♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, November 04, 2012

Bulatan Gembira : Mari mengisi jiwa

Angel pakai Gucci merupakan orang yang sering menggunakan perkataan bulatan gembira merujuk kepada satu bulatan yang penuh dengan pengisian.



Sungguh, nama memainkan peranan yang cukup penting untuk menarik hati kita, gembira dengan bulatan yang penuh pengisian itu. 

Terlibat dengan bulatan gembira, sejak sekolah menengah. Tapi dulu, saya tidak pernah tahu, apa kepentingannya. Apalagi keperluannya. Atau mungkin matlamatnya. Benarlah, saya tidak tahu. Saya hanya ikut, ikut dan ikut. Malah, kadang-kadang rasa malas dan bosan dengan bulatan gembira tersebut.

Waktu sekolah menengah, jiwa masih nakal, asyik nak memberontak dan terbang tinggi tanpa hala. 


Sejak masuk Darul Quran, persepsi terhadap bulatan gembira terus berubah. OSEM sangat bulatan gembira kat Darul Quran. Dengan nama Marjan Hanani, sampai hari ini kami masih berusrah dan hubungan usrah itu masih kekal walaupun ada antara kami dah berumah-tangga. Best tau, adik beradik usrah kawin, kita pun rasa macam dapat ahli keluarga baru. Walaupun usrah Marjan Hanani semuanya dah terbang jauh, tapi hati tetap dirasakan dekat. Apa yang mendekatkan kami? Mungkin ikatan hati setelah hampir 18 bulan bersama di bumi barakah Darul Quran. 


Bulatan gembira di Petaling Jaya juga tak kuran OSEMnya. Menyertai bulatan gembira membuatkan saya tidak lari, tidak jauh dari kebaekan dan dakwah. 

Walaupun nampak so simple, hanya  duduk dalam bulatan dan bercakap, berbincang, berkongsi pendapat. Tapi dalam bulatan gembira itulah kami membentuk jiwa muslim yang cintakan kebaekan, yang menyedari hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Bulatan gembira adalah ruang untuk bertafakur dan berhenti sejenak untuk berfikir dan kemudiannya dimanifestasikan dengan perbuatan. Sungguh, bulatan gembira itu memberi banyak ruang diri untuk bermuhasabah menjadi lebih baik.

Anda sudah ada bulatan gembira? Jika belum, rugi sangat rugi. Carilah bulatan gembira. Anda akan menemui apa yang telah kami temui padanya. ;)

aktiviti makan makan dengan usrah
Oh ya, masih saya teringat sewaktu menyertai program MRC di Ambang Resort, Pekan Pahang pada 12-13  Oktober baru-baru ini. Saya ke sana sebagai seorang fasilitator. Maka tugasnya tidak berat dan penat. Sewaktu para komiti sedang bermesyuarat post-mortem, saya dan beberapa orang fasilitator lain, membentuk bulatan, dan kami berkongsi sedikit sebanyak berkenaan surah Jumuah. Dalam masa sejam, banyak sangat yang kami dapat. Walaupun itu bukanlah bulatan gembira rasmi saya, tapi tentunya, bulatan gembira itu boleh dibentuk dengan siapa saja, dimana saja, dan bagiamana sekalipun perjalanannya, asalkan di dalam bulatan itu, kita dapat bertafakur sejenak berbincang tentang perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada Al-Khaliq. 

Ahli bulatan gembira saya cukuuuup besau.
Bila susah, ada yang tolong.
Bila payah, ada yang menghulurkan bantuan.
Bila terkandas tepi jalan, ada yang tolong susah bersama.
Ahha.
^__^
Selepas berbulatan gembira dengan fasilitator, kami tidur bersama dan bangun qiam dengan para peserta. Manisnya toksah cerita. ;)

Sejak hari tu, kami yang berbulatan gembira di Pekan, sentiasa rasa dekat, bila bertemu, si Athirah Nur tu pasti mengungkit sejarah di Pekan. Dan kami akan tertawa bersama mengenang saat berkongsi kisah-kisah teladan. Bila bertemu, mesti Athirah Nur bertanya,
"Kak Husna, bila kita nak ber'mini' usrah lagi? Rindu..."
Dan beliau akan peluk saya kuat-kuat. 
See, sekali saja bulatan gembira, dah boleh rapat sampai macam tu. ;)
Sebab?
Sebab kita diikat dengan aqidah. Hati kita diikat Lillah. ;)

Kalau tiada bulatan gembira, biar kita jadi pencetus kepada bulatan gembira. 

