasalah bas, memang selalu lambat dan penuuuuh waktu mula-mula dulu. Tapi sekarang dah ramai orang ada kereta, bas pun malas nak datang. tapi kena datang juga sebab banyaaaaaak kot kita bayar yuran untuk BAS! ^_^

Kat Kuantan, banyak sangat majlis ilmu insya Allah. Tapi semua terpulang pada kita nak pergi atau tak. Kalau pergi kita untung, kalau tak pergi, kita yang rugi. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Seeloknya majlis ilmu sebeginilah yang menjadi added value untuk kita. Yelah, bakal graduate UIA kan. ^_^ Mahal tu..

Kos sara hidup kat Kuantan ni, agak mahal. Makan mahal la jugak. RM10 sehari tu ok la. kalau jimat, lagi boleh save. Tapi tak macam PJ la. PJ lagi murah. ^_^

Apa lagi ye nak story. Kalau ada peluang, adik-adik datanglah melawat UIA Kuantan. Comel ^_^

Biah kat Kuantan masih terjaga. Alhamdulillah. Jadi jangan ada yang cuba rosakkannya. Rasa tenang dan damai je kat Kuantan. Kalau tak percaya, datanglah.

Budak-budak sciences-based ni intelek pemikiran depa semua. Memang sunyi je UIA. Kat library ramai orang, sampai malam. ^_^ Serius rajin belajar.

Harmoni sangat kampus Kuantan. kalau tak percaya, kena datang tengok sendiri. ^_^

MEDCY ada buat lawatan ke sini kan Mac nanti? Jemputlah datang, dan kita jumpa di sini. ^_^

Dah tak tahu nak story apa. ^_^

Nak tahu apa-apa, bolehlah tanya. Insya Allah kalau mampu jawab, akan dijawab, kalau tak mampu, kita minta tolong orang yang mampu tolong jawabkan.

Semangat ke nak datang UIA? ^_^

Keep on bersemangat ye!

Jangan lupe doa moga-moga dapat yang terbaek. ^_^

Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

46 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, kitorg semua blur sangat, lepas akak and the gang tulis semua ni, memang best la dapat tau overviews. May Allah bless you all day...:)
jzkk:D

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

wah berkesan jugak entry ni. maybe kalau ade gambar, macam lagi nampak kot. oh dari tabari' nak ke imc mmg jauh jugak. saya orang kuantan. tapi bakal ke gombak januari ni :D

Anonymous said...

salam kak. sy nt smbg degree in math sc. buku2 kt cfs ni ade pkai lg x kt uia?

emerald said...

fasal math sc leh tnye k.izzati, https://www.facebook.com/izzati.azwa :)

Anonymous said...

salam:)
kalau student medic, guna lagi tak buku bio n chem kat cfs?

husnataqwa said...

Untuk Math Sc, nanti ada post tentang tu. tunggu sat na. ^__^

student medic? Setahunya, buku2 tu tak guna, tapi boleh dijadikan rujukan, seperti buku biology. Biasanya kita akan dapatkan buku baru kat sini. ^__^

Ok je nak bawak.

SAya, terima kasih tolong jawabkan.

Naem, betul, jauh kot klo terlepas bas. Pastu nak kena kejar kelas pulak,

mimi said...

salam. kak, nak tanye, kalau mahallah yg dalam kampus, dye mmg bagi siap2 ngn roomate skali kan ? kalau nak g kelas dari mahallah kt dalam tu jalan kaki je eh ? syukran :)

husnataqwa said...

wassalam. ^_^

Yup, memang roomate dia dah tetapkan, biasanya dalam satu bilik tu, adalah kos yang sama. kat sini memang kos yang sama selalu same2 la. ^_^

Kat dalam pun ada bas jugak, 30min sekali. tapi rata2nya jalan kaki je, sebab dekat je, kadang2 kalo tak rushing ke kelas, baru amek bas. ^_^

mimi said...

ouhh. okeoke. terima kasih kak :)

husnataqwa said...

afwan ukhti ^_^

mimi said...

