♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, November 02, 2013

Airmata kerisauan.

Aku jadi syahdu,
Bila kedatangan ke program tidak seperti selalu.
Tempat yang kurasa sempit satu waktu dulu,
Kini menjadi lapang dan dingin salju.

Tiada lagi nyanyian lagu tema yang menggegarkan.
Tiada lagi bulatan besar yang memenuhi dewan.
Tiada lagi wajah semangat keriangan.
Hilang pergi senyum daie yang keletihan.

Aku jadi rindu.
Rindu pada waktu itu.
Waktu daurah dan program dipandang kewajipan.
Makanan buat fikrah dan santapan perjuangan.

Aku jadi rindu.
Dengan bilangan yang seperti dulu.
Biarpun makan tidak cukup talam.
Berkongsi beramai-ramai air secawan.
Tidur berhimpit asalkan terpejam.

Aku jadi rindu.
Waktu semangat kita menggunung.
Waktu takbir kita berdentum.
Waktu doa rabithah kita menggegar.
Waktu ribat tangan kita begitu akrab.

Mata ini rindu,
Menatap mereka yang pernah bersama waktu dulu,
Mengangkat janji setia bersaksi Yang Kuasa,
Memperjuangkan Diin ini biar apa keadaan kita,
Meski payah atau mudah,
Meski ringan atau berat.
Aku terlalu rindu.

Jauh di sudut hati,
Aku mahu tarik tangan kalian,
Agar terus bersama barisan ini.
Aku mahu pimpin kalian,
Agar terus berkorban demi perjuangan ini.

Namun ternyata,
Aku tidak mampu.
Kerana diriku sendiri yang perlu dibantu.

Harapanku.
Kembalikanlah kegemilangan waktu lalu.
Waktu program kita penuh semangat dan ruh.
Waktu program kita kedatangannya penuh.

Ya.
Aku rindu.
Pada waktu dulu.
Waktu umur kita masih muda di highway ini.
Kini menginjak dewasa,
Fikiran kita terlalu cepat tua,
Membuat kita pencen terlalu awal.
Dari tarikh yang sepatutnya.
Sungguh,
Pencen yang sebenarnya,
Adalah saat ruh dijumput Tuhan.

Maka
Selagi ada masa,
Berkirban dan berjuanglah.
Jangan mengkhianati janji setia kita.

Wallahua'lam!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Rintihan HambaMu said...

Subhaballah..amat baik penulisannya.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.