Tapi mutakhir ini, persepsi saya mula berubah. Kasih ayah juga tiada tandingannya. Ramai ayah yang menemani anaknya menjalani rawatan. Yang memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. Yang mendengar rintih sayu anaknya yang kesakitan.
Jarang benar, tapi ADA.
abang long dengan anak perempuannya. |
Saya kagum dengan seorang ayah yang sanggup ambil cuti untuk temankan anak ke hospital. Sebab sebelum ni, fenomena yang selaluuu saya saksikan adalah berbeza.
abang ki dengan anak lelakinya. |
Saya juga selalu ke hospital ditemani Ibu, waktu kecil-kecil. Saya lebih selesa ke hospital dengan Ibu. Ayah tidaklah membuatkan saya tidak selesa. Tapi diakuilah bahawa kasih Ibu ini berbeza dengan kasih Ayah. Cara seorang Ibu menunjukkan kasih sayang berbeza dengan seorang Ayah. Sejak dah boleh drive ni, saya sudah menolak setiap kali Ibu mahu temankan. Tak sanggup tengok Ibu menunggu lama-lama. Kalau kita yang muda ni, tak pe, beli buku, baca sambil menunggu, tak pun pergi usya doktor bujang. Ahha. *desperate sangat bunyinya*
kakak dan abang ayub : parents to be. |
Saban hari di Hospital Bentong, saya tengok ayah-ayah ni begitu penyayang. Lihat sajalah pada matanya. Caranya melayan anak, caranya memandang anaknya.
Begitulah sepatutnya seorang Ayah. Tugas mendidik dan menjaga anak tidak boleh diserahkan pada seorang Ibu semata-mata. Sebaliknya Ayah adalah ketua keluarga, yang perlu ambil tahu semuaaa perkara.
Begitulah sepatutnya seorang Ayah. Bertanggungjawab. Bukan bersama anak pada hari kecemerlangannya di sekolah, tapi bersama juga dengan anak menunggu di hospital dan menjalani rawatan.
Begitulah seorang Ayah. Prihatinnya pada keluarga begitu tinggi. Mahu anaknya rasa selamat, rasa bahagia.
Wahai lelaki,
contohilah Rasulillah SAW.
Baiknya Baginda kepada wanita,
kasihnya Baginda kepada keluarga.
Wahai lelaki,
contohilah Rasulillah SAW.
Bertanggungjawab dan prihatin.
Wahai lelaki,
jadilah seorang Ayah yang baik.
Yang bukan cuma mencari rezeki.
Tapi hatinya penuh kasih sayang.
Jiwanya penuh rasa cinta.
Wahai lelaki,
percayalah,
kalian diciptakan untuk melindungi.
Kalian diciptakan untuk menjadi ketua.
Kalian hebat untuk menjadi hebat.
Jun adalah bulan hari bapa.
21 Jun 2012 juga merupakan ulangtahun kelahiran Ayahanda saya, Kamarudin Ab Rahman.
Ibu Ayah dan Nuha di JB. ^__^ |
Sekarang Ayahanda sudah tidak sihat. Darah tingginya semakin lama semakin memberat. Tapi degil taknak ke hospital. Tak sangka, Ayah takut hospital, dulu Ayah selalu paksa kakak ke hospital. Haha. ;p
Walaupun saya dan ayah tak begitu rapat jika nak dibandingkan dengan Ibu. Tapi saya dapat rasa kasih sayang Ayah.
Teringat sewaktu mulamula Ayah hantar saya ke UIAM Kuantan. Melihat kejauhan asrama saya dan kampus, Ayah begitu risau. Hari pendaftaran di UIA Kuantan, kami lunch di Saji Rahmat. Punyalah Ayah bincang dengan abang nak belikan saya kereta. Tapi syaratnya tak boleh kawin masa belajar. *saja je kan*
our happy family ^__^ |
Hampir dua bulan saya di UIAM Kuantan, belum dengar apa-apa berita Ayahanda mahu beri kereta.
Selepas Midsem, Ayah menelefon, katanya nak datang Kuantan, hantar kereta Abang untuk saya pakai. Sementara katanya. Bukan main terkejut saya. ^__^
Bila saya tanya, "Why after 2 months ayah?"
Ayah kata, "Sebab nak ajar kakak berdikari dulu. Ajar naik bas dulu, ajar jalan kaki dulu. Tak boleh manja-manja sangat. Lepas ni Ayah Ibu akan mati. Kakak kena belajar hidup sendiri. Kalau manja-manja sangat, kasihan suami kakak nanti. Kakak kena belajar hidup susah. Sekarang kakak banyak belajar kan?"
Terharu, serious terharu.
Mereka banyak mengajar saja menjadi berdikari. Tough dan tabah. ;)
Mereka selalu beri saya peluang dan kepercayaan.
Itulah istimewanya Ayah dan keluarga saya. ;)
Selamat hari bapa buat semua bapa dan bakal bapa di dunia
^__^
No comments:
Post a Comment