♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 07, 2012

A new SEMESTER!

Tak sangka CEPAT sungguh masa berlalu.

Sewaktu menulis entri ini, saya masih teringat lagi sewaktu saya menulis entri terakhir sebelum saya balik kampung untuk bercuti semester. Masih segar dan baru!


Semester kedua, Tahun Pertama



7 Februari 2012, bermulalah semester dua bagi kami di Kuantan, kecuali Medic dan Dentistry.

Teruja untuk mengimbas kenangan semester satu. Banyak perkara yang tidak sempat yang lakukan. Dan banyak komitmen yang kurang penuh saya berikan.
Mula mengatur langkah, "Semester ini mesti lebih baik dari sebelumnya", tekad saya dalam hati, sambil melakarnya dalam planner 2012.


Result Semester Pertama


Alhamdulillah, result kali ni boleh membuatkan ibu ayah tersenyum. Saya juga berpuas hati, walaupun sedikit lari dari target, tapi tidak ada kalimah lain selain kalimah syukur yang boleh saya ungkapkan. Rahmat Allah itu terlalu luas buat hambaNya.

Yang penting, pointer mesti terus meningkat atau maintain. Jadi cara belajar dan kesungguhan belajar perlu meningkat kalau nak maintain pointer. Tapi belajar tak boleh menghalang urusan dakwah dan Islam. ^__^

Suasana Baru

Entah perasaan ini perasaan apa dan bagaimana. Rasa bagaikan suasana yang cukup baru. Padahal tidak ada apa-apa perubahan yang besar dengan tempat ini. Mungkin keadaannya berubah. Mungkin juga selari dengan perubahan umur. Orang kata, bila umur dah tua, cara fikir pun lain, hati pun lebih BESAR, jiwa pun lebih MATANG.

Saya menerima perubahan ini dengan POSITIF. Insya Allah. ^__^

Bumi Kuantan Memberi Inspirasi

Dari Kelantan, 5 jam perjalanan ke Kuantan, laju. Memang drive laju, berhenti sekejap di Muadzam Shah untuk solat dan makan bekal yang dibawa.Bila melihat gahnya universiti saya, semangat untuk 'berjuang' menjulang tinggi, lebih tinggi dari bangunan-bangunan megah yang berceracak di UIA.

Seorang senior berkata,
"Lihatlah UIA itu seperti padang padi. Disitu kita akan bercucuk tanam, dan apabila tiba masanya, kita akan melangkah pergi. Mungkin kita tak sempat menuai hasilnya, tapi kelak, bila hasilnya dituai, usaha kita bercucuk tanam tidak mungkin hilang, meskipun jasad kita sudah ditelan zaman sekalipun. Bercucuk tanamlah, biarpun keringat peluh penatmu membanjiri UIA. Moga dengan peluh penat itu menjadi baja menyuburkan DAKWAH di UIA."

Semangat mesti MAINTAIN

Bila saya kata, "saya bersemangat"

Ada orang kata,
"Semangat skejap la tu, biasalah awal-awal sem."

Erk, saya pun berfikir, saya semangat sebab saya ada matlamat. Bukan semangat sebab belum rasa penat.


Erk, lari lari juga, kena maintain adab sebagai muslimah. ^__^
Kalau kita ada matlamat, penat macamanapun, selagi matlamat belum tercapai, kita takkan putus semangat.

Saya cuma punya doa, mohon agar Allah kekalkan saya dalam keadaan istiqamah di jalan ini. Insya Allah.

Awak doakan saya!

Doakanlah saya. Semoga saya tetap gagah.
Doakanlah sahabat saya juga. Moga kami semua tetap istiqamah.
Doakan semua.

^__^


* Jangan lupa, hari ni 12 Rabiul Awal, kelahiran Khatimul Anbiya', hari yang mulia. Dah banyakkan selawat ke? Atau belum berselawat pun lagi?

Hari-hari biasa pun kita kena selawat banyak-banyak, kelak dapat syafaat. ^___^

Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..moga Allah mudhkan urusanmu..moga dikau sentiasa bersemangat mengejar cinta-Nya.

husnataqwa said...

Insya Allah. Syukran ukhti. =)

Mengejar cinta Allah......

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.