Sejak saya membaca tulisan seorang sahabat berkenaan 'Lelaki yang ditarik wanita ke syurga', saya keep on thinking.
Kenapa lelaki yang dipertanggungjawabkan? Saya terfiikir-fikir sendiri.
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Akhirnya saya yakin, memang benar dan begitulah aturannya. Maha suci Allah yang memberikan tanggungjawab kepada seorang lelaki, atas dasar kemampuannya yang 'lebih' berbanding wanita.
Pada 1999, Prof Emeritus dalam bidang Psikologi di Universiti of Ulster, Ireland, Richard Lynn berkongsi analisis yang dilakukannya. Analisis itu menunjukkan purata IQ lelaki melebihi kira-kira tiga hingga empat mata daripada wanita. Seterusnya, beberapa kajian lanjutan yang dikendalikan beliau dan pakar lain juga turut menunjukkan kelebihan mata kepada jantina lelaki dalam tahap IQ.
"Saiz otak lelaki yang lebih besar daripada otak wanita turut dikaitkan sebagai faktor lelaki lebih pintar daripada wanita. Otak yang lebih besar dikatakan mempunyai lebih banyak isu yang boleh memproses maklumat."
Memang layak lelaki perlu lebih bertanggungjawab.
Dari sudut pandangan saya, ketegasan dan kurang mengikut perasaan yang ada pada lelaki menjadi mereka layak menjadi pemimpin. Tegas. Ya, kebanyakan lelaki tegas dalam membuat keputusan. Dan berfikir matang tanpa melibatkan emosi. Pengalaman saya bekerja bersama lelaki juga lebih menyenangkan. Mereka lebih optimis berbanding wanita. Tapi tidak semua, ada juga certain lelaki yang jenis pemalas dan suka timbunkan semua kerja pada wanita. Lelaki macam ni saya kategorikan sebagai lelaki yang kurang matang dan sangat kebudak-budakan.
Mungkin kerana dasar ego yang keterlaluan menyebabkan mereka rasa 'BOSS' sangat. ^_^
Wanita suka berfikir perkara yang remeh temeh dan lagi pula, wanita sangat terhad pemikirannya. Buktinya, jarang wanita teror baca peta. Sebab pemikiran para wanita terhad. Tak dapat melihat apa yang ada jauh dihadapan. Tapi pemikiran wanita yang terhad inilah yang membuatkan wanita teliti dan jarang melakukan kesilapan. Oh, kelihatan bias di situ. ^_^
Saya kerap kali mendengar abang-abang saya mengatakan begini,
"Apa-apa jadi pada awak, abang yang susah. Tolonglah ikut cakap abang. Bagitau dulu apa awak nak buat. Awak tu tanggungjawab abang. Kalau boleh suami awak pun biar abang pilih."
Kakak saya juga sering menerima 'ayat' yang sama. Bezanya, dia sudah berkahwin. Dan saya juga teringat sewaktu kakak nak kahwin. Abang bukan main liat nak terima suami kakak sekarang. Sampai suami kakak setiap kali jumpa abang, pucat lesi mukanya. Tapi bila dah jadi suami, ok je. Molek-molek je pergi masjid sama-sama. Cuma mungkin sedikit sukar abang ipar saya nak belajar loghat Kelate. ^_^
Saya percaya, semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab. Dan perasaan bertanggungjawab pada seorang lelaki itu adalah normal. Sekiranya ada lelaki yang tidak punya rasa bertanggungjawab, tentu ada something wrong.
Perasaan tanggungjawab bukan saja perlu pada adik-adik perempuannya saja, malah kepada wanita-wanita lain disekitarnya.
Terdorong rasa ingin menegur wanita yang membuat salah, tidak mempermainkan wanita, menghormati wanita dan banyak membantu wanita. Bukan sebaliknya.
Saban hari, walaupun bilangan lelaki lebih sedikit berbanding wanita, namun peranan lelaki tidak boleh dipandang enteng. Anda tetap 'pemimpin' walaupun kuantiti anda sedikit berbanding kami.
