Alhamdulillah, ketika menerima jemputan dari Akhi Azri, Bunyamin dan Zulqarnain untuk menghadiri IIUM Berselawat, ustaz ketika itu baru selesai memberi taushiah di Majlis Maulid dan Asma’ul Husna, di Surau Mutiara Damansara pada 15 Feb 2012 yang lepas. Ustaz menyatakan kesanggupan untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini setelah melihat keikhlasan, kesungguhan dan harapan di wajah mereka. Sebelum wada’, ustaz berpesan agar mereka menjaga adab dengan para masyaikh nanti.
Pagi, 17 Mac 2012, ustaz mula bermusafir ke UIA Kuantan ditemani zaujah. Pengalaman pertama memandu sendiri ke Kuantan sedikit merisaukan, tetapi semangat ingin berjumpa dengan ahli talaqi di sana di samping menghadiri Majlis Maulid yang penuh keberkatan, memberi kekuatan. Rehlah sebegini insyaAllah mengikuti jalan para Salafunas Solih dahulu yang berjalan jauh demi agama. Ustaz teringat dengan jilsah bersama Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith yang menceritakan kelebihan Al-Habib Ahmad bin Umar bin Sumaith yang dimuliakan Sayyidul Wujud, Sayyiduna Rasulullah . Pernah seorang soleh penjaga maqam Rasulullah bermimpi melihat Nabi . Ketika menyebut nama para Auliya’ lain, Baginda cukup hanya menyebut nama-nama mereka. Tetapi ketika menyebut nama Al-Habib Ahmad, Baginda menyebut nama, keturunan, pekerjaannya. Begitu sekali Baginda memuliakan Al-Habib Ahmad kerana menyambung tugas risalah Baginda , berdakwah di jalan Allah. Habib Zin juga mengingatkan bahawa berdakwah adalah jalan untuk lebih dekat dengan Rasulullah dan mendapat Ilmu Ladunni…
Setelah hampir 4 jam perjalanan, Alhamdulillah, kami sampai di Gambang. Akhi Azri sudah sedia menyambut kedatangan kami. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, kami melalui kampus UIA Kuantan.
MaasyaAllah, sungguh cantik pemandangan masjid baru UIA waktu malam. Setelah sekitar 10 minit perjalanan, ustaz sebenarnya terkejut dan terharu dengan beberapa perkara:
i- Ustaz tidak pernah terfikir yang Akhi As’ad dan Akhi Zulqarnain akan sediakan tempat penginapan sebegini (Hotel Zenith). Ustaz dan zaujah benar-benar terkejut. Ustaz sebenarnya memadai jika menginap di masjid atau asrama.
ii- Kehadiran ramai akhawat yang menyambut ustaz dan ustazah malam itu, mengejutkan kami. Syukran jazilan pada Ukhti Fatimah, Ukhti Isdiyanti, Ukhti Nadirah, Ukhti Hidayah, Ukhti Nurhidayah, Ukhti Syafikha, Ukhti Badriah, Ukhti Farihin, Ukhti Najibah, Ukhti Iliyana, Ukhti Zanariah dan yang lain (mohon maaf jika nama tidak disebut, tidak ingat…), atas istiqbal dan khidmat entunna. Ustazah sangat terharu dengan khidmat entunna.
iii- Hadiah minyak wangi Aod dan Al-Quran dari entum sangat dihargai.
iv- Ustaz dan zaujah benar-benar rasa dihormati dengan khidmat yang diberikan oleh ikhwah dan akhawat malam itu. Semoga Allah merahmati entum semua. Dalam pada itu, ustaz berasa gembira dengan adab dan khidmat yang entum tunjukkan. Semoga begitu juga kepada para masyaikh yang lain.
Keesokan harinya, ustaz pertama kali menjejaki kaki di kampus UIA Kuantan. Alhamdulillah kerana tempat pertama yang ustaz masuk di kampus ini adalah masjid. Kesempatan berjumpa dan bersua dengan Habib Aqil, Habib Shahrin, Guru Mulia, Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal, beberapa Haba’ib dan Asatizah, sangat mengembirakan. Semoga pertemuan ini, dirahmati Allah. Melihat wajah orang-orang soleh, menyembuhkan hati. Kesempatan berjumpa dengan ahli-ahli talaqi di UIA PJ dahulu, mengubat sedikit rindu di hati; bertemu kembali dengan Akhi Syed Sufi, Akhi As’ad, Akhi Shahid, Akhi Syed al-Qadri dan lain-lain. Walaupun hanya melihat ahli-ahli talaqi muslimat dari jauh, sekurang-kurangnya ia mengingatkan kembali kenangan bersama mereka di majlis talaqi di PJ dahulu. Semoga entum istiqamah.