Saya ada banyaaaaak bulatan gembira. 

Bulatan gembira kami berbunga.
Suatu hari nanti ia akan mengeluarkan buah yang masak ranum, yang mana darinya muncul daie murabbi yang mursyid. Semoga Allah menjaga bulatan gembira ini dan ahli-ahlinya.

Dengan adik-adik junior Radio KAHS, dengan adik-adik yang OSEM di IKIP, dengan sahabat se'batch', dengan adik-adik medik study circle dan....... banyaklah!

For sure, setiap bulatan gembira, beri pelbagai ilmu baru untuk saya. Oh Allah, bless me!

Ziarah mahabbah ke rumah @najah91, najah solihah. Bersama 6 orang sahabat laen yg tidak interframe bersama. Semoga cepat sembuh buat kekanda Najah, Hilmi Hamdan.

Dalam bulatan gembira, mengikut Almarhum Ustaz Yahya Othman, ada lima perkara yang perlu menjadi pengisian buat para mad'u,

1- Quran (tafsir dan tadarus)
2- Hadis
3- Fikrah
4- Sirah
5- Isu semasa

Implementing all those in our happy circle would help us much to get near to Allah. ;)

Sekarang ni, saya dah tak pandang remeh dengan bulatan gembira, by hook or by crook, saya akan cuba jugak untuk hadir bulatan gembira. Dan bila saya ditaklifkan jadi naqibah, i'll try my best to make my happy circle very interesting place to remember Allah. ;)

Bertuah dikurniakan sahabat yang suka memotivasi. Semoga tidak hilang sahabat seperti anda. Terima kasih semua.
Ramai yg mesej,ini antaranya. ♥ kalian mmg sahabat yang OSEM!

Bulatan gembira ibarat sebuah telefon bimbit. Ada waktunya, bila kita gunakan telefon bimbit, kita perlu mengecas baterinya. Begitulah perumpaan kita dan bulatan gembira. Bayangkan kitalah telefon bimbit itu. Kadang-kadang kita akan exhausted, penat, letih, dan bulatan gembira itu ibarat charger kepada teleefon bimbit tersebut. Bila dah kena cas, kita terus rasa bertenaga, kita lebih OSEM dan lincah di pentas dakwah. ^_^

Ohhh, bulatan gembira, saya sentiasa gembira dengan happy circle, sebab happy circle ni selalu buat saya dekat dengan Tuhan. OSEM sangat kan? ;)

Jom jom.

"..... Ni makanan sahur untuk budak nakal yang tengah stress. Senyum."
Terima kasih sebab remind esok adalah hari Khamis, serta makanan sarapan kegemaran untuk sahur. 
Tapi part stress tu tak tepat sangat. :-P
Ukhuwwah ini indah jika kerana Dia.
Terima kasih, anonymous! ♥

Bagi yang belum ada bulatan gembira, find it. Must!
Bagi yang dah ada, jom perbetulkan niat kita setiap kali nak berbulatan gembira dan meriahkan bulatan gembira dengan pelbagai pengisian menarik dan mendekatkan kita pada ALLAH. ;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Khalis. said...

Assalamualaikum..
Allah. Allah .Allah
Terharu rasanya :')
apabila masih ada hati hati yg bersatu dlm Halaqoh yg mnggalas syaria'tnya, bertaut kasih demi mndamba keredhaanNya.
Bulatan gumbira terlalu indah bg hati hati yg memnghayatinya n rndukn tarbiyah pncipta .. moga2 Allah mnyayangimu ukhtiku.

-salam ukhwah fillah-

azah said...

saya juga suka BLOG ini. Mahu ketemu penulisnya suatu hari nanti. ^_^

husnataqwa said...

Wassalam, Wardatul Jannah. ;)
Jazakillah atas nasihat dan sokongannya. Mari bersama kita menghidupkan ruh Islam dalam setiap individu. ;)

Azah, sooner or later, moga Allah pertemukan kita. Insya ALLAH. ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.