♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, March 14, 2012

Aku dan masa depan. ^_^

Datang seorang hamba ALLAH. Bercerita sakan beberapa musibah yang menimpa akhir-akhir ini.


Kemudian, ditanya,

"Hang ni serius ke nak proceed kos hang sekarang? Buleh ke hang nak kerja lepas ni?"

Soalan-soalan macam ni memang mengundang ceramah panjang. ^_^

Memang, saya sendiri sedar dan tahu, ketidak sesuaian saya berada di bidang ini.


Tapi tidakkah kita tahu ada yang lebih tahu tentang dimana selayaknya kita berada? 

Ya, DIA.
Dari dulu, saya minta nak ke IRK. Saya minat dalam bidang syariah. Tapi ALLAH hantar saya ke DQ. Dulu waktu kat DQ, pernah terfikir nak proceed bidang agama. Alang-alang dah dok bidang Quran.

Tapi selepas istikharah, DIA tetap hantar saya ke Allied Health Sciences. Permohonan ke IRK, direject. Kecewa. Memang kecewa. ^^

Di PJ, rasa jiwa berperang dengan diri sendiri. Aku minat bidang agama. Bila belajar Religion in Islam dan Basic Theme of Quran, saya cukup perform. ^_^ Jika nak dibandingkan dengan subjek Mathematic, Physic mahupun Chemistry, jauh, ibarat langit dan bumi. ^_^

Pernah menyuarakan kepada Ibu Ayah untuk menukar kursus ke bidang agama. Disokong tanpa bantahan. Sekali lagi memohon, juga ditolak. Atas sebab bagi mereka saya tidak ada reason untuk tukar ke IRK. Dengan pointer waktu tu dalam bidang sains, memuaskan. Pelik, orang lain style je tukar kos. 

Kemudian, saya sudah berputus asa untuk mencuba. Allah begitu lapangkan jalan saya di bidang ini. Begitu.



Sehingga hari ini, saya juga pelik, bagaimana boleh survive dalam kos ini. Tapi saya bahagia. Walaupun orang kata kos ni tough, tak sesuai untuk orang 'fragile' macam saya. Tapi sampai waktu ni, perform well lagi. ^_^

Allah menentukan jalan ini sehingga hari ini, maka saya mahu DIA terus menentukannya untuk akan datang. Untuk 'suatu hari' nanti yang diramal manusia, saya serahkan pada DIA. 

 

Kalau kita diberi pilihan untuk menentukan hidup kita sendiri, mugkin kehidupan kita kacau bilau, kerana kita manusia yang tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Tapi DIA yang selayaknya menentukan jalan kita. Kerana DIA maha mengetahui, yang terdahulu mahupun yang akan datang. ^_^



Kenapa kita takut susah?

"Aku takut dah grad nanti aku susah. Aku takut hidup aku menderita."

Kenapa takut susah? Biarlah susah didunia, jangan susah di akhirat.

Selama ni, kita pun pernah susah dalam hidup ini kan? Dan siapa yang bantu kita dalam kesusahan itu? 


DIA kan?


Dan bukankah selepas kesusahan itu adanya kesenangan? ^_^

Usah gusar fikirkan masa depan.


Dulu, saya juga orang yang fikirkan masa depan.
waktu dapat tawaran buat engineering di Japan, saya banyak fikir, sehingga saya terlupa ada kuasa lain yang mengatur segalanya. Saya minat engineering. Tapi.... ^_^ Saya kecewa, bagai orang hilang IMAN. Saya terlepas tarikh temuduga untuk ke Japan. Saya kecewa. Ibarat orang tiada pegangan. Tapi rupanya ALLAH nak hantar saya ke Darul Quran. Kalau saya ke Japan, mungkin saya tidak seperti hari ini. Di Darul Quran, saya bertemu satu cinta sejati, yang mungkin tak akan ada di Japan. ^_^ Lihatlah aturan DIA. Semua pengalaman lama banyak mengajar saya. Hidup ini sudah diaturkan DIA. ^__^

Urusan kerja, urusan rezeki akan datang, mahupun urusan jodoh, kita serah pada DIA. ^_^

Insya ALLAH kita tak kecewa. =.=

Ingat, masa depan tu bukan DUIT.


