♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 21, 2013

11 Rejab.

Rasanya, masih segar menyambut kedatangan 1 Rejab.

Panas lagi kenangan bersahur dengan nasi putih dan telur dadar di surau KOM sebelum Subuh. Malamnya diinfaqkan sepenuhnya bersama teman-teman untuk sujud taubat kepadaNya. Indah benar permulaan Rejab tahun ini.

Diteruskan dengan seminar parenting. Sehingga tengahari.

Petangnya, menginfaqkan tenaga dan keringat demi ummat dan memastikan kesinambungan penyambung perjuangan.

Di tengah jalan, teruji dengan sedikit ujian. Ujian buat menguji puasa yang beriman. Berjalan kehulu-kehilir menanti satu bayang-bayang. Tapi takdir Allah ternyata lebih baek. Mentos rupanya mahu di hand-in dengan lebih kreatif.

Ya,kenangan 1 Rejab masih basah di hujung rumput. Hari ini terkejut melihat kalendar sudah 11 Rejab.

Terasa cepat. Tapi sudah banyak kejadian yang memahat. Permulaan Rejab buatku kali ini menarik dan tough. Alhamdulillah.

11 Rejab, hujan membasahi bumi Kuantan. Langit redup dan mendung.

Guruh berdentum, lemah. Sesekali kilat menyambar,pasrah.

Hati teringat Arwah Nenek. Terasa ingin baring di ribaannya,penuh kasih.

Hati teringat pada Ibu Ayah di rumah. Terasa indahnya andai dapat menyantap makan malam bersama. Pasti anak-anak dilayan bagai raja.

Hati teringat abang kakak yang sungguh baek. Terasa riangnya andai dapat bersama mereka. Pasti rasa dilindungi dan dikasihi sentiasa.

Hati teringat pada anak saudara. Terasa terhibur andai dapat melayan keletahnya.

Allah. Allah.

Hati ini rupanya sedang rindu. Patutlah saban waktu ia berdetak laju. Bergetar tanpa rentak yang selari.

Ada satu saat kita akan rasa lemah. Yang kita harap adalah orang yang kita sayang. Yang kita mahu, adalah bersama dengan orang yang kita kasih.

Menangis.

Entah kenapa.

Panggilan telefon abang kakak masih dibiar sepi tidak berjawab.

Tidak, bukan benci.
Tapi tidak punya kekuatan untuk menjawab.
Maafkan saya, abang kakak!

Saya benar rindu, sehingga tak mampu melafaz kata. Yang saya mahu, menatap mata. Agar tersalur segala kekuatan melalui kasih sayang yang terpancar dari pandangan mata yang bundar.

Berilah saya kekuatan, dengan kasih dan sayang. Yang terzahir dari pandangan mata. Tidak perlu terluah dengan kata. Kerana mata itu mampu berbicara. Malah bicara mata lebih terkesan dari lisan. Kerana tulusnya terzahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan saya semua orang, kerana kudrat diri yang terbatas.

Hanya Allah yang menyimpan segala hikmah atas ujian yang dianugerah.

Hanya kepada Allah aku menyerah pasrah. Pasti jalan penyelesaian ada,buat yang bertaqwa.

Ibu. Maafkan kakak. Atas beban yang mendatang. Semoga Allah bersama kita sentiasa.

Final exam kali ini benar-benar mencabar. Allah sedang menguji. Beruntunglah mereka yang bersabar dengan ujian. Insya Allah,moga aku tergolong dalam kalangan yang bertaqwa. Amiiiin.

Senyum. Senyum. Moga hatimu turut tersenyum. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

U can make it dekna... Its ok

Izah rahah said...

Sedihnya? Kenapa ni you all.. I tak tahu pun. Why? Say it,why.. Husna,why? Adik kesayangan tak nak jawab call? SANGAT PELIK... Why? Uhuhu,i dont know ni, but smell something fishy..

husnataqwa said...

Tade ape pun cik Zah. ;)

Husna ok je. Huhu

Izah rahah said...

Alah, tahu sangat Husna takkan cakap pun.

Dari dulu sampai dah tua bangka, suka pendam masalah sengsorang. Ego tak maw minta tolong orang.

Semua sayang Husna. Abg kkk husna semua sayang sangat kat Husna.. Cik Zah taw sangat.

husnataqwa said...

Cik Zah, Husna ok je.

;)

Take care and thnx cik zah.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.