♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, November 06, 2013

Kemana mahu engkau bawa dirimu pergi?

Lama saya berteleku.
Deruan ombak Teluk Cempedak itu langsung tidak mengganggu.
Sebaliknya ia menyumbang pada lamunan yang panjang.

Dalam satu program,
kami disuruh untuk melakarkan matlamat jangan masa pendek, sederhana dan panjang.

Sungguh,
permainan ini nampak kebudak-budakan.
Tapi sayang,
saya sendiri tidak mampu menulis matlamat dengan jelas.

Antara matlamat jangka masa pendek yang saya tulis adalah;

-dean list
-banyak membaca
-tahajud, dhuha, al-mulk tak tinggal

Kemudian saya ditanya semula,
"Dean list tu kena increase pointer how much? Buku yang nak 'banyak' dibaca tu buku apa?"

Saya diam. Merenung kosong kertas yang sudah renyuk itu.

Seorang sahabat pula bertanya,
"Bakat menulis kau? Takde hala tuju ke?"

Sekali lagi saya tersentak.
Dulu, saya pernah bercita-cita untuk menulis. Menulis sesuatu dengan lebih serius. Yang bermanfaat untuk ummat.

Tapi hari ini, kemana hilangnya cita-cita murni itu? Entah. Saya sendiri jadi buntu.

"Awak tak ada matlamat yang jelas." kata sahabat kepada saya.
"Sedangkan banyak potensi diri yang awak ada yang boleh disumbangkan untuk Islam. But you fail to manage yourself." sambungnya lagi.

Saya terdiam. Mahu saja saya menangis berguling-guling di lantai, mengenangkan ketidak-terurusnya diri sendiri. (Pastu ada hati nak berangan uruskan anak teruna orang. Pergh. Sakitnya ditikam) ;)

Berbekalkan tikaman tajam yang meluka-berdarahkan hati, saya ambil masa berteleku di pesisir Teluk Chempedak selepas waktu Subuh. Pagi yang hening,matahari masih segan memantulkan cahaya panasnya.

Aku hidup ni untuk apa?
Untuk suka-suka je ke?
Pergi kelas balik kelas..
Makan minum..
Tidur..
Solat, baca Quran..
Tu je ke?

Matlamat aku apa?

Saya menempelak diri sendiri.

Surah Qasas saya tadabburkan perlahan. Sebagai penawar buat hati yang keresahan.

Akhirnya saya berazam. Aku mesti ada matlamat yang jelas. Mesti!

Saya malu. Hidup saya hampir 23 tahun, tanpa matlamat yang jelas?

So tak peliklah why i cant be the best person. Oh Allah. Forgive me. ^^

Saya berjanji saya mahu lakarkan matlamat saya yang jelas.

Sebab tanpa matlamat, mustahil saya ada perancangan.
Tanpa perancangan yang tersusun, saya kemungkinan besar gagal dalam hidup.

Saya tidak mahu menerima fakta kegagalan.
Maka, saya memilih untuk ada matlamat dan perancangan hidup.

So, what is the first step to do?

Ambil kertas dan lakarkan perancangan?

I did not choose that.

Sebaliknya, saya berazam selama seminggu untuk bangun seawal 3 pagi, bermunajat dan memohon petunjuk ALLAH. Menunaikan solat istikharah dengan harapan ALLAH menunjukkan saya jalan mana yang paling baik untuk saya.

Saya tidak layak untuk merancang tanpa petunjuk dari Rabbul Izzati.

Kehidupan ini telah saya serahkan sepenuhnya untuk ALLAH.
Mustahil saya merancang hidup ini dengan membelakangkan Allah.

Tidak saya nafikan, terlalu banyak masalah yang menduga ketaqwaan dalam hidup ini.
Itu yang menambah rasa berTuhan dalam hati kita.

Saya senyum sendiri.
Sekeliling saya ramai orang yang sudah berjaya.
Saya yakin mereka berjaya dengan perancangan yang begitu teratur.
Dengan sikap optimis yang luar biasa.
Bahkan mereka juga mungkin pernah melalui 'fasa gelap' dalam kehidupan masing-masing.
Fasa gelap itu langsung tidak memberi impak negatif untuk mereka terus cemerlang dalam hidup.

Terima kasih kepada orang sekeliling yang keep on motivate me to be the best.

Insya ALLAH.

Dengan petunjuk dari ALLAH, saya mahu melangkah lebih teratur.
Lebih tahu matlamat yang mahu dicapai dengan perancangan yang diatur tersusun.
Semuanya tidak lari dari perancangan ALLAH.

Insya ALLAH.

Sempena bulan hijrah, saya mahu matang meerubah diri ke arah yang lebih baik.
Mahu jadi orang yang lebih tersusun urusannya.
Lebih matang dalam pemikiran dan tindakannya.

Ya, hijrah ini bakal jadi titik permulaan sesuatu yang baik. Insya ALLAH

Mohon doa semua. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Femmy said...

InsyaAllah..really inspiring..all the best Kak Husna. be precise :D salam maal hijrah

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.