♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 15, 2013

A trip to Terengganu.

14/1/2013

Selepas habes final exam, saya minta kebenaran dari Ibu untuk berkelana dan bermusafir. Ibu berat hati biasanya,tambah pula kalau tidak ditemani orang yg Ibu percaya. Tapi saya minta juga dengan Ibu dan Ayah.

"Kakak nak cari sesuatu Bu. Kakak nak ambil sedikit masa.."

"Nantikan kita ada family trip ke Johor dan Langkawi nanti. Tak cukup ke kakak?" kata Ayah, pantang benar bila anak perempuan minta izin bermusafir.

"Apa salahnya kakak pergi.. Kakak hargailah betul betul musafir nanti. Fikir dengan baik dan lapangkan hati. Dengan family laen pula keadaannya Baba. Biarlah dia pergi sekali sekala." sokongan dari Ibu, benar benar buat saya terharu.

Tidak ada apa yang istimewa yg saya mahu fikirkan. Sekadar muhasabah dan lakaran masa depan yg lebih tersusun.

Akhirnya, selepas menjelajah bumi selatan, here i am, Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu.

Bertolak dari Kuantan ke Terengganu,pertama kali berdikari. Biasanya ditemani. Huu, sepanjang perjalanan banyak kenangan terpapar di minda. ;)
Kenangan manis,tentunya.

Tiba di Kuala Terengganu, rasa macam nak menjerit gembira lihat pantai. Selepas Asar, kami bertafakur di tepi pesisir pantai Batu Buruk sehingga azam Maghrib. Berbeza rasanya, sebab kali ini, saya memandang pantai dengan musabbab muhasabah. Ada banyak perkara yang berlaku, terlalu banyak. 2012 mmg tahun yang begitu bermakna buat saya. Banyak memberi pengalaman indah bersama mereka yg dihantar Tuhan menemani perjalanan saya.  Muhasabah. Muhasabah prestasi diri. Amanah dan disiplin diri, alhamdulillah memuaskan. Tapi saya banyak tewas dengan perasaan. *sigh

Rilek benar rasanya kali ni. Ini kalilah. Seronok. Berbeza cuti bersama family dan bersama sahabat.

Teringat percutian dengan family tahun lalu. Di Desaru Beach Resort. Selepas dinner dan Isya, saya minta izin untuk berjalan di tepi pantai,sendirian. Dapat keozinan. Tapi di tengah jalan,ditemani orang. Ehh,tak sempat bersendirian. Dua susuk tubuh itu terlalu risaukan adik perempuan mereka. ;)

Terengganu ini menyeronokkan. Terasa damai sekali disini. Lapang dan tenang. Saya jatuh cinta dengan Terengganu! Ohh,tidak..!

Banyak perkara yang kita bat indah-indah. Tapi ada keadaan,kita buat,kita rasa ia terlalu indah. Reason? Kita taktahu. Perasaan itu hadir dengan sendiri, ya, tanpa kita tahu apa sebabnya.

Malam yg begitu berharga. Jika siang tadi, ruang untuk muhasabah, malam pula ruang untuk melakar masa depan. Ahh,puzzle lakaran itu masih belum lengkap. Rongak, tidak kengkap dan seolah cacat. Lakaran masa depan sepertinya tidak mampu dirangka dengan teliti. Saya lebih banyak terfikir perkara laen,nampaknya. Susahnya menjadi dewasa. Lebih lagi bila kita mewajibkan diri membahagikan kehidupan untuk tiga bahagian.

1) Dakwaj, Harakah dan Islam.
2) Akademik dan prestasi diri
3) Diri dan keluarga terchenta

Untuk memastikan natijah ketiga-tiga komposisi hidup ini flying color, memang tidak mudah. Ya,banyak fikir.

Malam, ditemani qasidah alunan saya dan sahabat, di tepi pantai bersama deru ombak kasar menghempas pantai. Disaksikan Allah, berbumbungkan langit suram yang berbintang tanpa bulan. Qasidah ini benar beri tenang pada hati. Selepas qasidah,kami mengalunkan zikir taubat. Ya Allah, banyaknya dosa kami seperti pasir di pantai. T.T

Moga ada keampunan buat kami. Bertiga.

Akhirul kalam untuk malam yg damai, saya menggulung dengan,

"Ya Allah, kami harap apa yg Kau beri pada kami adalah yg tepat dan betul. Hindari kami dari perkara yg silap dan salah."

Ya Allah, bermakna sungguh musafir ini. Sungguh, moga natijahnya, kenyataan dan makbul doa. Insya Allah.
Sungguh tidak lengkap muhasabah dan lakaran masa depan tanpa disediakan masa khusus untuk bersama Allah. Qiamullail adalah ruang khusus untuk mengadu dan merintih kepadaNya.

Semoga musafir ini tidak sia-sia. Natijahnya, moga segala keluar dari segala kesusahan, kesakitan dan keraguan. Hati, jika tidak tenang, ia merupakan perkara yg paling teruk. Kerana tenangnya hati, tanda dekat dengan Tuhan.

Semoga kita bertemu hidup yg baek, dunia dan akhirat.

Allahu Rabbi, terimalah permintaan kami. Luluskanlah. Makbulkanlah. Terimalah. Berilah. Kurniakanlah. Tolonglah! ;)

Kearah hidup yang lebih baek. Insya Allah.

Mohon doa semuanya! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Srikandi permata said...

Assalamualaikum...
asyik membaca nukilan anti.
senyum je..
moga dirimu sentiasa dlm ksh syg-Nya.

Anonymous said...

Eceh,tibe p tengganu ade cincin. Kt uia tadek plak pkai. Rase nk berdehem kuat-kuat jer. Hehe

tuan muda said...

Bestnyer orang tu jalan2 huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.