akk, nak tanye lagi boleh ? ley akk cite kan sket pengalaman interview kat cfs before masok main camp ? soalan2 ape yg biase ditanya. n kalau kita mintak kos tu, bp percent untuk kita dioffer ye ? jzkk ya ukhti :)

husnataqwa said...

untuk interview ape ye? kalo allhs, akak boleh jawab, tapi klo dentist and medik, akak boleh bagi sket2 je. ^_^

kalo unt allhs, biasanya interview biasa2 je. perkenalkan diri. then nyatakan pilihan kita nak pilih ape antara pilihan yang diberi. dan biasanya with reason lah kenapa kita nak pilih kos tu. bagi je reason yang sesuai. insya allah, mostly kita akan dapat apa yang kita minta. tapi ada juga yang tak dapat. macam akak, minta optp, tapi dapat radio, 3rd choice. tapi bila dah masuk kuantan, depa offer unt amek opto, akak punya 1st choice, tapi akak tolak.

kalo kita tak dapat 1st choice pun kita dapat tukar lagi kat kuantan insya allah.

biasanya dapat la.

klo unt medik and dentist, ada juga yang tak lulus interview. tapi boleh rayu.
klo interview medik ni denist, dia nak tengok kita punya confident and skills. ^_^

Anonymous said...

time kasih akk2.smoge Allah permudahkan urusan kalian :) xsabar nk tggu post psl math sc.

mimi said...

hehe. untuk allhs. ouhhh. gitu. waaahhhh. sampai 3rd choice pon ade ye ? hope dapat lah. huhu. insyaAllah, sy ingat nak amek opto jugak. jzkk akak. moga urusan kalian dipermudahkan. terima kasih sgt2 atas perkongsian. sangat2 membantu kami :)

husnataqwa said...

Alhamdulillah. ^_^

Satu sem lagi ade kan?

strive sungguh2 deh, bia dapat pointer selesa. ^_^

Doakan kami.

mimi said...

hehe. benar2. the one and only sem left in cfs :) insyaAllah, akan cuba yang terbaik untuk menaikkan cgpa. ^^

moga akk2 berjaya dunia dan akhirat. insyaAllah ^_^

husnataqwa said...

@n.u.r, bagus bagus. semangat yang macam ni yang kita nak dari adik2. usaha betul2. ^_^

akak tak sempat blogwalking, nt ada masa akak frop by blog awak ye. ^_^

ummi said...

assalamu'alaikum. interesting and nice post,dah dpt overview how life in kuantan. xsabar nak dtg kampus kuantan,hopefully kampus kuantan lg best dr gombak. jazakillah untuk post yang m'bantu ni. lastly, semoga Allah permudahkan untuk exam yg akn datang

husnataqwa said...

@ummi, syukran ummi. insya allah kampus kuantan masih "BERSIH", klo datang kuantan, kena jaga keBERSIHan kampus ni. hihi.

ahlan ahlan bikum. ^_^

mimi said...

kak husna, hehe. alhamdulillah. terima kasih. akak2 juga yang menaikkan semangat saya selain kawan2 :)insyaAllah, saya akan cuba usaha betul2 ^^

haha. xsinggah pon xpe, saya kurang aktif sket menulis ni. btw, akak, uia kuantan jumaat ade kelas x ? sbb kt gombak jumaat mmg xde kelas kan ?

husnataqwa said...

@n.u.r, jumaat kat PJ ade kelas tak? ada kan? tapi most lecturer ganti pd hari lain. masing2 nak kosongkan hari jumaat kan? kat gombak pun same. tapi kalo kat kuantan pun, lebih kurang je, tapi waqi' nya lain sikit. kena rajin belajar. jaranglah takde kelas, melainkan memang yang jadualnya takde unt hari jumaat. macam akak snediri, hari jumaat, takde kelas dalam jadual, tapi selalu ade extra kelas ^_^

Ada setengah department pulak, kelas hari jumaat sokmo takde. ^_^

Depend pada kos jugak. kalo medik, denstist farmasi, mustahil takde kelas. hihi. ^_^

mimi said...

ouhhh. haah. kat pj ade. tp saya sem 1 je ade kelas hari jumaat. hehe. ouhh. gituuu. okeoke, terima kasih kak husna :)

hehe. name pon kos kritikal. mustahil takde kelas hari jumaat. hihi.

Anonymous said...

salam kak. sy nak tnye,

1. majority students kt kuantan dpt scholarship ape ea? rmai x yg pkai ptptn?
2.kos hidup kt sne tinggi x? mcm mknn kt kafe mahal?
3.wifi kt sane laju x?
4.ade x bank yg dekat ngn uia kuantan? klu ade, bank apE? dan yg bole bank in duet.

maaf kak bnyak sgt tnye. harap dpt membantu. syukran :)

husnataqwa said...

@Anonymous, majoriti selain dari medik dentist n farmasi, memang pakai ptptn. ada juga beberapa orang dapat tajaan negeri depa ke,dapat bank rakyat pinjaman ke. tapi mostly pinjaman la.

kos hidup bole tahan. klo kat pj lagi murah, for surenya. ^_^

depends la klo pandai saving, ok je, tp mahal la kos hidup. sekali makan tengahari lauk ayam tu dah cecah 4ringgit. tu belum ngada2 tambah benda lain. klo tambah, lagi mahai. ^_^
akak pernah makan tengahari rm 7. pufff. mahal kan.

wifi biasa je, macam pj. klo kat tempat kuliah, laju la jugak, kalo kat mahallah, tengok port, ada port yang laju, ada yang biasa2 je, ada port yang takleh langsung. hihi. akak pakai broadband, dari pj lagi, jadi tatau sangat pasal wifi ni. juz dengar kawan2 story je. tapi nampak gaya orang takde b.band ni survive ok jah.
takpun g library, seronok boleh online tenet laju2. ^_^

kat dalam uia ada bank muamalat dan bank islam je. klo dekat sikit, ada rhb, bank rakyat. ^_^ bank islam pun dekat juga rasanya. tapi paling dekat setahu akak bank rakyat la kot.

dengar cerita uia nak buat bank dalam uia. tapi tatau la bila. ^_^

harap2 menjawab soalan.

Anonymous said...

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhu..

1. kalau xduduk kt mahallah boleh ke? means sewa rumah. ke mahal?
2. 1st year student boleh bwak kerete ke?
3. Indera Mahkota College tu ape ye?
4. brothers yg duduk dekat im2 tu transport ke UIA macam mane ye?
5. utk intake bulan 2 ni, mahallah brothers dgn sisters kt luar ke dalam?UIA bg sister duduk luar jgak eah?

thanx...:D:D

husnataqwa said...

@Anonymous,
waalaikumussalam. ^_^

1-Intake baru bulan 2 dan bulan 9 tahun 2012, bagi sister akan stay kat dalam mahallah. bagi brothers, akan stay kat indera mahkota 2 (IM2). Mengikut setakat yang akak dapat berita dari warden, hanya batch kami yang akan menetap di mahallah attabari sampai bangunan mahallah baru establish. itupun rasanya kami dah grade dah waktu tu. ^_^ so, adik2 jangan risau, terutama sister, insya allah akan dok mahallah dalam, iaitu mahallah talhah atau mahallah maimunah.

2- hanya third year student saja yang dibenarkan bawak kereta. tapi motor boleh je bawak. sebab masalah parking. dan memang unversiti tak bagi. tapi batch kami yang dok luar, dibenarkan je bawak kenderaan sebab dok luar kan, macam2 hal ada. so, waktu tawe depa bagi kebenaran kami 1st year bawa kenderaan. kalo adik2 lepas ni yang dok mahallah dalam, takdapat la bawak kereta.

indera mahkota college tu IMC. hihi. maksudnya UIA la. tapi sebenarnya nanti datang kuantan, adik2 akan familir dengan istilah JHC pulak iaitu jalan hospital college, kat sini unt nursing student and third and fourth year medik. JHC ni depan HTAA, so senang nak ulang alik g hopital. IMC tu kiranya main UIA la. ^_^ Kelas, pentadbiran semua kat IMC.

