♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 05, 2012

Bersama Ust Azhar @ Qaryah Ramadhan


3 Ogos 2012.

Sewaktu di HRPZ II, ternampak sekeping banner Program Ihya' Ramadhan bersama Ustaz Azhar Idrus di Qaryah Ramadhan. 


Dalam hati, cakap, "Ya Allah, nak pergi...!"

Dan Alhamdulillah, Allah memilih juga akhirnya untuk ke Qaryah Ramadhan. Dah lama niat nak pergi, tapi faktor jarak tu jadi sedikit ujian. 30 mimit perjalanan untuk ke sana. Tak jauh sangat pun, tapi malam-malam. Perempuan pulak. Kena berjaga-jaga. =) Waktu kena takde lelaki macam ni lah, Ibu mula nak cari menantu lelaki lagi sorang. Ceyt.

Pagi Jumaat tersebut meluangkan masa bersama para siswazah Kelantan di Syabab Point. Kattang molek sep siswazah. Gembira tengok ramai muka yang dikenali kat Syabab Point. Alhamdulillah. Ramai jumpa kawan-kawan sekolah lama. Suka. =)

Program tamat di Syabab Point pukul 1 petang. Bersidang meeting dengan Geng Konvoi sekejap dan terus balik Pasir Mas. 

Selepas Asar, bertolak ke Kota Bharu semula. Agak lambat sebenarnya. Program ust Azhar start pukul 5.30 petang. Saya dan Ibu, pukul 5 petang pun masih kat rumah. Padahal dah agak kesesakan lalu lintas yang bakal berlaku.

Seperti yang disangka-sangkakan, memang susah nak cari parking kereta. Nasib baik bawa kancil, senang sikit nak parking. Menyelit je. Itulah kelebihan kancil yang kecik. =)
Jalan sesak tu dah normal dah. Parking susah nak dapat pun normal. Terpaksa parking jauh sikit. Kasihan Ibu terpaksa jalan jauh. Kita yang muda ni tak mengapalah, dah biasa jalan dari Tabari - IMC, 30 minit tak henti zaman muda-muda. Setakat nak jalan sikit tu, takde masalah. 

mana nak cari macam ni bro?
Sampai saja kat tempat ceramah, nak pengsan pulak tengok orang ramai sangat. Confirm dah tak boleh masuk khemah, kena duk kat luar. Mula-mula OK lagi bersila atas rumput. Dengar dari jauh je, nak dok dekat memang tak dapat. Masya Allah, ramainya orang. Ramai sangat. Anak muda. Kanak-kanak. Bukan orang tua je. Subhanallah. Satu fenomena yang memang hebat dan insya Allah barakah. Majlis ilmu, bro. Majlis ilmu.... taman syurga tu.. =)


Sukeee sangat tengok fenomena ni. Macam gembiranya hati waktu tengok ramai sangat orang datang talaqi ustaz Muhadir. Waktu zaman muda-muda jadi pengurus talaqi di Petaling Jaya. Samalah perasaannya, sangat gembira. Bila ramai pelajar datang ke Annex, sampai tikar tak cukup, depa duduk atas selipar. Sampai ke luar Annex, tak dapat tengok muka Ust Muhadir pun, dengar suara pun jadilah. Sama keadaannya. 

Ya Allah, semua orang sudah mencintai majlis Ilmu. Ini satu petanda yang begitu baek. Alhamdulillah. =)

Sedang asyik mendengar pengisian Ustaz Azhar, hujan mula turun. Langit sudah mendung sejak dari rumah lagi sebenarnya, dan dah bawak payung pun dalam kancil, tapi tak bawak keluar. Nak ambil payung dalam kereta, punya lah jauh nak jalan. Terpaksalah berhujan. Lepas carikan tempat teduh untuk Ibu, saya berdiri di tepi khemah. Memang basah kuyup lah. Hujan pula lebat dan semakin lebat. Tapi yang lagi kattangnya, bukan saya sorang yang bermandi hujan kat situ. Ramai kot. Takde orang lagi pun dari kuliah tu. Semua berdiri dengan teguh. Walaupun kena tempias hujan.

Hebat- Sungguh hebat.  Masya Allah.

suasana solat di Qaryah Ramadhan

Lepas ceramah habis, dapat pengumuman makanan mungkin tak cukup. Ibu ajak beli makanan saja di luar. Akhirnya kami berbuka puasa di kedai makan. Tak dapat merasa makanan free. =)

Selepas berbuka, terus masuk khemah awal-awal, booking tempat, solat maghrib dan tunggu Isyak juga solat terawih. Baru puas hati dapat masuk khemah. Walaupun air-cond nya sungguh selesa, tapi keadaan yang basah kuyup menyebabkan terketar-ketar dalam khemah tu. =)


Banyak sangat program best-best kat Qaryah Ramadhan. Tapi tak dapat nak join semua. Faktor jarak bukan faktor besar, ada lagi faktor lain yang jadi penyumbang. Semoga Allah mudahkan, insya Allah.

Hebat sungguh negeri dibawah pimpinan Tuan Guru. Subhanallah. Sewaktu solat terawih di Qaryah Ramadhan, rasa macam kat Mekah pun ada. Walaupun belum pernah sampai pun lagi kat Mekah, insya Allah suatu hari nanti, insya Allah. Insya Allah.

Seronok kalau selalu boleh join program macam ni. Selalu dengar kuliah Ust Azhar ikut CD je, kali ni dengar LIVE.

Ada satu lagi program best di Qaryah Ramadhan. Iaitu bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Masya Allah. Kalau dimudahkan, insya Allah nak attend, insya Allah.

p/s : Tak sabar nak tunggu abang kakak balik kampung. Dah bosan sangat-sangat dah jadi anak tunggal. Nasib baik ada geng konvoi yang kattang. Rasa macam dua hari sekali jumpa geng konvoi. Kuat sangat meeting bersama ni. =) Alhamdulillah, they make my holiday. Mabruk!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

di FB, di Blog, nampak enti gembira je. Alhamdulillah.

athirahariffin said...

a very detail explanation. yang g pun tetiba excited je baca hehe

husnataqwa said...

catatan untuk anak cucu. as what u said. =)

husnataqwa said...

anonymous - gembira? Hemm. Alhamdulillah.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.