Bila kita tolong/bantu orang, dan orang tak ucap TERIMA KASIH, kita rasa orang tu BIADAP dan TIADA AKHLAK.
Terima kasih satu perkataan mudah yang orang selalu 'lupa' atau segan nak cakap.
Pernah saya bersama seorang kawan sedang makan di sebuah kedai makan. Menyantap hidangaan tomyam dan telur dadar.
Tiba-tiba air sirap di sebelahnya tumpah. Terkena beg sahabat saya.
Pekerja kedai tersebut, bergegas datang. Melakukan operasi menyelamatkan beg tersebut. Selesai urusan menyelamatkan dan beg sahabat saya pun terselamat.
Kata saya pada beliau,
"Say thanks la kat pak cik tu."
Jawabnya,
"Jatuh standard boh. Dah tu kerja dia."
XXX
Masalah itu kerja dia ke tidak, bukan persoalannya disini. Persoalannya, siapa kita?
Bukankah kita mengaku orang yang berakhlak?
Kan comel kalau kita boleh berakhlak seperti Rasulillah?
^_^
Biadap orang yang tidak pandai mengucapkan terima kasih.
Testimoni saya sendiri, setiap kali kita ucapkan terima kasih pada orang lain, wajahnya gembira sangat. Bila dia gembira, ALLAH pun hantar kegembiraan buat kita. Erk, sebab tu saya sokmo riang. ;) Ehhe.
Bukan tu main point nya, main point disini, ucaplah terima kasih walaupun pada orang yang memang buat kerja dia.
COntoh pada Mak Cik cleaner.
Bangun pagi-pagi selipar depan bilik dan tersusun kemas. Lantai bersih. Toilet bersih dan wangi.
Keluar dari toilet, ternampak makcik cleaner tengah kutip sampah, apakata lalu depan dia, tengok wajah dia, dan senyum, lepas tu cakap, "terima kasih makcik."
Mesti dia gembira dan bersemangat nak buat kerja. ;)
Dia tahu, rupanya ada orang gembira dan menghargai apa yang dia buat.
COmel kan? ;)
Cuba amalkan kalau tak percaya.
Kat makcik cleaner. Pakcik tukang kebun. Pak Guard.
Kadang-kadang kita tak sedar pentingnya mereka pada kita. ;)
Depan lecturer, kita tunduk. Hormat. Sebab kita tahu, bermaknanya lecturer buat kita.
Sepatutnya depan makcik cleaner, pak cik guard, pun sama juga. Kita hormat mereka. Kalau pak cik guard takde, apa yang berlaku pada kita?
Pentingnya sebenarnya mereka ni.
So, lepas ni, rendah diri dan hormatilah orang lain. Semua orang. Tak kira pangkat. Tak kira pekerjaan. Tak kira umur. HORMAT. ;)
Memang ALLAH muliakan orang yang berilmu. Tapi alangkah lebih mulia, orang berilmu yang mengamalkan ilmunya? ;)
Dalam hati ada cinta? Jom sebarkan cinta pada yang selayaknya. Sebarkan kasih sayang. ;)
teringin juga nak memiliki buku ini. Tapi setakat ni tak terasa ia satu kepentingan lagi. ;) Dalam cuti panjang atau waktu tengah posting nanti, mungkin boleh dipertimbangkan untuk beli. Setakat ni sibuk mengkhatamkan buku wajib baca. ;) Tapi kalau dapat hadiah buku ni ok what. ^_^ |
1 comment:
Allah..tersentuhnya..
terima kasih atas perkongsian yg menarik..^_^
Post a Comment