3- untuk yang di IM2, brothers semuanya. insya allah depa boleh bawak kenderaan. biasanya ramai bawa motor, sebab senang nak dapat kebenaran.

4- kemasukan bulan 2 nanti semua sister dok dalam, brothers akan dok luar, mungkin separuh akan dok im2 dan separuh akan duk di tabari. nanti akak cerita panjang lebar dalam ppost akan datang. insya allah. maaf lambat perasan komen ni. ^_^

Anonymous said...

assalamualaikum.

mnariknye entry nie :) Akk. kt kuantan bebas nk msk kol bpe pn ea? xmcm kt pj? besnye. huhuhu. bole x outing tiap2 hari? ade pasar x kt sne? lg satu, pakgad grg x? n ade tak kne saman2. N pg kuliah, sister kne pkai bju kurung je ke? bole x pkai blouse ke atau tshirt labuh? Hehehe.. bru prasan byk sgt tnye. maaf ye kak. terime kasih sbb sudi berkongsi dengan kami.

husnataqwa said...

@Anonymous, eh eh, ramainya anonymous. kan bagus kenalkan nama, boleh kita taaruf. hehe.

okeh, dalam banyak2 universiti, uia yang paling bagus, sebab still hadkan masa unt pelajar masuk kampus. waktu malam, semua pelajar kena masuk kampus by 1230 malam. Ok la tu, berbanding pj 9malam/7malam. =)

Oh, nak outing tiap2 hari pun OK! tak kena mitak sign ke ape ke. =) Tapi nak buat ape outing hari2? kat sini sibuk study je. sibuk cocu lagi. memang weekend je kalo kua pun. ade je yang stail keluar makan2 kat luar, itupun kalo ada masa dan ada duet.=)

pak guard baik sangat, tapi ade je yang garang. cuma cara depa layan kita, lebih 'dewasa' la. tapi baek2 pun, kalo buat salah still kena saman. oh ya, saman kat sini, takdenya rm50. rm100 terus. pokai beb~ =)

Unt pakaian ke kuliah, kita ada guideline. hemm. macam kat pj, ada guideline. kat pj pun ade je kan yang pakai blouse pegi kelas? kat sini pun ok je, tapi kalau tak cukup syarat attire, kena saman. kena pakai sopan2 nanti lecture ceramah dalam kelas. lecturer kat sini semua concern belaka~ =) tapi mostly pakai baju kurung la. =)

dah jawab semua soalan yang banyak tu~ =)

Anonymous said...

salam. moshi2 :)

1stly, thanks for this entry.. sgt mnarik dan mmbantu kami2 yg nk masuk kuantan ni.. rase makin excited sgt..huhu :)

2ndly, saye pn nk tanye soalan lah jugak kan..

> hurm.. nnt kt kuantan tu, transport nk bergerak dalam kampus tu macam mane? sbb sy dgr kampus tu besar.. in case la, nk pegi library ke dr kuliyyah.. xke jauh?
>swimming pool? wow, bestnye.. open utk semua ke, i mean brothers and sisters? attire die macam mana?.. mcm kt public pool kn biasenye campur je.. xdekesah pn org lain tgk aurat..:(
>hurm.. kt sane kos ape yg paling relax skali. stakat yg saye bace.. sume macam busy je kuantan.. mmg xde mase utk jalan2 ke?
>dekat kuantan tu area mane yeh best jalan2.. xmacam kt KL kan?
>mahallah macam mane? oke ke? boleh masak ke? hihi..
>1bilik brape org ea?
>pakaian pegi kelas still same macam kt cfs ke? kena pakai kasut hitam ?errhhh:( xboleh pkai T-shirt n jeans macam u lain ? shawl dibenarkan x utk ke kelas?
>bila entry overview for math sc pulak..? huhu:D

hurm.. sorylah.. byknye soalan.. rase mcm nk tnye lg.. tp xpelahh..:D sory sis,n arigato!!:):):)

husnataqwa said...

@Anonymous, masya Allah, banyaknya soalan. =) Baik2, akak try jawab semua ye.

1- transport unt bergerak, kita ada bas, dari mahallah ke seluruh UIA, setiap 30 min tak silap akak. jangan risau, kalo takde bas pun, setakat nak g kuliah, insya allah still walking distance. tapi kalo library tu jauh sket. seriusly, library kat kuantan sangat best~ =)

2- Of course la uia tak macam tu. swimming pool ada hari2 tertentu. ada unt sis and ade unt bro. tak silap akak unt sis hari selasa n khamis. =) attire? semua perempuan, dan kena pakai swimming suit. kat sini ade jual, harga rm120 lebih kurang. kalo taknak pakai swimming suit, tanak beli ke, boleh pakai legging. =)

3- mostly sibuk la kat kuantan. weekend tu boleh je jalan2. bodak2 medik pun steady je jalan2, dentist pun oke je. hehe. tapi memang tak nafi, belajar sangat busy kat sini. hemm. tentang kos yang paling rilek, mengikut tafsiran akak, kos biosains,biotech, mathscience. diet pun rilek jugak. =)

4- kuantan di tak sebest kat KL, tapi tetap best. biasanya kalo nak jalan2, pergi teluk cempedak, tanjung lumpur. kat sini, memang selalu dapat rehlah, sebab pantai dan air terjun cantik2 danbanyak sangat. =) pastu lepak2 makan ikan bakar kalo banyak duet. =) dan kalo nak shopping, midvalley tu takde la. tapi banyak je shopping centre kat sini, ada mydin, east cost mall, kuantan parade, giant, the store, carrefour, mega mall. =) banyak lah for surenya.~

5- mahallah. 4 orang satu bilek. masak? of course la tak boleh. masak air je boleh. =) kalo nak curik2 masak dan berani tanggung risiko, sila la try. =) Mahallah OK, tapi tak dapat setanding dengan keindahan KC la forsurenya. setiap sorang ada compartment masing2. =)

6- yap, still sama. tapi kasut hitam tu takde la stictly sangat. tapi memang kena pakai KASUT la. tertutup dan gelap sebab kos kat kuantan banyak terlibat praktikal, tapi unt kegunaan praktikal dan lab, baik terus pakai macam tu. =) shawl? ada yang pakai, tapi golongan minoriti. lecturer kat sini semua islamic. kalo student pakai tak sopan, mereka tak suke. nt dapat markah rendah. =) mereka kata, kat uia ni semua orang nak kan islam, kalo student tak jaga aurat, dia pun malas nak jaga student. =) jangan marah kalo lecturer tak sayang kita lepas ni. =)

=)

dah jawa semua solan. kecuali overview math sc tu insya allah nanti akak usahakan~

AB said...

assalamualaikum.

:bleh ke klau xnk ddk mahallah?
:sewa rumah dkt area indera mahkota oK ke?
:brothers mmg bleh bawak kreta dr 1st sem ea?
:klau pg kls mmg kna kameja/bj raihan jgk ea?
:ape ea aktiviti best kt uia ktn.
:prstuan ap je yg ad dn active?
:mdul stadi kt sne cm cfs gk ke?
:senior2 kt sne ok ke?
:xde ke gamba2 bngnn2 kt uia ktn?

trimas~

husnataqwa said...

