"Kalo saya mati?"
"Takpe. Kita jumpa kat syurga."
Bilik hospital dengan baunya masih segar dalam ingatan.
"Awak nak tahu tak, saya tak pernah ada kawan yang best macam awak."
"Tak tahu."
"Poyo je. Awak tak nak cakap eh? Awak penat ya saya kacau awak kat wad?"
Angguk.
"Saya temankan awak sampai Ummi awak datang ya."
Geleng.
"You, saya taknak susahkan awak. Please. Baliklah."
"Degil. Dari dulu sampai sekarang degil. Ni,hadiah untuk awak. Saya beli khas untuk awak. Nanti boring,bacalah."
Saya ambil buku tersebut dan berkata, "Dah, saya ambil hadiah awak. Awak baliklah."
Saya lihat dia diam. Dia menangis.
"Awak memang tak pernah bagi saya sayang awak. Awak teruk."
"You, tolonglah.. Saya penat nak bercakap. Baliklah."
Dia menangis, ambil tangan saya, salam dan pergi. Meninggalkan saya seorang diri di bilik hospital itu.
Sehingga hari itu, saya tidak lagi bertemunya.
Saya dengar berita dia sudah berkahwin dan ada baby boy yang comel.
Saya rasa menyesal dengan keegoan diri sendiri. Sahabat sepertinya cukup istimewa.
Sehingga hari ini saya teringatkan dia. Sesekali kami berbalas SMS. Tapi tidak bersua muka. Dia jauh di Dublin,bersama suami dan anak tercinta. Mesejnya ceria seperti biasa. Seperti saya tidak oernah melakukan kesilapan kepadanya. Sedang,sayalah sahabat yang cukup kejam. Sewaktu dia mahu fly ke Dublin,dia menelefon. Langsung tidak saya jawab. Saya teruk dan jahat.
She keep on sending me SMS,
"Awak,saya doakan awak sihat, jangan masuk wad lagi. Nanti kalo awak warded,mood awak teruk. Awak fragile. Awak tak senyum. Walaupun lama tak jumpa, tapi saya rasa gembira kenangkan semua memori kita. Awak baek.."
Murninya hati kamu,sahabat.
Semoga kamu sentiasa dalam redha Ilahi. ;)
Masfkan saya. Atas segala kekurangan diri. Dan terimakaseh, satu saat dulu, saat saya terlantar kaku, awak yang tak pernah jemu dalam melawat dan memberi hadiah. Awak datang dengan senyuman,walau saya masam tanpa senyum. Awak datang bawa makanan jegemaran,walaupun saya menolak tanpa nafsu. Awak sangat istimewa. Terimakaseh,teman!
No comments:
Post a Comment