♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, December 22, 2011

SAHABAT : Lu pikir la sendiri ^_^

Frust sangat ni dengan presentation hari ni. ^_^ Letak gambar saje pun jadilah. ^_^






Dalam menunaikan hak dan amanah sebagai seorang kawan, aku paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka meminta tolong tetapi liat memberi pertolongan.

Aku paling takut menjadi sahabat yang suka mengambil kesempatan, tetapi tidak suka memberi kesempatan.


Aku paling takut menjadi sahabat yang memilih teman waktu senang dan menyenangkan, tetapi meninggalkan kawan waktu susah dan disusahkan.


A
ku juga paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka ditolak ansur, tetapi tidak suka bertolak ansur.

Ya, kita ada amanah dan hak terhadap sahabat kita, jangan cuma kita mengharap hak mereka pada kita.

p/s: Maaf semua orang, kalau tak jadi sahabat yang baek untuk anda. My bad side ^_^

Semoga Allah meredhai semua sahabatku dan moga aku juga diredhai semua sahabatku. Ameeeen!








Seriusly terkejut dengan stat blog ni. Meningkat mendadak.
Ni semua dek kerana penulis-penulis hebat yang menyumbang tulisannya disini berkenaan kos di UIA Kuantan. Tahniah. Memang objektif kita sampai, insya Allah,ada sumbangannya. ^_^

Bila macam ni, rasa macam kena muhasabah diri. Apa aku tulis kat blog ni?
Makin ramai orang datang, dan baca, makin banyak kelak aku dipersoalkan.

Astaghfirullahal 'aziim. ^_^






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

kerana hati ini yg menulis, hati ini yg menyeru, hati ini yang pertama membaca tulisan itu. mana mungkin hati ini tidak ditarbiah dengan kata-katanya sendiri? Bantulah hamba yang dhaif untuk mentarbiyyah diri dengan penulisan-penulisan sendiri. Mencuba. Ya, sedang mencuba sebaik mungkin. Usah menghukum saya melalui blog saya. Mohon dengan sangat.
Hamba masih dalam proses memperbaiki diri. Berjalan, berlari dan ingin terbang tinggi. Tapi pasti, tidak semudah yang dirangka. Kuatlah jiwa. Kuatlah jiwa. Jiwa ini jiwa tarbiyyah. Harus kuat dan tabah. Mohon diberkati Allah. =)
[ini cabaran pada diri]

husnataqwa said...

syukran kerana mengingatkan ^_^

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.