Yang penting, sekarang, kita melakukan yang terbaek. Kita belajar dengan sehabes baik. 

Belajar dan berjuang sehabes baik. 

Jagalah ALLAH sehabes baik, insya ALLAH masa depan kita juga dijaga DIA.

Jangan risau. DIA ada bersama kita sekiranya kita tidak melupakanNYA. =.=

Lakukan semua pekerjaan hari ini dengan baik. Belajar dan carilah pengalaman sebaek mungkin. Insya ALLAH, DIA tak sia-siakan orang yang berusaha dan bertawakkal kepadaNYA.

Kita tidak pernah tahu masa depan kita. Meramal, itu bukan kerja kita. Tapi berusaha, itu memang tanggungjawab kita. Membuat sesuatu dengan sehabes baik, Ya, itu juga tanggungjawab kita. ^__^

Berhenti persoalkan nasib kita akan datang.

Buat yang terbaek hari ini, the rest, HE will decide. ^_^

Tapi jangan pula menolak PERANCANGAN. 
Boleh merancang. Tak salah. ^_^ Malah, harus merancang. =-=

Tapi merancanglah dengan IMAN. Merancang dan meramal adalah berbeza kan? +__+

Ya, saya juga punya perancangan. Tapi perancangan itu sekadar guidelines diri sendiri. Selebihnya kita serah pada DIA. ^_^

Insya ALLAH tak kecewa.

Ramai orang planning kawin umur 24, tapi kawin umur 26. Ada yang planning kawin umur 25, tapi kawin umur 20.
Ada orang planning nak jadi cikgu, dah masuk maktab perguruan, tapi tak jadi cikgu juga. Ada orang nak jadi doktor, tapi tak dapat sambung medik, at last, dapat juga jadi doktor. Sebab apa? Sebab ALLAh boleh melakukan apa sahaja yang DIA mahu. Jika itu yang DIA mahu beri, tidak ada sesiapa yang dapat menghalang. Dan jika itu yang DIA tidak mahu beri, tidak ada sesiapa yang mampu membantu. Sebagai HAMBA, berusaha. Sehabes baek. ^_^

Hidup ini mengajar aku banyak benda. Mengajar aku redha dan ikhlas. Jua mengajar aku menyerahkan hidup ini untuk DIA. Itulah ISLAM. Itulah hakikat HAMBA kepada yang Esa. ^_^

Ya ALLAH, istiqamahkanlah aku.
Doaku, dimana saja Kau akan meletakkan aku suatu hari nanti, letakkanlah di tempat yang terbaek, jadikanlah aku hamba yang bermanfaat kepada sekalian alam. Dan jadikan hati ini sentiasa menyintaiMu Allah. Kerana tidak ada keindahan yang lebih indah daripada tenggelam dalam cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu. ^_^

Erk, nak doa jugak, kurniakan aku pasangan yang memahami serta mendorong aku lebih dekat kepadaMu. Kurniakan aku pasangan yang hatinya terikat denganMu. Kurniakan aku pasangan yang apa saja yang ada padanya hanyalah mengingatkan aku padaMu. Kurniakan aku pasangan yang membimbing aku bukan ke destinasi lain selain dari Syurga. ^_^

Allahumma Ameeeen....!


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR, rawatlah hati insan yang kian terpesong daripada agama tercinta
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA, maka binalah satu ukhwah yang kukuh antara umat Islam itu
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM, maka pertahankanlah Islam di mata dunia
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS, maka awasilah umat Islam daripada terus mengingkari Tuhan yang Maha Pencipta
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala Allah itu lebih mewah daripada segala-segalanya
Jika kau bakal menjadi seorang GURU, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar menjadi golongan di atas


p/s : Apa yang anda lakukan hari ini adalah penentu anda masa hadapan. Kalau hari ini belajar main-main. Dah masa depan nanti nak harapkan jadi orang berjaya? Ada je kes macam tu. Tapi satu dalam sejuta. ^_^

Lakukan yang terbaek hari ini untuk masa depan yang baek.

Erk, make sure jaga ibadah.. ^_^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

carilah kawan. hidup ini tak boleh sorang-sorang.

Anonymous said...

silalah komplen

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.