♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 02, 2012

masjid afzan: menggamit memori

Masjid Afzan : 03102012. Rabu. 7malam.
Mum @ Indonesia
Senja itu,
Aku menuju ke masjid afzan.
Meluangkan masa khusus dengan Tuhan.
Masjid ini memahat memori syahdu dengan orang tuaku.
Sewaktu ayah dan ibu datang ke kuantan untuk menyerahkan kunci kancil buatku,
Kami berdialog di masjid afzan.

Kata ayah,
"Anak yang laen, tak pernah ayah manjakan sampai begini. Semua ayah bagi motosikal saja. Kakak, ayah bagi kereta untuk kakak sebab ayah bukan nak ajar kakak hidup mewah, cuma ayah tak mahu kakak susah. Ayah bagi kakak kereta, untuk kakak belajar. Ayah pun tahu kakak suka pergi masjid,dengar ceramah dan buat kerja dakwah, ayah nak mudahkan kakak. Kakakjadi anak solehah ya."

"Kakak kena rendah hati,jangan bangga diri. Kakak kena rapat dengan Allah. Kakak ingatkan, takkan hina orang yang Allah muliakan. Dalam hati kakak,jangan ada rasa benci. Biar apapun orang buat pada kakak,kakak kena maafkan,kakak tetap kena buat baek. Kakak jangan simpan dendam." sambung Ibu.

"Kakak, hati tu tempat jatuhnya pandangan Allah. Dalam hati kakak, jangan bagi ada perkara kotor,ia boleh menjauhkan cinta Allah. Kakak jaga kesihatan,nikmat hidup yang Allah bagi jangan kakak sia-siakan. Kakak tak sihat macam orang laen,kakak kalau sakit jangan menangis sorang-sorang. Kalau ibu takde, kawan takde, kakak nenangislah pada Allah. Supaya kakak tak down."

And,now, am going to afzan sebab teringat dialog ibu kat atas tu. I do record the dialog. So i just translate to a better language. :-)

Setiap kali pergi klinik,mesti berakhir dengan kekecewaan. Takde ke berita gembira kat klinik tu? Mungkin ada,untuk ibu mengandung kan. :-P

Doctor ask to remove the ganglion kat tangan secepat mungkin. Yes,it do compress the nerve and its really hurt. Suruh undergo minor surgery, dan tangan kena rest for almost 3 weeks. Subhanallah,macamana nak drive and bekerja?

Banyak benda kena fikir. Akhir sekali, simpan surat doktor dalam fail. *sigh
Akhirnya masjid afzan menjadi ruang uzlah dan mengadu yang terbaek. :-)

Ya qawiyyu ya matin.
Ya qawiyyu ya matin.
Ya qawiyyu ya matin.

Rindu terlalu rindu pada kedua orang tuaku.
Terima kasih,masjid afzan.
I got a fresh breath there. *smile
Going back to tabari with love. ^__^
Stress,takira hujung minggu ni kena pg TC jugaaaaak!!
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

patut muka kelat je tahan tangis. ingatkan rindu pakwe. hehe. tahan sakit rupenya. pegi la hospital kak husna. may allah ease you.. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.