@AB, =) kalau tanak duduk mahallah, rugi lah sebab kita bayar mahallah ni dalam yuran. tapi klo nak menyewa juga boleh. pakat dengan member2 ramai2. dalam 400rm kot sebiji rumah sewa. kat sini banyak rumah sewa. =)

kereta susah sikit rasanya. motor saja yang senang dan memang confirm boleh bawa. kalo kereta, rumit sikit nak dapat kelulusan. =) So better bawak motor la kot. sebab nak bawa kereta lulus unt abang kakak senior 3rd year and above. tapi tatau lah kalo perlembagaan berubah. tapi potensi unt berubah tu, rendah. =)

Aah, biasanya orang pakai baju kemeja/ baju raihan. takde pula yang pakai baju melayu. ke nak pakai baju apa eh? akak rasa tak strict sangat. tapi tak proper juga kalau pegi kelas pakai tshirt. tapi klo tshirt berkolar khair saja. =)

banyak aktiviti best kat kuantan. kamu cenderung ke arah aktiviti yang macamana? =)

persatuan kat sini pun aktif. kat sini kita banyak bergerak ikut kuliah. so, persatuan kuliyyah memang aktif kat kuantan. insya Allah.

hemm. klo kat cfs paling banyak amek subjek pun 4 kan? tolak bi ba. kat sini, 6/7 subjek tu biasa saja. tapi contact hour tak banyak. namun begitu, subjek tersebut tetap berat. =) so kena strugle sangat2 la. tak boleh buat macam pk. =)

senior pun semua baik2. alhamdulillah. tapi apepun kena pandai cari senior la. kamu kos ape? =)

insya Allah, lepas habis exam nanti akak letak gambar2 kuantan kat sini. doaka Allah mudahkan urusan kami ya. =)

AB said...

: so nye klo duk rmh sewa mmg kna byr mahallah jgk ea?
: ow, pas2 kna reg la pas knderaan ea? kna byr bpe?
: kire dbnarkn la klau bro pkai t-shirt bkolar pg kelas ea? jeans bole?
: waa..best ah cmtu.. sy prefer outdoor.. cam hiking,wallclimbing..etc
: prstuan kuliyyah? mcm press 2 ke? sy xbrape join pn dgn prstn kuliyyah ni ms cfs 2.
: cth aktvt yg prstn kuliyyah buat??
: ow..mmg susah la ea..stadi dgree compare ngn cfs?
: klao 6/7 sbjk x pack ke jadual?
: sy kos biotech,insyaAllah'
: klo brdsrkn yg sy bace entry2 dn komen2, biotech free compare dgn medcy tu.. mmg free sgt2 ke mcm mane?
: ow, utg la ade senior baek2,

ow,oK thanx! smOga sis dn smua senior2 dimudahkn urusan..:D

husnataqwa said...

@AB, aah, susah la nak dapat kebenaran unt tak bayar yuran mahallah. memang kena bayar jugak kalau nak menyewa pun. so, lebih baek dok dalam. banyak kelebihannya tau. =)

reg kenderaan tak mahal pun, dalam rm3 je rasanya. cuma yang 'mahal' nak dapat cop and sign principal. =)

ada yang pakai tshirt berkolar. opss. jeans not allowed. boleh kena saman. dan boleh hilang respek. belajar tinggi2 kat u, mesti personaliti kena jaga kan? =)

kat sini selalu orang buat ekspidisi tawan gunung. lupa dah nama gunung tu. eh gunung ke bukit tah. lupe juga.

takpe je tak terlibat kat cfs, boleh aktifkan diri dengan KBS (kuliyyah based society) kat sini. insya Allah seronok!

Banyak aktiviti. =) nanti akak xplain kat post seterusnya insya allah.

Study tak susah, tapi BANYAK. tak macam cfs 6/7 chapter je. kat sini, banyak sangat kena cover, tapi ok, belambak je orang survive dalam dean list siap. so mission posible je. =)

jadual tak pack sangat. biasa la tu kalo kelas dari 9 sampai 5. =) malam pula kena siapkan esaimen belambak. tapi ok je, kadang2 ade je waktu rilek. ada waktu padat sangat...

Oh biotech. Setakat pemerhatian akak, kos biotech agak rilek berbanding yang lain. Tapi jangan bayangkan rilek sangat la. sebab tak serilek cfs tentunya. =)

AB said...

i see then..
rasenye dh t'jawab semua soalan 2..
thanx! :)

p/s : sy ade cmmnt kt post yg biotech tu. :D

honey said...

salam kak. ade x maybank atau cimb yang terdekat? sbb mak sy nak mskkn duit. klu bank islam dgn muamalat susa siket.mcm dlm 7e ke. lg satu, byk x kedai2 yg bole jln kaki? ke klu nk kluar kne gne transport? kt sane ade pasar mlm x? time kasih:)

husnataqwa said...

