♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 30, 2012

Bantuan : Mak cik yang istimewa

Di tempat saya belajar, ada seorang makcik dari Indonesia. Kerjanya siang malam di cafe asrama kami. Sayangnya, dia tiada tempat tinggal. Hidupnya sehelai sepinggan. Saya mengakui, hebatnya beliau. Setiap kali bertemu beliau, saya menghulurkan tangan untuk bersalaman, tapi kerap beliau menolak,

"Tangan makcik kasar,busuk. Tangan kamu lembut,wangi, ngakk perlu salam lah. Kamu senyum sudah cukup."

Saya benar kagum.
Malamnya,tidur beliau di lantai cafe. Tidak mampu untuk menyewa. Tapi apa yang membuatkan beliau istimewa, wajahnya penuh senyuman. Sewaktu saya di tingkat bawah tahun lalu,kelibatnya sentiasa berjemaah di surau.

Pernah satu malam,saya baru pulang makan, berborak bersama teman, dia datang, sergahnya supaya saya lekas bersolat Maghrib, selepas habis azan berkumandang.

Saya pernah memuji baju yang dipakai, wajahnya berubah. Katanya,
"Harganya cuma RM12 aje, baju kamu tentu jauh lebih mahal."

Saya tiada niat menyinggung, bajunya memang cantik.

Saya kagum. Pernah saya mengambil duit zakat dari Ibu Kakak Abang, saya beri pada beliau. Matanya berkaca.
"Rasa mahu peluk kamu, tapi makcik kotor."

Saya kata,tidak mengapa. Tapi beliau tetap menolak, dengan deraian air mata terharu.

Saya selalu cerita pada Ibu, tentang makcik. Ibu sering nasihatkan saya untuk membantu apa yang perlu. Bukan semua orang bernasib baek seperti kita. Kita yang lebih, wajib membantu yang kurang.

Sehingga satu hari, sedang bekerja di cafe, makcik itu pengsan. Jatuh terjelepuk di lantai cafe. Badannta lemah. Rehatnya tidak seenak kita. Tidurnya di lantai simen,beralas kain. Ibu minta saya bawa makcik ke hospital,tapi kekangan peperiksaan menghalang saya. Bayangkan kalau makcik tu adalah saudara kita, tegakah kita melihatnya demikian?

Rugilah kuta, andai peluang membuat kebaikan ada di depan mata, tapi kita abaikan.

Sesiapa yang sudi bantu/menghulurkan bantuan, hubungi saya. ^^

Bukan ini tujuan post ini dikeluarkan. Ia lebih kepada diari hati. Dan muhasabah diri. Kita serba selesa dan hampir sempurna, tapi ada orang yang hidupnya tidak cukup dan terseksa. Allah, maafkan hamba kerana sering terlupa dengan pesananMu.

"Tangan yang memberi lebih baek dari tangan yang menerima."

Wallahu a'lam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

terkesan said...

Then, how to contact you personally?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
anje said...

Kakak baek,nak share yer.

husnataqwa said...

contact via fb inbox, emel, saya available.. ^^

Maaf terpaksa delete no fon yg irg laen tinggalkan..

Silalah share ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.