♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, September 12, 2012

Year 2 : The journey begin.

Alhamdulillah.

Minggu pertama memulakan kuliah sangat comel, walaupun sedikit kelam kabut.
Ahad sebelum buka sem merupakan hari yang cukup tough dan memenatkan. Balik ke mahallah, sudah mencecah tengah malam. Mendapat nota dari seorang sahabat,
"Kau kena present esok. Tajuk thorax. Dengan radiologist. At 2pm."

Masya ALLAH. Waktu tu memang rasa nak menangis. Dengan subjek baru. Tajuk yang belum buat revision langsung. Dengan suasana baru. First time nak present depan radiologist.
Terus teringat kat Ibu di rumah. Nak call pun, dah tengah malam. Lagipula Ibu baru pulang dari Indonesia. Akhirnya mengambil keputusan call Abang. Dengar suara dia pun dah sebak dah. haha. Tak cool langsung.
Akhir kata dari abang,
"Prove them, you can do that la. Before this, you can do everything very well. And tomorrow i bet you can make it well. Chill je."

So i just look ahead. By hook or by crook, i will make it tomorrow. Make it with love. 

Terus bersemangat. Buka laptop. Buka buku. Nak buat slide. Tiba-tiba broadband hilang. Mana nak dapat connection. Terpaksa pinjam broadband orang. Kalut tak kalut, baru 10 minit online, dah rebah tersungkur. Entah macamana boleh hanyut ke alam fantasi pun, tak tahu. Sedar semula, empat pagi.

Bertungkus lumus menyiapkan slide presentation. Sebab 8 pagi kena tunjuk pada lecturer dulu. Alhamdulillah, by 7 am, the slide dah ready. Nasib baik dah teror bab buat slide. Alhamdulillah.

Selepas jumpa lecturer, Madam Narina told me to add some other info to the slide. Saya bergegas ke library untuk update slide dan baca (ready) untuk presentation.

Tiba waktu presentation, macam nak mati bila buka slide, semua perubahan dan penambahan yang dibuat hampir 3 jam di library hilang dan tidak dapat dikesan. Slide dah kembali macam slide asal yang tunjuk pada lecturer. Subhanallah. Waktu tengok tu, radiologist pun menapak masuk ke kelas. Perasaan;tak tahu nak cakap macamana. ^__^

Terus kena present. Dan i am the first presenter.

Banyak soalan dari radiologist, nasib baek dulu waktu belajar anatomy, belajar dengan rajin sikit. Sekurangnya takde ternganga sangat dapat soalan dari radiologist. Almost all question dapat jawab dengan baik. But still, ada soalan tak boleh jawab. ^_^ My bad.

Last, comment dari radiologist,

"A good presentation. Short but sweet."

Waktu tu rasa macam nak terbang ke alam kayangan. Berlari-lari di awan. Pergh*

Mana tidaknya, its all about 25% for final exam OK!

Alfu syukr. Terus pergi masjid, nak sujud syukur dan solat Asar. ^__^

What a nice first day of semester. I called mum, and told her all the story, with tears. Then she replied, "see, how much Allah love you. He always beside you. Be grateful."

After Asar, i got a meeting at 5 pm until 7 pm. Pergh. Memang rasa terawang-awangan di tempat meeting. Tapi bila kena belasah, tetap terasa sampai ke tulang sum-sum. ^_^


Lepas meeting, rushing ke HTAA. Melaksanakan tanggungjawab seorang muslim ke atas muslim yang lain. Menziarahi seorang sahabat yang dimasukkan ke wad akibat cornea abrasion. Rasa macam tak kena kalau tak melawat. Walaupun waktu tu seriously tired.

Setiapkali dapat berita orang sakit, terus teringat pesan arwah nenek,
"Kalau ada orang sakit, biasakan diri untuk terus menziarah. Besar pahalanya. Mesti pergi. Cari masa untuk pergi."

Dan alhamdulillah, walaupun dah lambat, Allah mudahkan urusan kami. Dapat bertemu dan berbual mesra dengan Hidayah Ramli di wad 4B. Maghrib di surau hospital. Terimbau pulak kenangan di wad semester lepas. Hanya orang yang merasai pengalaman terlantar di wad yang tahu, bagaimana fragile nya. ^_^

Selepas habis waktu melawat, rushing semula ke UIA, ada temujanji dengan junior Radiography. Rushing-rushing pun sempat juga menjamu selera di andaman tomyam bersama Izzati Johari. Terpaksa, dari pagi kot tak makan. ^_^

Balik ke bilik, sesi muhasabah.
Permulaan yang cukup baik.
Dalam hati, berdoa, "Ya Allah, berikanlah aku kemampuan untuk terus melaksanakan yang terbaek sepanjang semester ini dan semester-semester akan datang."