@honey, wassalam. akak rasa, kalo maybank n cimb tu jauh sket. agak jauh la. kalo maybank kena pg bandar rasanya. oh ya, tak pasti kalo kat st.minyak petronas ada maybank atau cimb. dan lagi satu, kalo bank islam dekatla. boleh la nanti buat kad bank islam. senang nak amek n transfer duet. hemm.

kedai? biasa saja. tak banyak sangat. ada kiosk macam tu saja.. klo nak shopping barang2 kena keluar.. kalo kat kiosk tu, macam kiosk kat kc la. tapi kalo kedai makan tu boleh tahan banyak pilihan la jugak. =)

ada, pasar malam setiap hari jumaat, tapi bukan walking distance la. klo nak pegi kena naek kereta/motor. huu. tak macam pj kan nak g pasar malam jalan kaki je. =)

Anonymous said...

salam akak.. stud allhs ada pki diictionary yg spesifik ke?

husnataqwa said...

@Anonymous, wassalam.. =)

Setahu akak, tidak ada yang spesifik. Tapi kita perlu pada dictionary, tapi guna dictionary yang biasa itu pun dah ok. yang macam kita guna kat pj. sebab kadang2 ada perkataan bahasa inggeris yang kita tak paham. hehe.

tapi, macam akak, student radiography,kena guna dictionary medical. Medical dictionary. =)

Anonymous said...

assalam. time ksh kak jwb sume soalan2 yg ktrg tnye. da jls skrg:) nk tnye siket je. heee.. bilik kite tu kekal smpai tahun akhir ke tuka2? n kt sne aktif x usrah? sy tringin nk join usrah mse kt cfs. tp xtw mcm mne sbb xknl mne2 senior. hrp2 kt kuantan nt dpt join usrah.

husnataqwa said...

@Anonymous, wassalam. of course bilek tukar2.. =) sama saja macam CFS. =)

hemm. nak join usrah, nt datang kuantan contact la akak.

Kat sini ada usrah juga. =)

nak contact skarang pun OK. =) kat FB..

mimi said...

salam. kak husna, nak tanya lgi. kat kuantan aktiviti koko ada ape ye ? bole akk ceritakan serba sedikit mgenai koko ni ? kena join minimum brape byk ? n aktiviti koko ni diadakan tiap2 ari sabtu ke ? syukran ukhti :)(:

husnataqwa said...

@n.u.r, wassalam. Asif lambat reply.

Di kuantan, sama saja dengan PJ berkaitan Koku. CUma bezanya kena komited sikit saja. Tidak ada hari khusus unt koku. CUma biasa saja, join persatuan kuliyyah dan bergerak dan join aktiviti kuliyyah. insya Allah tidak ada ape2 yang pelik.

Ada study circle, sama macam di pj, tapi bezanya masuk pointer. =)

macyhumaira said...

IMC? tak pernah tahu. mana tu?
actually smpai sini sebab cari swimming class area kuantan. hmm susah nya since kat wisma belia tgh under renovation. nak belajar renang :(

Anonymous said...

Bestla uia kuantan. Sy spm thn depan 2013 n diharap dpt masuk amik dentistry kat kuantan. Kakak sy belajar kat sana gak. Sy slalu juga anta kakak ke sana bila cuti panjang.. Kakak sy ckp lecturer mmg mostly islamic tp ade je yg biasa2 jenis pakai selupar dan pakai tudung bawal x pakai anak tudung. Dentistry biasanya x strict sgt etika pakaian, kan? Ni kakak sy ckpla. Sbb lecturernya sporting sikit.

atiqah said...

assalamualaikum kak. boleh cerita serba sedikit pasal kos financial math dekat uia kuantan?

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.