Ustaz punyai hasrat bertemu dengan ahli-ahli talaqi peringkat awal dulu di UIA PJ, tetapi belum ditaqdirkan. Mereka adalah kumpulan pertama yang memulakan pengajian talaqi bersanad bersama ustaz sebelum diteruskan oleh generasi ke 4 atau ke 5 sekarang ini. Semoga Allah merahmati entum dan dikurniakan istiqamah. Sungguh, tidak mudah untuk istiqamah…
Ustaz terpaksa balik semula ke KL kerana ada program lain pada sebelah malam walaupun hati ingin bersama para Haba’ib dan masyaikh pada sebelah malamnya. Wada’ petang itu sangat memberi bekas dalam hati ustaz. Adab dan khidmat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli talaqi sangat tinggi dan menyenangkan hati. Secara khusus ustaz ucapkan jazakumullahu khairal jaza’ kepada Akhi Azri, Akhi Zulqarnain dan Akhi As’ad yang secara khusus berkhidmat kepada ustaz. Kepada ikhwah akhawat yang telah berkhidmat kepada ustaz dan zaujah, sesungguhnya entum dekat di hati kami. Segala jasa baik entum semoga dibalas Allah dengan ganjaran yang sempurna.
Semoga bumi UIA Kuantan bertambah berkat dengan adanya majlis-majlis talaqi yang dipimpin oleh Guru Mulia, Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal, Habib Aqil, Al-Fadhil Ustaz Uwais al-Qarni dan masyaikh yang lain. Nafa’anallahu bi him wa bi ulumihim fiddarain, Amin….
Kepada ikhwah dan akhawat talaqi semua, jagalah adab dengan ilmu dan masyaikh kerana padanya ada keberkatan dan ia jalan meraih madad dan nazhrah masyaikh.
Demikian sedikit catatan rehlah dari bumi talaqi ke bumi talaqi…
Wassalam.
Al-Faqir, Ustaz Muhadir, Rabu, 7.15 petang, 21/3/2012
XXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Sampai saja ke Terminal Makmur daripada JB, saya terus mengambil teksi, tak kisah dah bayar mahal, tak nak menunggu lama. Saya mengejar majlis IIUM Berselawat. Dengan harapan sempat berjumpa Al Fadhil Ustaz Muhadir.
Tapi saya sedikit malang. Sampai di Mahallah, azan Maghrib berkumandang. Cepat-cepat ambil kunci kereta dan ke masjid. Tanya pada komiti,
"Ustaz Muhadir ada lagi?" dengan penuh harap.
Komiti tu nak jawab pun cuak. Ehhe. Jadi komiti tu geleng kepala je.
Saya kecewa. Jelas kekecewaan tu, sampai komiti tu cakap,
"Tak pe kak Husna, nanti kak Husna jumpa Ustaz kat PJ."
Dalam hati cakap, trauma ke PJ pun tak habis lagi. Ehhe. ^__^
Selepas solat Maghrib, saya sempai mengirimkan satu SMS kepada Ustaz. Menzahirkan rasa kecewa tidak dapat bertemu. Dan Ustaz membalas dengan doa yang cukup istimewa. Puas hati. ^_^
Alhamdulillah, sempat dengar maulid dan qasidah. Paling terkejut, alunan Ya Rabama.
Melayang-layang ingatan ke PJ. Teringat zaman shortsem di PJ. Zaman bilik dipenuhi kitab talaqi dan buku haraki. Allahu ALLAH..
Saat ni jugak lah 'hujan lebat', rindu pada zaman sufi di PJ. ^_^
Kemudian, dialunkan pulak Qasidah Ya Thoibah. Waktu ni memang hujan bukan setakat lebat malah ribut petir taufan sekali lah! ;p
Mendengar tausiah Habib Ali, permulaannya saja sudah mampu menyentuh hati. Sudah mampu membuat hati ini segar bugar. Bukankah hati itu hidup dengan tangisan penyesalan? Hidup dengan tangisan dosa dan taubat? ^_^
Sungguh, indah sekali IIUM Kuantan berselawat.
Saya yang menghadiri sedikit dari program pun sudah mampu melangkah keluar dengan azam baru dari masjid. ^_^
Cintanya aku untuk bersama orang soleh. Harap-harap dapat suami soleh yang suka majlis talaqi. Yang mencintai Allah dan Rasulullah. ^_^
Terima kasih kepada komiti IIUMK Berselawat. Semoga ALLAH melimpahkan entum semua dengan ganjaran yang baek di SANA kelak.
Dan buat nama-nama yang disebut Ustaz dalam emel tu, bertuahlah entum. ^_^
1 comment:
ust rindu sangat dah nak kak hsna datang pj. ritu bukan main lagi ust tersebut2 nama akak. saya jadi mangsa. tu tanda mmg kira tahap wajib dah tu datang pj. ritu gak ust de sebut, akak kata nak datang tapi tak jadi. huhu. akak datang pj jumpe la kita gak. tak aci jumpe anak usrah akak je. pastu jumpe adik medcy akak je.. kita nak gak tausiah. hehe
Post a Comment