♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, March 19, 2013

Hidup ini seronok.

Petang tadi,

Sempat menjenguk tasik bandar.
Sementelah musim minggu exam, segala meeting dibekukan.
Masa untuk menumpahkan seluruh keringat pada buku teks dan nota.

Dek kerana exam setiap hari.
Otak memang diperah-paksa semaksimanya.
Fokus dlm kelas bantak hilang.
Dek mesej pertanyaan yg tak pernah kurang.

Seusai kertas pertama,
Kaki melangkah ke tasik buatan manusia,
Bagi menghilangkan sedikit otak yg letih,
Bg meraikan otak yg bkerjasama dgn baik.

Aku renung air tasik,damai!

Aku lihat pokok hijau,tenang!

Aku lihat awan putih, bersih!

Aku lihat langit biru, tinggi!

Aku kemudiannya melafazkan rasa syukur.

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang tiada batas....

Alhamdulillah..

Meskipun ada masalah, aku tetap rasa lapang.

Walaupun penuh mehnah, jiwaku tetap tenang.

Agar aku terus jauh dari keluh-kesah.

Tip mudahnya tapi payah, ingatlah Tuhan sentiasa.

Hati pasti tenang lapang dan tidak jiwang.

Aku bersyukur berada di jalan dakwah. Aku lebih tenang dan riang. Aku rasa senyuman tiada pudar di wajah. Dek kerana bahagia mampu berada di jalan dakwah. Dengan doa, agar aku terus istiqamah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.