Semoga ALLAH bersama dengan kita dalam setiap langkah kaki kita.

Seronok juga jadi senior. Rasa makin tercabar nak perform dengan baik. Nak jadi contoh teladan untuk adik-adik. *Sounds creepy

Tak sabar nak tunggu barang dari Indonesia yang Ibu pos sampai. ^_^
Dan tak sabar juga nak cari masa yang comel untuk ke TC bersama Geng Konvoi. Dah berhutang dengan dua orang nak belanja KFC. Athirah Ariffin, jangan risau, saya tak mungkir janji. Terima kasih sebab dah tolong selesaikan kerja saya. Anda sangat awesome! Bertuah mempunyai anda sebagai sahabat. Allahu yubarik alaih, Ukhti. =)


Seronok kalau ALLAH beri kita rasa tenang dan damai. Walau susah macamana pun hidup ni, tapi kalau Allah tetap hadirkan rasa tenang dan damai, everything rasa best dan comel.

Seronok ALLAH beri kita rasa gembira. Walau banyak perkara yang menyedihkan berlaku, still rasa gembira dengan lebih banyak nikmat yang ALLAH beri.

Seronok ALLAH hantar orang-orang baik untuk berada dekat dengan kita. Allah hantar orang-orang yang mencintai ALQURAN, hampir dengan kita. Orang-orang yang mencintai MASJID, disisi kita. Bertuah dan seronok dapat didampingi musleh dan muslehah sekalian. Semoga rasa seronok ini tidak ada pengakhirannya. Insya ALLAH.

Till meet again,
HUSNATAQWA.
^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

kelasmet said...

presentation sangat hebat kot. no matter what,husna memang cemerlang. tahniah tahniah!

Anonymous said...

Hidup Kak Husna!
Boleh jadi calon SRC ni~

athirahariffin said...

teringat jumpa kak husna malam before presentation n u look so nervous for the next day, but seriously, i know u can do it well. kak husna, tahu tahu je la bila ok depan kattang molek kecek hehe. bagi je la isu gape pun, dia goreng dengan rangup sekali. best ah jadi sep kattang ni. alhamdulillah, Allah ease you :)

erk, can i know the other person yg kak husna janji nak blanja.. haha (saje buat2x x tahu)

Anonymous said...

Puan penulis doing well tak. Lamanyeeee tak hapdet belok. Rindu nak bace... Huhu

husnataqwa said...

Kelasmet ~ alhmdlh,bantuan kalian jugaaa...

Anonymous ~ family dok bg join src.. Hehe. Anak yg taat,patuh kpd permintaan ibu ayah abg dan kkak.. ^___^

Athirah~ nervous dan stress... Erk,knp bila sy stress,ia dpt dikesan dgn mudahnye. Huhu... Sedakk la ggoreng,hangit doh... The other person,ehem ehem....


Anonymous ~ baru ada internet slps mengepau abang di jb, hehe

kazen kakdi said...

adik kesayangan lg dimanja mugo tu gak. Untunglah dia. Abe awk sokmo concern ko awk. Ari tu kakdi call tanyo nk buat family day bilo,dio jwb,nt nk tanyo dekna cuti bilo. Dapat galaxy tab plak tu huhu

husnataqwa said...

Galaxy tab pinjam jah tu kakdi....
Hehe
Alhamdulillah,abe sayang blako tu sbenarnyo. Hehe

kazen kakdi said...

pinje la mugo abe kato dekna nok hok 7.7 inch.. Abe nok beli jgk ko dekna. Uwaaaa,sedaknyo dio.. Kakdi tak merasa la gitu,doh anok sulung. Tengok awk sedak jah. Huhu

kak ju said...

Isteri dia pun tak dapat lagi tab,, hihi

husnataqwa said...

yo ko abe oyak gitu? Sobsss bersalah la plak dengan abe.. Huhu. Kakdi takpe,pahni kawen dapat la merasa kan kan. Abe hadi kei sayang kakdi~ hehe

Kakju,abe promise nk beli s3 kei.. Ado la tu. Jgn jeles dgn dekna. Haha.

kazen kakdi said...

kawin..... Doa ko kakdi deh. Sedak la jadi adik bongsu yg manjo,sume nok dapat..... Kan kakju?

husnataqwa said...
This comment has been removed by the author.
Ahli Kompi said...

salam kenal

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.