♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 01, 2013

Aku takut,Ibu.

"Kakak, bila nak balik?" kata Ibu,menelefon.

"Kakak dah setahun tak balik." tambah Ayah di sebelah.

"Cuti kan? Kakak habeh exam,baliklah." tambah Ibu.

Ayah disebelah bersuara, "Biarlah,dia dah dewasa. Kalau dia nak jalan-jalan apa salahnya. Dah besar dah anak dara kita tu. Tak lama boleh dapat menantu."

Saya sebak. Ayah, kakak tak sukaaa Ayah cakap macam tu. Kakak still nak jadi anak Ayah. Yang itu tak boleh, ini tak boleh. Takpe, Kakak tak kisah. ;)

Ibu, kakak tetap nak jadi pencerita buat Ibu. Kakak suka cerita,tak semua orang larat dengar, tapi Ibu cukup setia. ;)

Benar, anakanda Ayah Bonda sudah bertambah dewasa. Yang banyak anakanda fikir, bagaimana mahu mengisi kedewasaan ini. Semakin dewasa, semakin anakanda mencari ruang untuk mengisi kelompangan ruang dakwah. Mencari ruang untuk secara langsung bekerja keras untuk Islam.

Saya; jujurnya berterima kasih pada semua yang pernah mencoret lukisan indah di kanvas 2012 saya. Kanvas itu saya tutup semalam (31122012) pada pukul 3 pagi dengan sesi muhasabah dan ruang membaiki diri. Terbentang planner sejak Januari - Disember. Segala kenangan besar, mahupun kenangan kecil menari dengan penuh ilusi. Satu persatu singgah di simpanan memori. Ada yang membuat saya tersenyum lebar. Ada yang membuat saya tertawa kecil. Oh,bermakna!

Saya juga berterima kasih kepada yang pernah menggores luka di diari 2012 saya. Pentingnya kalian hadir memberi tarbiah buat saya. Begitu saya hargai. Apalah nilainya sakit hati,sakit jasad jika dibandingkan tarbiah 'atifiyyah (tarbiah perasaan) yang saya peroleh. Sementara kenangan manis menari pelbagai rentak di piring kenangan, kenangan kecewa,pahit maung terimbas segan-segan muncul,tersipu-sipu. Benar,bukan sedikit yang pahit dan bukan mudah tersenyum pada yang kelat. Tapi segala yang manis, berjaya menghilangkan kesan pahit di hati. Orang tua kata, yang pahit itu jadi ubat. Kalau semua manis, jadi penyakit pula nanti. ;)

Saya teruja,tentunya. 2013 benar-benar saya harap memberi bahagia buat saya dan semua.

2012 merupakan tahun bahagia buat seluruh ahli keluarga. Alfu syukur.

Abang Long ; dapat anak yg ketiga, beli rumah banglo di Johor.
Kak Ngah; dapat menunaikan haji bersama suami terchenta, mengikut jalan dakwah secara langsung.
Abang Ki; naik pangkat sebagai manager engineer. Dua kali kenaikan dalam satu tahun.
Abang Taufiq; dapat kerja baru di Kerteh Oil and Gas. Project engineer. Dapat projek baru di Sabah serta merta.
Kakak; habis belajar dan officially berkhidmat sebagai doktor perubatan di Johor.
Adik; imam terawih di Bangi. Daoat peluang baca kitab, ajar orang mengaji.

Sungguh,segala yang diberikan Allah itu indah. Kami sekeluarga sangat bersyukur. Dalam perancangan untuk buat majlis kesyukuran tidak lama lagi. Insya Allah.

Untuk saya? Memang dalam perbualan keluarga, nama saya tidak disebut untuk majlis kesyukuran tersebut. Bukan tidak ada nikmat Allah buat saya, tapi mungkin tidak ada yang significant seperti mereka. Saya tidak cemburu. ;)

Abang kata, nak buat majlis kesyukuran,kena tunggu saya dulu. ;)

Allah membuka banyak pintu rezeki buat kami, tapi percayalah kegembiraan ini tidak datang dengan percuma.