Mana slogan 'kualiti lebih penting dari kuantiti' yang sering kaum Adam laungkan? Tenggelam kerana nikmatnya hidup tanpa rasa tanggungjawab,mungkin.
Saya sering juga tertanya-tanya. Kenapa abang yang mesti bertanggungjawab pada saya? Kenapa bukan kakak? Kalau diikutkan, hubungan saya dengan kakak jauh lebih rapat. Kami mapu berkongsi semua benda, seperti pakaian, syampu rambut yang sama, pencuci muka yang sama, dan berus gigi pun kadang-kadang kalau terdesak kami berkongsi yang satu. Rapat.
Tapi saya mula menyedari keterbatasan bersama kakak, apabila kedua-dua kakak saya sudah berkahwin. Mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mengambil tahu tentang saya seperti sebelum mereka berkahwin. Terhad masa untuk melayan suami dan mendidik anak.
Sejak itu, saya mula sedar, ibrah kenapa Tuhan menjadikan lelaki sebagai ketua dan kenapa lelaki dipertanggungjawabkan.
Wanita, apabila sudah berkahwin, hampir seluruh hidupnya berkhidmat untuk suami tercinta. Lelaki pula, tugasnya memimpin. Menjaga keluarga. Termasuk ibunya sendiri. Dan mereka mampu melakukannya.
Apa saja masalah yang saya hadapi, biasanya abang yang saya cari. Resolusi yang dia beri. Berbanding kakak yang lebih banyak menyenangkan emosi. Hakikatnya mereka saling melengkapi. Ya, lelaki dan wanita itu saling melengkapi.
Dr Khaidzir berkata, baik lelaki atau wanita sewajarnya melihat kelebihan dan kelemahan kedua-dua jantina ini sebagai hikmah mengapa Tuhan mencipta lelaki dan wanita sebagai pasangan yang saling melengkapi.Perbezaan cara berfikir antara lelaki dan wanita
di copypaste dari SINI
Saya yakin, kehebatan para lelaki sudah terbukti. Tinggal lagi kesedaran mereka akan tanggungjawab yang mereka pikul.
Duhai lelaki, usah merasa lena dengan bilangan wanita yang ramai. Tapi gusarlah, kerana semakin ramai bilangan wanita, semakin banyak tanggungjawab yang tersandang dibahumu. Malah percayalah, meskipun engkau merasakan 'nikmat' dengan ramainya wanita, perlu berjaga-jaga, risau nanti 'nikmat' itu cuma didunia, sedangkan 'bala' bertimpa-timpa di akhirat kelak.
Saya begitu optimis dengan keupayaan lelaki untuk menjaga dan bertanggungjawab. Tapi dalam masa yang sama, saya tidak menolak peranan kaum wanita dalam urusan memakmurkan bumi ini. Kaum wanita haruslah berusaha untuk melahirkan lelaki yang bertanggungjawab. Saya yakin, seorang ibu mampu mendidik dan mencorakkan anaknya menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Bukan itu saja, malah seorang isteri juga boleh berperanan membantu suaminya menjadi lelaki yang bertanggungjawab.
Lenturlah lelaki di sisi kalian. Agar mereka menjadi lelaki yang punya rasa tanggungjawab. Dan bisa melaksanakan amanah yang diamanahkan Allah untuk mereka.
Firman Allah:
Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;
dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.
(Maksud: an Nisaa':32)
Wanita sesekali tidak boleh berlepas tangan. Caranya, janganlah menjadi beban kepada lelaki. Mudahkanlah dia untuk menunaikan tanggungjawab pada keluarganya.
Ada sesetengah wanita rasa tercabar apabila lelaki menunjukkan rasa tanggungjawab pada keluarganya. Mungkin wanita itu terlupa, meskipun suami itu miliknya, syurga sang suami itu tetap di bawah telapak kaki ibu sang suami.
Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Usah menjadi beban pada lelaki. Tapi bantulah mereka. Gilaplah mereka menjadi pemimpin ummah.
Wanita punya kepakaran dalam mendidik. Kerana itu, tugas IBU, diberi pada wanita. Jangan cuma mendidik anak-anak, SUAMI juga boleh dilentur menjadi lelaki budiman. ^_^
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment