Kenapa nak beli Viva sedangkan sudah ada CRV dan Saga?
Rasionalnya hadiah dari kami adik beradik buat Ibu Ayah.
Kebetulan, CRV di bengkel. Ambil masa lama untuk sembuh selepas kemalangan.
Perlu macam-macam/ Kebetulan, Ibu memang berhajat nak beli Viva.
Ibu kata, sejak berdua dengan Ayah, malas nak bawa kereta besar. Membazir minyak. Kos maintenance pun tinggi. Maka kami sepakat adik beradik. Semua setuju, alhamdulillah.
Proses beli kereta dibincangkan melalui whatsapp saja. Canggih juga family kami ni. ;)
Memandangkan kami semua tiada di Kelantan, maka terpaksa bayar orang untuk tolong uruskan. RIsau juga, tapi alhamdulillah, semua cepat dan selamat. Allah mudahkan.
Januari 2013.
Kereta sudah boleh keluar, cepat juga. ALhamdulillah.
Kami rancang bagaimana cara untuk surprisekan Ibu Ayah. Maka, ambil keputusan untuk yang lapang, pulang ke kampung dan bagi kereta 'hand-in' pada Ibu Ayah. Yang available cuma dua orang abang. Sorang dari Johor, sorang dari Kerteh. What a hard work they come back just to make mummy and daddy smile. ;)
5th Januari 2013.
Saya tidak dapat pulang kerana ada exam pada hari tersebut.
Melalui whatsapp, kami dapat banyak maklumat yang sedang berlaku di Kelantan oleh dua orang abang. Sampailah pada saat yang ditunggu-tunggu, saat mereka on the way balik ke rumah. Kami semua dengan berdebar-debar tunggu report dari mereka.
Finally, Abang hantar gambar. Saya menangis melihat gambar Ibu menangis.
Abang kata, bila sampai ke rumah, mereka beri salam. Kemudian, Ayah keluar. Ayah terkejut tengok dua orang abang ada di depan rumah. Ayah terlalu gembira sampai kehulu-kehilir, tak tahu nak react macamana mungkin. Kemudian Ibu pula keluar. Terkejut tengok Abang berdua, terus Ibu peluk. Tengok kereta, terus Ibu menangis. Abang kata, dengan excitednya mereka test drive kereta tersebut. Alhamdulillah. ;)
DCE1797 |
Ibu Ayah sangat gembira kata abang. Ya, saya tahu, dari gambar yang dihantar melalui whatsapp. Mereka teramat gembira. Alhamdulillah. Bukan main lagi kami adik beradik berpakat nak prank Ibu Ayah.
Rancang nak bagi IBu Ayah ada di rumah sewaktu abang sampai. Macam-macam kami kelentong sebab nak surprisekan mereka. Semua terlibat kecuali adik bongsu yang di asrama. ;)
Ibu kata, dia tiga kali terharu,
pertama bila tengok kereta baru hadiah dari anak-anak. Tak boleh henti air mata mengalir.
Kedua bila tengok abang abang sanggup balik dari jauh sebab nak bagi kereta. Tinggal anak, tinggal family, tinggal kerja, dapat letih lagi..
Ketiga, sebab kami adik beradik sepakat dan hidup bersama dengan begitu harmoni.
Alhamdulillah Ibu Ayah. Ini rahmat Allah buat kita. Tiada terhingga besarnya nikmat ini.
Semoga segala nikmat ini mendekatkan kita kepada Allah. Merapatkan kita dengan makrifatullah. Insya Allah. Kita sekeluarga bakal kekal bersama sehingga syurga. Besarnya nikmat yang Allah bagi, tiada terhingga. Syukur alhamdulillah. ;)
No comments:
Post a Comment