Tahun 2012 juga mencatat sejarah kemalangan ibu ayah yang menyebabkan kerugian yang boleh tahan 'banyak ribu'. Operation mata Ibu. Operation cyst kakak. Dan pelbagai ujian yang kurang sesuai ditulis. Tapi, ujian itu kami terima sebagai rencah kehidupan. Andai kerap memikirkan ujian, vimbang datang putus asa pada Tuhan.

Ibu Ayah pula bagaimana? Tentu sekali kebahagiaan anak-anak adalah sumber kebahagiaan Ibu Ayah.
Sepatutnya tahun ni, mereka jyga menunaikan haji. Tapi faktor kesihatan Ibu yang baru dibedah membuatkan terpaksa ditunda ketahun hadapan. Moga dipanjangkan usia mereka. Insya Allah. Ibu Ayah jyga takkurang bahagianya. Dapat hadiah kereta baru, Viva dari anak-anak. Khusus untuk memudahkan Ibu Ayah ke masjid dan maslis ilmu. Lagipula CRV yg terlibat dengan kemalangan hari tu, memerlukan masa yg lama untuk siap. Kena import barang dari Japan dan macam-macam masalah.

Bertuah Ibu Ayah ada anak-anak soleh. Dapat kesenangan tapi tak pernah lupakan orang tua. Abang kakak benar contoh anak soleh. Alhamdulillah.

2013, aku mula jadi takut. Risau prestasi kualiti hidup jatuh. Aku, sebolehnya mahu kekal prestasi maksima. Dalam segenap hal. Insya Allah.

Apalah sangat meningkatnya umur,bertambahnya tahun, sekiranya amal ibadah dan usaha berubah masih seperti dahulu.apalah sangat keterujaan tahun baru andai hati masih ada sisa jahiliah.

Aku harapkan 2013 menjadi stimewa untukku,sepertimana Allah jadikan 2012 sangat istimewa buat segenap ahli keluargaku. Aku tidak punya sebab untuk cemburu,kerana bagi aku, nikmat yang Allah beri untuk ahli keluargaku adalah juga nikmat untukku. Tidak mampu aku bayangkan sekiranya keluarga ditimpa bala kesusahan. Tentu ketenanganku juga diragut. Hatiku juga susah. Hidupku juga terganggu. Sebab tu, kegembiraan ahli keluarga,sahabat kita, wajib kita syukuri, bukan menaruh dengki, ;)

Akhir kata, alhamdulillah ala kulli nikmah. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

kupu kupu said...

untunglah makngah. Anak sume soleh. Suka hati dgr fmly makngah.

Anonymous said...

abg kate nak kena tunggu dekna bertunang ker,baru korang bole buat majlis kesyukuran. LOL

husnataqwa said...

Dear spupu, tapyah nk kupu kupu sgt lah kt blog i ni. ;)
Tak comel pun ok.
Alhamdulillah. Btw, you also half of us. ;)

Dear anonymous,
Abang memang canang satu dunia ke macam tu? ;)
Dia memang. T.T
Tp lmbt lg tu,calon tadak.... ;)

kupu kupu said...

Half of us tu kena jadi menantu makngah ler dulu. :p

Anonymous said...

weh bangla, hang jangan nak jual minyak kt blog una. Spupu ne bole kawen.

kupu kupu said...

Sepupu boleh kawen la. Sape kata tokle. Pg tanya tokwan. Blaja tak habeh.. Piiiirah...

husnataqwa said...

OK! Untuk awak adik bradik,sila bergaduh tempat laen. Sekian

Anonymous said...

see, una da mara hahaha

husnataqwa said...

Tak marah pun.. ^^
Taksesuai kat sini semua org bace. ;)

Anonymous said...

Ni SUME BANGLA PUNYA PASAL.

Ok una. Take care. Cepat bwk balik menantu unt makngah,

A menantu yg sume org waiting to know. Hehe. Sape la ea.. Babai family makngah!

About Me

My Photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.