♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, June 23, 2012

Result : Allah beri sesuai usaha kita.






Dah basi dah soal result ni. Orang yang dapat result cantik dah habis dah senyumnya yang sampai telinga. Orang yang result tak berapa comel, tak habis dah air matanya. ;)

YEAR 1, done.


Tapi saya, baru saja tengok, sambil borak dengan kakak. Pada awalnya nak suruh Ibu yang tolong tengokkan. Tapi takut Ibu terkejut pula kalau result tu PELIK. Ubah fikiran nak suruh kakak tolong tengokkan. Tapi dia malas nak tengok. Dia beri motivasi supaya tengok sendiri.


Kata kakak,
"Allah beri sesuai dengan usaha kita. Dekna kan usaha kuat dah. Sanggup tak balik kampung dan cover study. Insya Allah, kakak yakin result dekna OK. Kalau tak OK pun takpe. Semua orang faham dekna sakit waktu nak exam tu..."

Berbekalkan sedikit motivasi, akhirnya saya buka juga laman web myIIUM. Sekelip mata saja, result terpampang depan mata. Terkaku juga. Benda pertama yang dicari, adalah C. Ada tak subjek yang dapat C. Kalau ada subjek yang dapat C, nak lepas 3.0 tu penat sikitlah.
Alhamdulillah, dicari-cari C, tapi tak ada. Syukur sangat. Waktu tu jugak jerit pada kakak. "Tak ada C!"

Kemudian kami sama-sama kata, ALHAMDULILLAH.
Result yang takda C pun dah cukup istimewa untuk saya. ;)

Tak perlulah nak kira bilangan A yang memang 'banyak' sangat. ;)

Kakak kata, "Next time try to improve, jangan ada B pulak."

Aduh, nak tergelak pula cabaran tu. Tapi tak mustahil kan kalau betul-betul usaha dan dengan izinNYA. ;)

babai Year 1.


My mum tak tahu lagi. Berita gembira ni adalah satu manifestasi samada saya boleh teruskan 'hajat' saya atau tidak. Beberapa kali saya minta pendapat Ibu berkenaan 'hajat' saya. Jawapan Ibu, "Kita tengok result exam kakak sem ni."

Saya yakin, bukan Ibu pentingkan duniawi. Cuma result ini adalah manifestasi samada saya dapat menyeimbangkan antara belajar dan perjuangan dan juga bakal 'hajat' saya kelak. Insya Allah. Kalau Ibu izinkan, dan Allah mudahkan. ;)

Walaubagaimanapun, ia bukan satu green zone yang membolehkan saya goyang kaki. Apa yang pasti, next sem, saya kena usaha kuat lagi.

Abang selalu juga kata,
"Jangan letak diri di zon selesa, kelak kita sengsara."

nak grad dengan cemerlang, one day.
Insya Allah.
^__^


Biar kita set target lebih tinggi dari pencapaian kita. Kalau target kita 3.0 je, memang kita akan goyang kaki, senang sangat nak dapat 3.0 tu. Kesenangan biasanya memberi kesakitan. Ahhaha. ;)

Usaha kuat. Yang pasti, saya kena muhasabah. Cara belajar saya macamana, apa yang kena improve, apa yang tak boleh buat, apa yang kena tinggal, apa yang kena buat lepas ni untuk be better than now. Alhamdulillah.

Muhasabah ni bukan berlaku bila sesuatu yang buruk saja menimpa kita. Malah, muhasabah ini perlu berterusan. Setiap hari kita kena muhasabah. Kadang-kadang, ada benda yang kita sebenarnya boleh improve. ;)

Waktu muhasabah ni yang kita dapat tengok, kat mana lebihnya kita, kat mana kurangnya kita. ;)

Allah beri sesuai hasil usaha kita. Saya cuba berusaha semaksimanya. Alhamdulillah. Resultnya benar benar sesuai dengan usaha kita. ;)



Walaupun 2weeks before exam saya terlantar di hospital. Lepas tu paksa doktor discharge kan dari wad sebab nak ke hospital swasta. Di hospital swasta pula pujuk doktor supaya jangan warded kan saya. Akhirnya berada di asrama dengan ubat tahan sakit dan sepapan ubat antibiotik. Tersenyum pula bila ingat waktu tu. Terpaksa tidur awal. Jaga makan. Semuanya perlukan mujahadah. Dan yakin bahawa Allah yang memberi sihat, dan Allah juga yang memberi sakit.


discharge. ^__^

erk, bukan saya yang habiskan ni. hehe






Sepanjang study week, saya amalkan membuat air Yasin. Sebagai ubat untuk penyakit. Alhamdulillah, tak bergantung sangat pada ubat-ubat yang doktor berikan. Setiap kali lepas Maghrib setiap hari, saya bacakan Yasin pada sebotol air. Dan sepanjang belajar, setiap kali rasa sakit dan tak larat, air itulah saya minum dengan doa syifa'.
jumpa doktor pakar di KMC
^__^
Seriously puas hati.


Yakinlah, Allah, ditangannya ada KUASA. DIA berhak atas segalanya. Ibu saya kata, "Kita minta dengan Allah bagi kakak sihat. Bagi kakak sembuh, tak payah operate. Kasihan kakak, asyik operate saja. Orangnya muda lagi. Orangnya kuat lagi. Insya Allah, Ibu pun selalu solat hajat untuk kakak. Tapi kakak sendiri yang kena banyak usaha dan banyak minta dengan Allah."

Dan ternyata, sampai hari ini, kesihatan saya sungguh membaik. Sesekali terasa juga sakit menyerang, tapi "Ya Qawiyyu Ya Matiin" itulah ubatnya beserta selawat syifa'.

Alhamdulillah, mata pun makin OK. Dah boleh drive malam, kalau dulu pernah penglihatan kabur secara tiba-tiba. Sekarang, lebih baik. Syukur sangat pada Allah.

Saya percaya, bukan saya seorang saja yang bergembira dengan result kali ini. Ramai orang turut sama meraikan kegembiraan itu.

Man Jadda Wa Jada.

Teringat pepatah Arab. Termotivasi dengan pepatah ini.

Waman zara'a, hasoda. ;)

Ya Allah, terima kasih atas apa yang kau berikan untukku. Kegembiraan ini adalah sebahagian dari nikmatMu yang tidak aku dustakan.

Ya Allah, result ini aku hadiahkan buat kedua ibu ayahku. Dan juga adik beradikku. Yang sentiasa menyokong aku, siang dan malam, susah dan senangku. Aku hadiahkan buat mereka, supaya mereka gembira dengan hasilnya. Nikmat ini kami kongsi bersama. Insya Allah. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

hajat ape???
nak kawin la tu

husnataqwa said...

pehh. kawin sokmo..

Fakrul Airul said...

Alhamdulilah, semoga terus berjaya dan tabah :)

Anonymous said...

kawin lettew~
jangan lupe jemput taw

husnataqwa said...

Fakhrullah embong : Terima kasih! ;)

Anonymous : Macam tadak benda lain..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.